Selasa, 31 Oktober 2023

Makan petang

 Assalamualaikum semua , balik dari kerja terus pergi beli makanan . Rabia beli nasi goreng dan nugget . Ayah je beli kuih dan nasi kerabu ikan celup tepung umi nak makan .

Rabia kurang sihat sikit tapi selera makan ada 😍. Alhamdulillah .


Nasi goreng putih dan nugget 💘🤩💙💓💗😍💕❤. Alhamdulillah dah kenyang . 

Sekarang nak rehat la sekejap .

Esok nak beli apa pula ya .


Ahad, 29 Oktober 2023

Makan petang

 Assalamualaikum semua ❤ Balik dari kerja terus pergi kedai makan .

Rabia makan nasi goreng pataya je .



Rabia makan nasi goreng pataya . Menu nasi goreng tak sempat nak snap gambar . Lepas tu rabia makan keropok lekor .


Sabtu, 28 Oktober 2023

Shopping

 Assalamualaikum semua 😘.

Beli skincare lain la pula . 



Baca feedback ok je . 

Nanti nak try pakai .

Guna debit je bayar ni .

Jumaat, 27 Oktober 2023

Nasi goreng kampung Rabia

 Assalamualaikum semua 💗💚 Petang ni Rabia masak nasi goreng kampung je .

Sedap juga heheh baru makan ni sambil nak menulis resepi .









Bahan bahan :

4 ulas bawang putih 

Ikan bilis 

Cili merah -1 

Cili hijau - 2

Sos ikan 

Sos tiram

Kicap 

Garam 

Gula 

Telur 1 biji 

Nasi putih yang dimasak 


Cara cara masak :

1) Tumbuk kesemua bawang putih cili merah cili hijau dan ikan bilis .




Panaskan minyak 


Masukkan bahan ditumbuk tadi ke dalam kuali kacau kacau .


Masukkan telur 1 biji 


Kacau telur dan bahan tadi 


Kacau sehingga jadi macam ni 


Masukkan nasi putih 


Masukkan sos ikan jangan letak banyak sangat sebab masin .


Masukkan kicap 


Masukkan sos tiram


Masukkan garam sedikit 


Masukkan gula sikit 


Siappp masak 💚

Okeylah itu jelah resepi nya ya . Try la buat masakkan ni .


Baju kurung dalam almari

 Assalamualaikum semua 💕 Salam jumaat semoga dimurahkan rezeki pembaca blog Rabia 🤲🏻 Aamiin 🤲🏻.

Baru lepas gosok baju kerja lepas tu rehat la sekejap nak berblogging dulu . 

Saja jelah nak tengok almari baju tu . Banyak baju kurung je heehe . Ada separuh baju kurung rabia pakai dirumah juga baju kurung lama lah . Baju kurung baru je pakai pergi jalan jalan 💛.













Inilah baju kurung Rabia penuh satu almari .

Dulu kalau tak padan bagi dekat orang juga .

Meh la tengok baju kurung rabia .

Nak share semua gambar jenuh nak snap satu satu hehhe banyak kan oklah rabia nak off blogging dulu 😊 Jumpa next entry ya .


Rabu, 25 Oktober 2023

Boleh gaji hari ini

 Assalamualaikum semua . Alhamdulillah boleh gaji hari ini . Belanja umi ayah makan nasi beriani 😘😊💛🤲🏻 Alhamdulillah 🤲🏻.








Tea peng saya punya , Umi dan ayah nak minum air kosong je . Alhamdulillah la dapat kerja kerajaan , gaji boleh pada 25 hari bulan .

Order nasi beriani ayam je tapi sedap teramat lahh 😊😘.

Ni nak pergi bank pula nak simpan duit la pula 😊.

Isnin, 23 Oktober 2023

Asal petang makan

 Assalamualaikum semua. Boleh dikatakan setiap hari la rabia beli makanan petang , Asal balik kerja singgah kedai nak beli nasi goreng +ikan celup tepung dan nugget 😘💕💖❤.

Hari ini makan nasi goreng ikan celup tepung dan nugget banyak rabia belikan .


Alhamdulillah kenyang perut 💕💖❤.

Naik lagi berat badan . Rabu ni boleh gaji ingat nak belanja umi ayah makan nasi lemak sunik tu . 

Umi pesan dah tak nak makan restaurant mahal mahal .

Ingat birthday rabia bulan disember je nak celebrate di cafe 💕💖❤😘😍💜🙈💘💗💕❤.

Beli bouquet flowers hehe untuk reward diri sendiri dan ootd di cafe tu 💜🙈💕❤.


Sabtu, 21 Oktober 2023

Alhamdulillah laku jual minaz

 Assalamualaikum semua . Syukur sangat makin laku la jualan rabia jual ni . Dapatlah komisyen pada hari ini .

Tudung nya memang lawa lawa tauu .

Rugilah tak grab tuu 😜.




Rabia pun macam berkenang la juga tudung minaz ni 😘 Nantilah tunggu gaji ke nak beli tu nak kena pilih design dulu hehe . Awak mehlah beli support saya . Saya berniaga tudung pula dah . Produk shaklee pun ada je awak .

Walaupun saya dah kerja kerajaan but I nak ada duit lagi . Dengan harga barang naik kan.

Dan banyak benda juga rabia nak settle kan hutang belajar coway lagi .

Dan ada duit lebih bolehlah bagi untuk umi ayah belanja makan makan dan bagi hadiah kepada kawan kawan . Dan kawan blogger.

p/s : Sorry ya rabia tak beli lagi hadiah kepada blogger timbill tau dan kak haslina kasbulah . 

Banyak sangat kerja .

Nanti ada masa rabia belikan . Biasa beli dalam shopee je .

Dengan busy business tudung lagi hehe. 

Jumaat, 20 Oktober 2023

🥰

 Assalamualaikum semua . Sajalah nak tunjuk deko meja solek rabia ni.






Itujelah nak tunjuk deko meja solek rabia .

Vitamin tu habis lama dah saja je nak letak nak buat hiasan .

Okeylah rabia ada diluar ni jalan jalan dengan umi ayah .