Selasa, 15 Januari 2019

7 years challenge




#7yearschallenge

Assalamualaikum..Macam best lah pulak main #7yearschallenge ni
Rabia scroll-scroll instagram tadi.Ramai pula yang main game ni ye.Sampaikan rabia pun terjebak sekali.

Artis pun sama jugak. Siap letak gambar zaman muda-muda dulu.Letak gambar dari zaman sekolah lagi tu.

Ya dulu ramai yang hina rabia. Orang hina rabia. Rabia tak cantik.Ada jerawat . Sedih tau. Siap mengadu dekat my mum.Cakap ada yang kata rabia tak cantik.Hodoh.

Sampaikan tak nak pergi sekolah sebab malu kawan-kawan hina rabia. Tapi i pergi sekolah macam biasa je. 

Dalam hati menangis..Sampai hati orang hina rabia macam tu sekali.Tak cantik.berjerawat tu semua.

Sekarang flawless dah. Nanti nak photobook lah gambar ni buat kenangan kan.

Rabia nak gelak lah pulak tengok gambar tu. Hodoh nya aku. Dahlah tudung pun macam tak ok je.

Berjerawat pulak tu. Gambar tu time rabia pergi singapore. Tak silap rabia umur rabia masa tu 17 tahun.

Sekarang umur rabia 23 tahun dah..

U all letak lah sekali gambar #7yearschallenge ni



Ahad, 13 Januari 2019

Top komentar bulan januari 2019

Assalamualaikum. Lama dah rabia tak menulis blog ni. Rabia sibuk dengan final exam baru-baru ini. Alhamdulillah sekarang cuti sem. 

Top komentar pada bulan januari 2019 ini jatuh kepada EJULZ. Terima kasih sudi blogwalking blog rabia. 

Rabia ada hadiah nak bagi ni. Rabia design header blog untuk EJULZ.



Cantik tak? Lama dah tak design header blog ni. 

Terima kasih kerana sudi berbalas komen di blog rabia ini. TQ SO MUCH.

Nantikan top komentar bulan februari nanti pulak.

Blogger : Rabia 

Jumaat, 11 Januari 2019

Happy birthday

Happy birthday to kak Anzalna. May Allah bless u always.

Yes I memang rajin edit gambar selfie dengan sesiapa sahaja. I akan edit video wishes birthday.

Terharu kan?




Welcome sis. Gambar selfie dengan my mum pun I edit video tau. Senang je guna Photogrid je.

Just wishes birthday dengan photo Dan lagu sekali tau.

My birthday je tak ada lagi yang edit gambar sekali masukkan lagu ni hehe.

Puas cari lagu tu tau . Susah jugak cari ringtone' music lagu tu.

I ni bukan sekadar blogger sahaja. Pandai edit video wishes birthday dah sekarang ni.

Rabia ni pakar IT. Pakar teknologi. Hehehe.


Jumaat, 4 Januari 2019

Special gift from MUA

Assalamualaikum. Rabia pergi butik kak LJ tadi.
Tapi tak dapat jumpa kak Yana. Kak Yana ada dekat butik pada petang ni. 

Ya Allah terima kasih banyak- banyak kak.



Bukak-bukak dapat brush Makeup . Dahlah rabia suka sangat dengan brush makeup. 



Sambil-sambil collect hadiah. Rabia beli chocolate cake RM 10 je .

U all boleh add facebook kak Yana ye.

Ok lah Rabia nak sambung makan chocolate cake ni.

Separuh dah nak habis cake ni.

Ni hah brush makeup kak Yana bagi. Lama dah Rabia tengok dekat Google ni.



Tak sangka dapat brush Makeup yang lawa ni. Alahai sayang nak pakai hehehe. Lawa sangat. Dahlah warna pink pulak tu.

My favourite colour pink . Belum bukak lagi plastik brush tu.

Alhamdulillah rezeki di tahun baru. Boleh lah Makeup lepas ni. 

Thank you again sis Yana. Semoga kak Yana dimurahkan rezeki selalu dan berjaya dunia akhirat . 

Semoga kak yana jugak berjaya dalam dunia makeup artis and butik ya. 

Kalau boleh hari-hari rabia nak singgah ke boutique akak.hehehe.

Khamis, 3 Januari 2019

"Birthday Giveaway by Mya Rosli"

Assalamualaikum

Jom join "Birthday Giveaway by Mya Rosli" 


Birthday Giveaway

SELAMAT HARI LAHIR KAK MYA,SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR,DIMURAHKAN REZEKI SERTA BERJAYA DUNIA AKHIRAT 

HAPPY BIRTHDAY TO U 

SEMOGA KAK MYA BERJAYA DALAM DUNIA BLOGGING 

RABIA NAK BAGI LAGU UNTUK KAK MYA


Lagu ini khas untuk kak mya. Rabia search dekat google lagu ni. Nasib jumpa lirik lagu ni.


It's Your Birthday - Monk Turner feat Fascinoma 
It's your birthday
Happy birthday
It's your birthday
Happy birthday
It's a great day
That why we say
Happy birthday to u 

Blogger paling cantik : Rabia 

Selasa, 1 Januari 2019

Thank you for wishes my birthday my fav mua

Assalamualaikum.Selamat tahun baru 2019. Makin tua dah rasanya.Umur 23 dah masuk tahun baru ni. Semoga azam u all tercapai.

Thank you for wishes my birthday my favourite makeup artis. Nanti rabia datang butik kak. Nak ambik hadiah. Allahu..Alhamdulillah rabia dikelilingi orang yang baik-baik.

Thank you kak yana sebab always bagi hadiah pada rabia.Banyak hadiah rabia dapat daripada kak yana.

Rabia lagi terharu dapat kenal kak..Kak seorang yang baik hati.



Welcome kak..Thank you for surprise gift hehe.. Thank you sebab layan kerenah customer kak ni. 

Rabia always support kak.. Selalu ada yang cakap macam ni kan

customer boleh jadi kawan.

Rabia selain support kak yana dari segi komen emoji di facebooknya.Rabia juga salah seorang regular customer kak yana.

Kalau u all kahwin nanti or bertunang boleh hire kak yana for makeup ok

Kalau u all perasan rabia selalu share posting business kak yana kan dekat FB rabia.





Ahad, 30 Disember 2018

Rezeki bercontest dan rezeki berblogger

Assalamualaikum ❤

Rezeki bercontest

Sebelum jadi blogger,rabia dah start join contest.Alhamdulillah pertama kali menang hadiah instant shawl.Lepas tu try lah join contest lagi di facebook. Alhamdulillah makin banyak pulak menang hadiah contest. Tak terkira berapa banyak dah hadiah contest ni.




Start jadi blogger pada tahun 2016 

Alhamdulillah sejak rabia jadi blogger ni,rabia mempunyai ramai kenalan blogger,model,artis dan juga makeup artis. My favourite makeup artis of course lah Liyana Jasni.


Rezeki berblogger

Apabila rabia sudah berada di dunia blogging ini.Pelbagai rezeki yang rabia perolehi. 

Rezeki menang GA/segmen blogger di blog 
Rezeki join group team BPT
Rezeki dapat berkenalan dengan blogger-blogger,MUA dan juga artis 

InsyaAllah lepas ni rezeki bekerja dan jodoh pula.Aamiin.. 

Sebut pasal kerja..Rabia rindu pula dekat my student ni..InsyaAllah maybe rezeki rabia pula dapat jumpa my student nanti.



Sabtu, 29 Disember 2018

Cutebook rm 30 - 44 pages gambar

Assalamualaikum..Selamat malam..Malam ni sambil-sambil study tadi.Lepas tu rasa macam nak relax sekejap.So rabia nak menulis blog lah.

Pada hari bulan 12.12.18 rabia order cutebook. Banyak juga gambar rabia dalam tab ni. So rabia ingat nak cutebook kan je lah sebanyak 44 pages gambar.

44 pages gambar ni berharga rm 30.00 - Order from DK digital king kuala terengganu ni je. 

Alhamdulillah semua gambar ada . Gambar kenangan blog,kawan-kawan seuniversiti,wedding kawan.Gambar rabia pun ada.Rabia kan kuat selfie.Heheh.Wajib lah ada gambar rabia . Gambar raya pun ada juga.





Yang paling penting gambar painting from kak cahaya diana wajib dicutebook kan jugakk. 

Ini adalah contoh gambar cutebook.Bukan photobook ye. Cutebook.

Banyak lagi gambar tu.. 44 keping gambar. Tapi cantik buku gambar ni kan.. Kecil molek je. 

Selama ni rabia cuci gambar je. 1 album je rabia ada.Tu pun semua gambar dah cuci.. Kadang-kadang beli frame jugak.Hias gambar cantik-cantik dalam frame.

Tapi rabia macam nak kelainan sikit kan.Bosan jugak asyik cuci gambar je. Sebab tu rabia nak cutebook ni.

Maybe lepas ni photobook pulak kot. Tak puas melihat gambar-gambar ni dalam cutebook.

Comel lah buku ni. Nama pun cutebook kan.. Dahlah tadi rabia start berselfie.

Nak kena photobook ni.Kalau gambar banyak sangat sampai 70 pages. Boleh lah diphotobook kan..

Maklumlah rabia ni sejenis pantang melihat kamera.Mesti nak selfie lah kalau dah tengok kamera tu. 

Kalau boleh satu album/photobook semua nak ada gambar selfie semuanya .. 

Next year,rabia nak buat photobook kot. Tahun depan kan raya tahun 2019..Mestilah gambar raya nak selfie banyak-banyak kan. 
Gambar raya lagilah banyak..Kenangan bergambar dengan tetamu yang datang ke rumah tu. 


DK Digital King
WISMA MEXTEC
No.35, Pusat Perniagaan KT Prima,
Jalan Sultan Sulaiman 
20000 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman

Jumaat, 28 Disember 2018

Tudung bawal

Assalamualaikum.Hai u all. Rindu Rabia tak? Hehe. Hari ini Rabia pakai tudung bawal .

Rasa macam ayu je pakai tudung bawal ni. Hehe. Nampak kemas je pakai tudung bawal ni.Nanti Rabia send pic kat entry ini ya.






Comel tak? Hehe. Rabia sekarang selesa pakai tudung bawal. Senang pakai. Mudah je pakai. Kalau shawl memang berbelit - belit lah Rabia pakai. Melainkan instant shawl . 

Tudung ni tak gosok pun hehe. Tak sempat gosok tudung ni. Last minute ayah call ajak keluar pergi jalan-jalan. 

Tapi tak apa asal cantik kan. Perasan je Rabia ni. Puji diri sendiri. Angkat bangkul sendiri hahaha. 

U all share lah gambar selfie pakai tudung bawal. 

Rabia pergi classes pun.Pakai tudung bawal jugak. 

Okeylah next entry instant shawl pulak ok? 

Khamis, 27 Disember 2018

Design template blog adik apis

Assalamualaikum. Rabia ada adik blogger baru tau. Namanya apis. Dia selalu je whatsapp dengan kak Rabia ni.

Dia seorang blogger juga. Baru form 2 dah jadi blogger dah. Wahh hebat lah adik kak Rabia ni.

Disebabkan dia ada komen blog kak Rabia ni. Rabia design lah blog dia bagi lagi nampak menarik lagi. 

Template blog macam blog kakak dia juga lah. 


Jemput follow blog adik Rabia ni. Rabia kenal adik apis ini melalui Instagram . 

Cantik tak design blog ? Sesuai lah dengan adik apis ni.



Sama- sama adik. Semoga adik apis ni berjaya dalam dunia blogging dan juga berjaya pt3 next year nanti . 

Adik apis juga ada business XOX simkad . Semangat betul adik . Kak Rabia bangga dengan adik. 


Ni link blog adik apis : apisdot.blogspot.com

Lepas ni rabia boleh jadi graphic designer ni. 

Ahad, 23 Disember 2018

Air fryer hadiah birthday

Assalamualaikum.. Sempena birthday Rabia hari tu. My mum bagi hadiah hehe.

Air fryer. Kerap pula Rabia guna air fryer ni. Masak french fries je.




Hari ini Rabia masak French fries guna air fryer. Hehe. Beli dengan go shop je.

Rajin lah Rabia masak sekarang. Hehe. Air fryer kan ada. Macam - macam boleh masak kan. Nak masak cake pun boleh .

U all dah beli air fryer ke? Cubalah beli air fryer go shop ni.

Sedap French fries ni. Rangup je French fries ni.
Mudah,cepat dan sedap...

Lepas ni nak beli ayam popcorn pulak . Rabia nak try masak ayam popcorn dengan menggunakan air fryer ni.