Cari Blog Ini

Selasa, 31 Mac 2020

Jagung by syed azlan

Mac 31, 2020 4 Comments
Assalamualaikum semua. Hari ini rabia beli jagung dengan kawan sekolah menengah rabia. Hehe thank you syed. Aku beli ya. Lepas tu rabia bagi lah biskut sikit dekat kawan baik kita ni. Aku support sokmo business mu ya.






Hahaha dia update dekat status WhatsApp dia. Rabia bagi biskut ke dia. Welcome kawan.



Ni no WhatsApp dia : +60163474817

Dia cod area Kuala Terengganu. Rabia makan dah jagung bakar tadi. Hehhehe. Sedappp sangat. Alhamdulillah rezeki mu syed. Aku always support mu. Kawan dunia akhirat ni.

Semoga business mu maju jaya ya. Semoga laku la jagung mu jual tu.

Jomm pakat serbu WhatsApp dia. Tengok dia jual apa lagi selain jagung? 

Isnin, 30 Mac 2020

Alhamdulillah makin ramai kucing yang datang ke rumah ku

Mac 30, 2020 6 Comments
Assalamualaikum semua..Hai u all. Macam mana sejak PKP ni? U all buat apa dekat rumah? Rabia buat apa dekat rumah ? Of course lah masak guys.

Lepas masak tu jenguk ke halaman belakang rumah. Bagi makan dekat kucing yang selalu datang ke rumah rabia ni.



Yeayyy rabia dapat jugak selfie dengan kucing ini yang bernama oren. Nama tu rabia sendiri yang bagi ok.Cute kan dia? Tapi dia jinak la. Kalau tak takkan rabia boleh pegang dia tu kan? Tapi pegang dia pun sekejap sekejap je. Sebab dia ganas sikit la. Suka lah panjat pokok. Sebab pokok dekat luar rumah tu selalu ada burung yang datang. Rabia selalu siram pokok kan. So burung - burung pun datang ke mari untuk mandi,makan dan minum air lah .

Si tompok mana ? Lama dah tak nampak dia..Ada je dia mari pagi tadi. Dia tu sejenis kucing yang takut dengan kucing lain kan. Dia tu hidup bersendirian je. Tak suka bersosial dengan kucing lain. Dengan rabia pun dia asyik takut je. Si mishai? Dia lagi lah tak balik ke rumah dah berapa hari ni.

Kucing hitam gambar di atas tu. Tu ayah si tompok dan si mishai lah.. Tapi entah lah si tompok dan si mishai takut pulak dengan ayah dia tu .

Alhamdulillah makin ramai kucing yang datang ni. Nanti rabia nak cuci gambar. Nak buat kenangan nii.


Cheesekut kopi by Rabia

Mac 30, 2020 5 Comments
Assalamualaikum semua. Musim PKP ni kan. Rabia asyik lapar je. So nak sangat makan cheesekut. So tengok bahan ada tak cukup satu. Tapi rabia pakat buat je lah.



Jangan la suka. Rabia pakat buat je ni. Kalau u all nak try pun boleh.

Bahan - bahan :

Sos cheese

Biskut jagung

Susu pekat

Kopi


Cara - cara buat :

1. Masukkan sos cheese dan susu pekat ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati

2. Letak kan sos cheese dan susu pekat yang telah dikacau tadi tu ke atas biskut. Susun biskut tu ya.

3. Taburkan kopi di atas biskut tersebut.

4. Letak kan dalam peti sejuk. Sejukkan dalam semalaman okey.

Tu je lah resepi nya.. Tekak ni nak makan sangat cheesekut. Ni first time rabia buat cheesekut. Cheesekut kopi ni rabia buat. Jangan la gelak. I know i bukan terer sangat bab masak masak ni. But I ada kesungguhan untuk belajar masak. At least umi ayah rabia happy tengok anak nya ada kesungguhan nak belajar masak. Okey bye!

Ahad, 29 Mac 2020

Nasi goreng ikan aye by Rabia

Mac 29, 2020 1 Comments
Assalamualaikum semua. Hari ini rabia masak nasi goreng ikan aye je.



Bahan - bahan :

Bawang merah yang siap diblend

Serbuk cili

Ikan aye

Kicap

Gula, garam

Maggi secukup rasa

Telur

Chicken meatball

Daun sup

Lobak merah

Bayam brazil - Hiasan di nasi goreng

Cara - cara memasak :

1. Masukkan bawang merah yang telah diblend, serbuk cili, ikan aye (hancurkan ikan aye) ke dalam nasi. Gaul kesemuanya sehingga sebati.

2. Masukkan minyak ke dalam kuali. Tunggu minyak panas. Lepas tu masukkan nasi yang telah digaul tadi tu. Masukkan telur. Kacau.

3. Goreng dan masukkan daun sup, chicken meatball, lobak merah.

4. Masukkan kicap, gula, garam, Maggi secukup rasa. Kacau kacau dah siap.

Itsdone by Rabia. Okey tu je lah resepi nya. Jangan lupa masak nasi goreng ikan aye ni dan tag nama rabia tau dekat story Instagram.


Sabtu, 28 Mac 2020

Let's play this game

Mac 28, 2020 1 Comments
Assalamualaikum semua. Nak tahu tak best main game ni. Heheh. Nak tahu game apa best sangat tu?

Rule of the game(rule 2 is mandatory)
So u have 2 follow the next few steps

1) Send me a picture of yours

2) Put the status same as mine
*Say Hi and I will post something about you*
(If you don't i won't post anything)

3) Once it's done I'll post the pic that u have sent with what I like about u as caption !

This is all about celebrating,appreciating and loving each other ☺

Don't spoil the fun






So enjoy this game okey. Let's play this game at WhatsApp.






Jumaat, 27 Mac 2020

Top komentar march 2020

Mac 27, 2020 9 Comments



Assalamualaikum semua.. So rabia dah pasang semula top commentar di blog rabia . Congrats u all . 

So rabia nak bagi hadiah free header pada 5 orang yang bertuah ini .



Mamapipie




Kak Adia




Raydah



Kak Anies 



Warisan Petani 

Tahniah kepada 5 pemenang header ini. Terima kasih sebab sudi jenguk dan komen blog rabia ni. Rabia hargai u all . 

Rabia baru siap edit header blog untuk u all. Letih jugaklah main edit edit header rupanya. Sebab dah lama rabia tak mengedit ni.Ni disebabkan rabia sedang cuti semester . So rabia nak bagi hadiah dekat u all yang selalu tinggalkan komen di blog rabia. 

Cantik tak header rabia buat untuk u all? Puas hati tak? Suka tak? Inilah caranya rabia hargai korang semua. Thank a lot for comment my blog .

Selasa, 24 Mac 2020

Jom menabung

Mac 24, 2020 13 Comments
Assalamualaikum semua. Malam ni rabia nak share entry pasal jom menabung. Setiap kali rabia nampak umi dan ayah rabia ada simpan duit rm 5 ringgit tu kan. Rabia akan minta dengan umi ayah. Hehe. Umi biahtul nak duit rm 5 ringgit. Hehe. Nak simpan menabung dalam tabung duit.

My parents always bagi duit rm 5. Tadi umi rabia baru je bagi duit rm 5. Rabia memang suka simpan duit rm 5.00 ni. Thank you umi bagi duit rm 5 tadi.




3 tabung simpanan rabia. Hehe. Rajin kan rabia menabung. Jom la kita sama - sama simpan duit. Jimat - cermat okey? Dan boleh la buat hashtag Jom Menabung. Duit syiling pun rabia simpan jugak.

InsyaAllah kalau rabia dah kerja nanti kan. Rabia nak menabung rm 10, rm 50.

U all buat tak challenge jom menabung? Jom kita sama - sama menyimpan duit dalam tabung syiling.

Best pula menyimpan duit ni. Hehe. Sebulan memang dah banyak duit kita simpan tu. Hehe. Boleh la bahagikan duit untuk travel dan sebagainya.

Tabung syiling warna hijau tu rabia beli dekat mydin je.

Alhamdulillah best sangat menabung ni. Rabia still lagi students tapi dah boleh menyimpan duit banyak kan.

Kadang - kadang rabia tak minta pun duit rm 5 ringgit tu. Umi dah bagi dah dekat rabia.

Jommm u all kita sama - sama menyimpan duit. Tak kisah lah nak simpan duit rm 5 ke, rm 50 ke, rm 200 ke dalam tabung syiling tu.


Sabtu, 21 Mac 2020

Menang contest engku Ruzainii

Mac 21, 2020 9 Comments
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kali ni rabia menang hadiah makanan pula. Rabia selalu je support engku Ruzainii ni. Sebab baca feedback orang lain kan. Katanya sedap la bronis dia ni.

Rabia always komen dan share jualan dia dekat my Facebook.









Alhamdulillah sedap sangat. Thank you Engku bagi bronis free je dekat akak. Nanti boleh la kak order bronis engku. Sebab sedap ni. Tak cukup makan ni. Rasa nak makan lagi la. Heheh. Semoga business engku maju jaya ya.

Alhamdulillah rezeki pada bulan 3 ni. Nanti rabia menang apa pulak ya? Stay tuned guys. Jemput lah u all add Facebook dia ya. Nanti kalau u all nak makan bronis sedap - sedap kan. Pakat order lah dengan engku ni ya. Sedappp sangat. Tak puas makan lagi ni.

Engku mari cod pada hari ini. Hari sabtu - 21 March 2020. Thank again engku.


Jumaat, 20 Mac 2020

Sup kaki ayam by me

Mac 20, 2020 7 Comments
Assalamualaikum semua. Disebabkan hari ini my mum ada beli ayam. So rabia masak sup kaki ayam.


Bahan - bahan nya :

Kaki ayam

2 Ubi kentang

Daun sup

2 ulas bawang putih

1 ulas bawang merah

Halia sebesar ibu jari

Cara - cara memasak :

1. Tumis bawang putih, bawang merah, buah pelaga, cengkih dan kulit kayu manis hingga naik bau.

2. Masukkan air 2 gelas besar

3. Masukkan kaki ayam, ubi kentang dan masukkan sup bunjut.

4. Masukkan garam dan gula ke dalam sup ayam tadi.

5. Siap dan makan

6. Daun sup tu baru ditabur ketika nak makan sup kaki ayam tu.

Ini first time rabia masak sup kaki ayam. Alhamdulillah dah pandai masak dah rabia. Yeayyy. Alhamdulillah. 

Rabu, 18 Mac 2020

Cook with love

Mac 18, 2020 6 Comments
Assalamualaikum semua. Hai u all. Semalam rabia buat apam pisang merah. Hmm tersilap letak pewarna la guys. Eh tapi tak apa ni first time la ada orang buat apam pisang merah kan?




Sedap lah jugak. Hehhe. Hari ini pulak rabia masak telur masak kicap. 4 telur mata rabia goreng tau. Rabia dah makan nasi pun. 


Bahan untuk tumis telur masak kicap 



Telur kicap its done by Rabia. Heheh. Alhamdulillah kenyang dah perut ni. Best pulak makan macam ni je. 

Bahan bahan nya :

Bawang merah dikisar 
4 ulas bawang putih
Lada hijau 
Kicap lemak manis 
Air 


Cara - cara memasak :

1. Masukkan bawang putih dengan lada hijau. Selepas tu masukkan bawang merah yang dikisar. Kacau sehingga naik bau. Lepas tu letak sedikit air.

2. Letak kicap lemak manis. Dan letak kan telur mata lembu yang sudah di goreng tadi. Kacau dan siap 

3. Hidangkan ke dalam pinggan cantik - cantik. Dan terus boleh makan.

Sorry tak sempat nak snap all the picture bahan bahan masakkan tu. Dah lapar sangat kan. Bagi rabia, telur masak kicap ni adalah menu yang paling simple la. 

Okey u all try lah masak telur masak kicap ye. 

Sedappp sangat. Makan macam ni pun dah kenyang perut dah. Alhamdulillah lah rabia dah pandai masak dah. Slow slow nak belajar ni. 

Isnin, 16 Mac 2020

Cuti semester rabia buat apa

Mac 16, 2020 6 Comments
Assalamualaikum semua. Hai u all. Rindu rabia tak? Sekarang rabia sedang cuti semester. So cuti ni rabia buat apa?







Rabia join contest la. Nak keluar rumah tak boleh. Jaga kesihatan ya.

Tak sangka la join contest ni dapat la rewards untuk diri sendiri ni.

U all doakan rabai ya semoga rabia dimurahkan rezeki selalu ya. Semoga rabia dapat menang hadiah lagi hehe. Sebenarnya dulu saja je nak join contest ni. Tapi tak sangka la sekali join dapat hadiah terus. 

Kalau u all tanya apa rahsia menang contest ya? Nak rabia bocorkan satu rahsia ke? 

Just follow rules yang dianjurkan oleh admin giveaway ya. 

Support la orang berbisnes tu. Tak semestinya kena beli. Like dan komen apa yang dia jual tu pun dah buat dia gembira dah. Mana tahu hari ini hari dia. Esok hari kita pula kan. 

Berusaha, berdoa dan bertawakal. InsyaAllah ada rezeki. Tu je lah nak share entry pada malam ni. Goodnight semua. Assalamualaikum. Take care. 

Ahad, 15 Mac 2020

Makan makan

Mac 15, 2020 3 Comments
Assalamualaikum semua. Rabia dah start cuti semester. So apa lagi rabia ikut la my parents pergi ke hospital. Lepas dah selesai  jumpa doktor tu. Kitaorang pergi makan makan. Lepas tu terus pergi beli cat rumah.


Jangan risau rabia pakai mask tau. So don't worry okey. My parents saja je nak check kesihatan tu je. Sebab tu nak jumpa doktor.


Nasi lemak kukus melaka di batu buruk Kuala Terengganu. Sedappp nasi lemak dia.


Tea o limau nipis. Setiap kali rabia pergi kedai makan rabia request nak minum tea o limau nipis panas. Tak suka minum air batu . Hehehe.. Jaga kesihatan . No ice .


Makan tengahari. Nasi beriani maiidah di Chendering Kuala Terengganu. Sedap nasi beriani nya. Kuah nya dan kerepek apa tu hah papadom ada makan. Tapi tak sempat snap gambar sebab lapar sangat. Dah lah pagi tadi rabia gastrik. Makan ubat gastrik je pagi tadi.

Itu je lah nak kongsi cerita pada hari ini. Esok pergi makan pula? Keluar pergi jalan pun hari ini sebab ada urusan penting. Esok entah lah pergi mana.


Sabtu, 14 Mac 2020

Beli hanger dengan my mua

Mac 14, 2020 4 Comments
Assalamualaikum semua. Ni lama dah nak update pasal rabia shopping dengan kak Yana. Eh terlupa nak update.

Rabia beli hanger kayu dengan kak Yana sebanyak 20 pcs. Hehe. Comel tau. Nak sangkut baju ke tudung ke memang cantik la.




Thank you kak Yana  comel la hanger kayu ni. Semoga kak Yana dimurahkan rezeki. Happy betul rabia shopping ni


Thank you kak Yana . I always support you. U all jenguk jenguk la Facebook kak Yana ya. Nak makeup nikah ke makeup tunang ke. PM terus my favourite makeup artist ya. Mostly ramai yang cakap dia makeup kan pengantin memang cantik.

20 pcs rabia beli tapi snap gambar nampak sikit je? My mum yang nak jugak hanger kayu tu. Nak sangkut tudung la.

Lawaaa sangat hanger ni. Warna hanger ni pun nampak cantik je. Semoga kak dimurahkan rezeki ya.


Rabu, 11 Mac 2020

Nasi goreng pataya by Rabia

Mac 11, 2020 3 Comments
Assalamualaikum semua. Rabia tengah study sambil menulis blog hahaha. Esok exam. Fuhh jantung ku berdebar. Rabia yakin kali ni dapat A+. Sebelum ni dapat C dan B - dah kan.

Ni nak story sikit ni. Pagi tadi rabia masak nasi goreng pataya tau. Susah jugak nk buat telur pataya tu. Tapi kali ni berjaya la buat. Walaupun rupa tak cantik. Asal pandai masak pandai jaga perut umi ayah okey la. Umi ayah suka makan nasi goreng rabia buat. Katanya sedap. Hehe. Agak agak kalau rabia buat cod ni ada nak join tak? Hehe.




Bahan - Bahan :

Ayam sup tulang semalam tu
Dicarik - carik kan ayam tu

Ikan bilis

Bawang putih (dicincang)

Maggi secukup rasa

4 biji telur

Gula, garam

Kicap

Sos tiram

Sos cili - Untuk letak di atas telur pataya

Ini bahan yang rabia selalu guna lah dalam masakkan nasi goreng.

Boleh rujuk dekat my Instagram video I memasak ya.




Sedap jugak la nasi goreng pataya rabia masak ni. Petang ni makan nasi goreng dari kedai makan pulak. Kata diet semalam. Sekejap je pakai pinggan diet tu kan.

Tak apa nanti jogging je. Nanti kurus la.

Terliur tak awak tengok ni nasi goreng pataya rabia buat ni? Nak rabia masakkan tak untuk awak semua yang melihat ni?

Okeylah rabia nak study ni. Cara memasak macam biasa rabia pakat campak je. Nak bagi resepi pun susah sikit. Sebab rabia akan lihat apa yang ada di dalam peti sejuk tu. Bahan bahan tu lah akan ku masak nanti. Kalau resepi nak buat cake tu boleh la bagi hehe.

Nanti nak masak nasi goreng paprik la pulak. InsyaAllah kalau ada rezeki rabia up video memasak dalam Instagram tau.


Jumaat, 6 Mac 2020

Sutra Beach Resort Merang Setiu Kuala Terengganu

Mac 06, 2020 8 Comments
Assalamualaikum semua. Hari ini kitaorang bertolak balik ke rumah di bandar Kuala Terengganu.

So makan pagi dulu lah. Hehhe. Inilah breakfast pada pagi tadi.


Semalam lapar so order chicken chop. Boleh rujuk senarai harga makan di bawah ni.

Tak habis pun. So bawak balik ayam tu untuk bagi makan dekat anak anak rabia.





Besar nya chicken chop dia. Tu lah rabia tak habis makan so bawak balik la ayam tu bagi dekat si mishai dan si tompok.

Rezeki kucing pulak makan chicken chop.





Resort Address : Sutra Beach Resort, Terengganu Kg. Rhu Tapai, Merang, 21010 Setiu, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

Tel : 09 - 653 1111

Fax : 09 - 653 1226