Cari Blog Ini
Jumaat, 30 April 2021
Beli je
Kumpul point lagi lah ✅😭
Assalamualaikum semua. Hai u all . Update lagi ni pasal point rabia kutip ni . Baru je rabia kutip ni ❤.
Terharuu kak Alien Oren sebut nama saya '' Rabia antara peserta yang sangat gigih dan rajin update kutipan pointnya pada saya.
Teruskan rabiaaa kumpul point. Kamu boleh . 😊🌹😘❤🌷🌻.
Kamu boleh berjaya kumpul lebih banyak lagi point . Dont give up .
Khamis, 29 April 2021
Menu berbuka
Hai dan assalamualaikum semua. Ehem resdung la pulak 😭. Dah spray dah . Okeylah menu berbuka hari ini simple je. Ingat nak moreh di kedai makan malam ni. Tapi kenyang dah .
Tak jadi la makan kedai moreh dekat kedai .
My mom masakk lagii .
Salam ramadhan 17
- menu berbuka
- Ayam kunyit panggang air fryer
- Telur rebus diletak sos cili merah
- Tomyam udang
- Tumis sawi dan kangkung
Casing phone
Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Semalam kawan rabia ada dm dekat messenger. Dia nak suruh rabia promote casing phone dia jual .
ʜᴇʏ ɢᴜʏ
sᴛᴏᴄᴋ ɴᴇᴡ ᴄᴀsᴇ ɪᴘʜᴏɴᴇ
ᴅᴀʀɪ 6-12ᴘʀᴏ ᴍᴀx
sɪʟɪᴄᴏɴ ᴄᴀsᴇ
ᴘᴇʀʙᴀɢᴀɪ ᴡᴀʀɴᴀ
ᴄᴀsᴇ ʙᴇʀᴄᴏʀᴀᴋ
ᴅᴀᴜɴ ᴘɪsᴀɴɢ
ᴀᴍᴏɴɢ ᴜs
ғᴏʀᴇᴠᴇʀ ᴀʟᴏɴᴇ
sᴛᴀʀʙᴜᴄᴋ
ɢᴏᴏᴅ ʟᴜᴄᴋ
ᴍᴜᴋᴀ sᴛᴀғғ
ɴɪᴋᴇ x ᴀᴅɪᴅᴀs
ᴅᴍ ᴜᴛᴋ ᴘʀɪᴄᴇ
0189644279
setiap 1 RM15
Rabia ada post dalam IG rabia .Nanti u all try beli ya. Please 😭. Rabia betul betul nak tolong kawan rabia ni .
@ehhareiz79_ instagram dia . Please follow him and buy casing banyak sikit. 😭.
Rabu, 28 April 2021
Menu berbuka
Assalamualaikum semua. Menu berbuka hari ini memang mewahh laa. Hajat nya nak moreh di kedai jugak malam ni. Dah makanan banyak dooh lalu kan. Makan dulu apa yang ada di rumah ni. Sotong celup tepung makan di kedai semalam bawak bungkus balik makan berbuka puasa hari ini.
Salam ramadhan 16
- Tomyam udang
- Sotong celup tepung
- Keropok goreng
- Tembikai
Sambung makan lepas terawih pulak la. Padan dah makan banyak. Sahur makan kurma pagi tadi. Biskut raya sikit je. Minum air kosong dengan susu magnolia sikit . ❤😐.
Kumpul point ✅✅
Selasa, 27 April 2021
Ikan bakar pantai timur
Salam ramadhan ke 15
Salam ramadhan ke 15
Banyak beli hari ini. Gulai daging kelmarin ada lg. Makan yg tu je. Mewah berbuka puasa hari ini.
✅ Keropok lekor rebus
✅ Keropok lekor goreng
✅ Roti sosej
✅ Beli je yang ni 😂.
My mom dah pesan tadi jangan beli roti sosej. Rabia makan roti dia je. Sosej bagi dekat kucing esok. 😩.
Tembikai ni beli jugak. My mom potong siap siap dah . Wajib ada dalam peti sejuk buah ni. Tengoklah malam ni lepas terawih nak pergi makan dekat luar. Sebab tak moreh lagi dekat luar and nak merasa jugak makan dekat luar malam malam dengan angin sempoi. Nasi makan sikit je buka tadi. Sahur makan kurma 3 biji dengan Milo je.
Kumpul point lagi ❤
Kumpul point lagi la ✅
Assalamualaikum semua. Selamat bersahur. Rabia sahur makan kurma 3 biji dengan susu magnolia je. Tak boleh makan nasi . Gastrik sampai ke hulu hati walaupun dah makan ubat gastrik. Okeylah lepas sahur terus capai phone.Bukak blog kak Alien Oren. Terus kumpul point.
Kumpul lagi rabia. Usaha tangga kejayaan ya . Chaiyokk. Pasti menang 😘. Okeylah nak kena update dekat kak alien Oren ni .
Isnin, 26 April 2021
Rezeki menang giveaway
Assalamualaikum semua. Ya Allah 😭 Tak sangka rabia menang giveaway ourcase lagi sekali .
Hari tu kan rabia menang dah kan . Dapat casing free .
Ni lagi sekali dapat pulak 😭😭😭😂.
Asalnya nak bagi hadiah casing free dekat kawan. Tapi tertulis nama rabia dan jenama phone rabia. Nanti dia nak pos dah .
Sorry my friend. Maybe tak ada rezeki untuk kawan ku.
Tengoklah active rabia kan ❤ Rabia mention selalu ourcase di my insta story tu. Yeayy. Tak terkata nak kata . Memang rezeki di bulan ramadhan 😭😭😭😭. Ya Allah. Terima kasih sangat . Rabia menang jugak akhirnya. Berapa bulan dah rabia tag nama kawan kawan.
Kumpul point ✅✅
Hasil pakai inai
Berinai sebelum raya
Kumpul lagi point ✅
Assalamualaikum semua. Selamat pagi semua. Lepas solat subuh , rabia pergi jenguk blog kak Alien Oren. Lepas tu kumpul point.
Semangat rabia 👍 Dont give up . Ha gituu semangatnyaa. Gigih pulak rabia screenshot rabia kumpul point ni kan . Lepas tu edit gambar screenshot ni di app meitu pulak. Lepas tu DM kak alien oren pulak 😅. Nak beritahu setiap perkembangan sepanjang rabia join giveaway kumpul point ni .
Banyak entry kumpul point je ni 😂. Bosan tak u all baca blog rabia ni ? Hahaha. Okeylah nak pergi bukak instagram kejap . Mana tahu menang hadiah contest ke kan .
Ahad, 25 April 2021
Kumpul point lagi lah 💚
Biskut kurma
Biskut kurma
Resepi biskut kurma
Resepi biskut kurma
250 g buttercup
satu cawan gula perang
Satu cawan tepung jagung
2 sudu limau sunquick
1 kotak kurma dicincang halus
2 cawan setengah gandum
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Chocolate rice
1 ceri merah /ceri hijau
1. Pukul buttercup dengan gula perang sederhana
2. Masukkan telur . Pukul dgn sederhana Dan masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung gandum . Masukkan kurma yang dicincang halus.
4. Gaul sehingga tidak melekat di tangan. Jika melekat lagi . Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit .
5. Buat bulat bulatkan biskut tersebut . Bulatkan kecil kecil je.
6. Letak ceri di atas biskut tersebut.
7.Bakar selama 40 minit .
Gambar di atas tu letak dalam peti sejuk tu. Tak buat bentuk lagi 😘. Selamat mencuba.
Sabtu, 24 April 2021
Timbang berat
Assalamualaikum semua . Rabia timbang berat tadi. Naik sikit je .
52.8 . Nanti nak usaha la makan sikit lagi . Mana nyaa pinggan diet ya 😘😂.
Lepas raya jogging dan main badminton pulak. Dulu berat 45 kg je . Kurus macam apa dah dulu. Mesti orang ingat umur 17 😂. Budak sekolah . Huhu .
Nanti workout lagi . Usaha tangga kejayaan .
Semoga dijauhkan rasa terliur nak makan KFC tu 😭.
Biskut sarang semut
Hai dan assalamualaikum semua . Letihh nyaa 😭😭😭😭. Sebab tu kalau orang nak order biskut raya . Rabia tak nak ambik tempahan dan tak nak business. Letihhh. 😭
Umi saya tolong ni . Kalau buat sorang sorang memang tak akan buat nya .
Chocolate rice ni lah sedapp letak atas biskut sarang semut tu . Letak banyak lagi sedap.
Lepas solat zohor . Nak tidur laaaa. Letihh . Esok nak buat biskut kurma . Nak buat 3 jenis biskut je.
Biskut sarang semut is done ✅
Okeylah guys nak rehat sekejappp .
Kacau je mentega tu . Sepatutnya guna mixed. My mom kata kacau je. Sebab tak banyak pun biskut . Hehe. Masa muda ni lah kena kerja kuat kan u all. Tak boleh bayangkan macam mana orang berniaga buat biskut raya ya . Mesti penat. Rabia buat satu jenis biskut ni pun mengeluh dah la . Letih hehe.
U all baking biskut raya tak lagi ?