Cari Blog Ini

Rabu, 30 Mei 2018

Crunchy oat granola

Mei 30, 2018 8 Comments
Hi, Assalamualaikum. Semalam kan Rabia dan umi ayah pergi beli crunchy oat granola.

Ya Allah,try makan semalam oat granola ni.Sedapnya. Kitaorang makan macam tu je.Tak ada susu pun.

Rabia ada melihat beberapa feedback mereka yang makan oat granola ni. Dia kata makan oat granola ni jadi kurus?

Ya ke ? That why Rabia makan ni. Sebab berat dah naik ni. 50 kg . Selama ni berat Rabia 45 kg je. Aduhai banyak sangat makan makanan ringan kot.

Ada rasa masam-masam manis gitu. 
Ada 3 jenis oat granola kan?
Lepas ni nak beli lagi lah. Patut ramai yang beli. Dah jatuh hati dekat oat granola ni.

Korang dah beli ke? Komen feedback korang sikit . 

Dah makan ke oat granola ni?


Isnin, 28 Mei 2018

Beli cool blog

Mei 28, 2018 9 Comments
Assalamualaikum,Rabia baru je balik dari bazar Ramadhan batu buruk.Rabia beli air cool blog yang baru tu. Cool Kathira.



Alhamdulillah dapat pun beli air ni.Beli pun sebab suka tengok botol air yang comel tu .

Sampai hajat Rabia . Dari semalam lagi terbayang-bayang melihat jus Kathira ni. Dengan botol nya yang super cute.

Comey botol air ni kan .

Berbuka puasa dengan minum air cool blog jus Kathira.

Rm 6.90 jus Kathira ni.

First time nak minum ni


Khamis, 24 Mei 2018

Berbuka puasa dengan beli nasi goreng ayam crispy rm 5.00 di bazar ramadhan

Mei 24, 2018 11 Comments
Assalamualaikum.Salam ramadhan al mubarak.Hari ini rabia dengan keluarga dan juga nenek pergi bazar ramadhan je.

Rabia beli nasi goreng ayam crispy rm 5.00 di bazar ramadhan batu buruk.Yeahhh my fav food kan sentiasa ada di bazar.


Nasi goreng ayam crispy

Nampak macam sedapppp jer..hehehehhee..tak sabar nak makan ni..

Sedap ke tidakkkk u alls? Terliur tak? hahahahhahaa..

Eh dah pukul 6.53 pm ni..Eh eh air tak sedia lagi ni..

Okeylah nanti rabia beritahu ye sedap ke tidak nasi goreng ni.

Assalamualaikum.

Isnin, 21 Mei 2018

Terima kasih kakak cahaya diana(Kak dee)

Mei 21, 2018 17 Comments
Assalamualaikum.Salam ramadhan al mubarak. Alhamdulillah hari ini rabia start update blog semula ya.

Terima kasih kakak cahaya diana sebab sudi lukis gambar rabia.Hadiah daripada kak dee ni..

Foto Rabiahtul Adawiyah.


Alhamdulillah rabia rasa gembira sangat..Sebab cantik sangat gambar ni..Pandai akak edit kan..

Kan rabia pernah cerita pasal kak dee ni..Dia ni edit drama-drama kat tv tau.

Ni blog dia tau.Jemput follow ya. http://www.cahayadiana.com/

First time kak dee edit gambar ni untuk rabia..Katanya hadiah untuk rabia ni.Hadiah yang sangat menarik kan.

Kalau letak dalam frame cantik jugak kan.

Kak dee guna apps apa lah ni..MEMANG CANTIK SANGAT..hehe..rabia tak pandai mana nak painting ni..

blogger : rabia

Jumaat, 18 Mei 2018

Chefmanship Akademi Mendidik Pengendali Makanan (Pengurusan Sisa dan Lebihan Makanan Sebelum Bulan Puasa)

Mei 18, 2018 9 Comments
Assalamualaikum.Baru-baru ini rabia hadir ke event bersama-sama blogger kuala terengganu ke stadium negeri kuala terengganu.
Hari : Selasa
Tarikh : 15/5/18


Siaran Akhbar
Chefmanship Akademi mendidik pengendali makanan dengan pengurusan sisa dan lebihan makanan sebelum bulan berbuka puasa
Unilever Food Solutions bekerjasama dengan MBKT sejajar dengan rancangan Kehidupan Lestari untuk mengurangkan pembaziran makanan anggaran 8,000 tan sehari di Malaysia
Chefmanship Akademi (CA) yang dekelolakan oleh Unilever Food Solutions (UFS) telah memperkenalkan modul yang terbaru, dengan menumpukan perhatian pada pengurusan sisa dan lebihan makanan, kos pengiraan dan cerita kejayaan pengendali supaya memperbaiki dan memperolehi pandangan mendalam program inovatif kami.
CA menekan pada keusahawan bijaksana dan membantu pengendali makanan mempelajari tentang kualiti makanan, perkhidmatan dan efisiensi supaya boleh menjadi cef yang lebih baik.
Matlamat utama yang ditetapkan oleh Unilever Sustainable Living Plan (USLP) adalah untuk meningkatkan tabiat kesihatan, kesejahteraan dan kesihatan di Malaysia.
Ketua Negara UFS Malaysia, Nusrat Perveen berkata di upacara pelancaran: “UFS memulakan program pertama CA 2018 bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk kali pertama dan melibatkan lebih daripada 1,000 pengendali makanan yang berkongsi melalui CA.”
Nusrat berkata bahawa berdasarkan data dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 2016, rakyat Malaysia membazir makanan berjumlah 15,000 tan setiap hari, di mana 8,000 tan adalah sisa dan lebihan makanan, 3,000 tan anggaran adalah makanan yang masih boleh dimakan dan makanan dibazir menterjemah kepada hampir 1.1 juta tan setahun.
Sejak CA dilancarkan pada tahun 2013, UFS telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia. Untuk Lembah Klang, pelbagai sesi CA telah dilanjutkan dengan jayanya bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang & Pantai.
Program CA juga dikendalikan dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Nusrat berkata, “Chefmanship Akademi dari Unilever Food Solutions merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia. Dari titik permulaan dengan penglibatan 400 orang, kini anggaran lebih daripada 43,000 pengendali makanan sudah terlibat dalam CA.
“Kami amat gembira bahawa CA sedang berkembang dengan cepat, dengan pertolongan rakan sepandangan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan persekutuan,” kata Nusrat.
UFS Malaysia berganding bahu dengan PBT utama dan organisasi swasta supaya meningkatkan teknik pengendali makanan yang terlibat dan memperolehi pandangan mendalam untuk pergurusan makanan, menjimat masa dan beroperasi lebih berkesan terutamanya dengan pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan.
Ini akan meningkatkan kesedaran pengendali makanan tentang perkembangan baru dalam industri dan membantu mereka memahami keperluan peraturan dengan mendalam. CA menggabungkan maklumat terkini dengan penyelidikan industri supaya dapat menyediakan pengalaman yang meliputi lebih daripada 100 topik, termasuk cara meningkatkan teknik memasak dan membangunkan praktis bisnes yang sesuai.
“Dengan mengadakan Chefmanship Akademi, UFS menyasarkan supaya kesihatan orang ramai tidak terjejas apabila bersantap di luar. Penyedia makanan akan membantu dalam memartabatkan kebersihan makanan dan tidak mengutamakan kemudahan dan keuntungan sahaja, terutamanya semasa bulan berbuka puasa di mana sudah menjadi kebiasaan dan keselesaan orang ramai untuk mengunjungi gerai makanan Bazar Ramadhan,” Nusrat kata.
Nusrat berkata, “Penggunaan peluang ini untuk mencipta rangkaian dengan WeChat oleh UFS bukan sahaja menyediakan komunikasi yang bertambah baik, tetapi juga untuk memberi serta menyampaikan informasi dan garis panduan cara-cara menjadi pengendali makanan yang lebih baik.
“Laman web UFS akan menunjukkan pelbagai kandungan rangkaian yang digemari oleh pencinta makanan atau cef supaya mereka dapat melayari semasa masa lapang, termasuk inspirasi cef tentang resipi baru, produk dan perkhidmatan yang dicipta oleh cef untuk cef sahaja,” Nusrat kata.
Nusrat berkata bahawa laman web kerap disegarkan dengan kemudahan link terus ke laman web utama, www.unileverfoodsolutions.com.my.











Bergambar bersama blogger sis husniey,sis gee,rabia

Unilever Food Solutions – Siapa kami
Unilever Food Solutions adalah bahagian perkhidmatan makanan Unilever.
Produk-produk kami adalah bahan ruji bagi setiap dapur professional di 74 buah negara di seluruh dunia. Knorr, Lady’s Choice, Lipton, Planta dan banyak lagi. Kami mengeluarkan produk-produk untuk menjimatkan masa untuk penyediaan makanan di dapur, tanpa kompromikan rasa dan bakat. Kami telah berada di dalam industri ini semenjak tahun 1880-an. Kami juga adalah cef, jadi kami tahu bagaimana kritikal untuk menyampaikan hidangan yang bukan sahaja menarik perhatian pelanggan, malah meraih keuntungan. Dan, juga bagaimana untuk sentiasa mengeluarkan menu dan resipi yang baru dan menarik, mengikut aliran masa dan citarasa yang sentiasa bertukar. Unilever Food Solutions amat komited untuk perkembangan kemampanan, jesteru membawa kesan yang positif terhadap industri pemakanan. Itu bermaksaud mensyorkan servis yang dapat membantu cef dan pengendali makanan untuk bekerja di dalam dapur dengan lebih kemampanan dan makanan sihat dalam menu untuk pelanggan. Ia adalah peranan terhadap tanggungjawab social dan persekitaran yang lebih mesra untuk menjalankan perniagaan


Ahad, 13 Mei 2018

Makan kfc dgn bff

Mei 13, 2018 15 Comments
Assalamualaikum.selamat petang.alhamdulillah dapat juga keluar dengan kawan rabia ni.Nasib baik cuti hari ni.Rabia dapat keluar dengan kawan rabia.

Ni kira first time rabia keluar dengan kawan. Hihi..Kitaorang makan kfc.Nanti rabia cuci gambar ni ya.





Kitaorang makan bayar sendiri-sendiri lah.. Rabia pilih ayam yang baru ni..Ada iklan dalam tv kan.. 

Rm14.90 je sekali dengan sos cheese tu.Sedaplah juga..Inilah kali pertama rabia keluar dengan kawan.Selama ni bukan tak nak keluar dengan kawan.Tapi sebab busy sangat.Busy dengan study kan.

Alhamdulillah dapat jumpa pun dah cukup happy kan.

Kawan zaman sekolah menengah ni.Form 1 kitaorang sekelas sama-sama.Tuisyen pun sama-sama.

Tq juga sebab sudi ajak rabia keluar.Bestlah juga keluar dengan kawan ni.Sebab dapat juga bercerita zaman-zaman sekolah dulu kan.

Next time kita pergi makan nasi goreng lah pulak.Hahaha..

Korang ada BFF? atau pernah keluar dengan kawan-kawan ke?Just tanya je.

Ikhlas daripada ;


Sabtu, 12 Mei 2018

Fauzi Nasi Kerabu Kuala Terengganu

Mei 12, 2018 5 Comments
Assalamualaikum,Selamat bercuti.Hari ni rabia pergi makan nasi goreng di kedai Fauzi Nasi Kerabu Kuala Terengganu. Kedai ini agak famous. Makanan yang paling disukai oleh orang ramai adalah nasi kerabu.

Tetapi,pada hari ini rabia makan nasi goreng.Korang kan dah tahu my favourite food.Disebabkan semalam rabia dah makan nasi kerabu fauzi ni.





Sedap sangat nasi gorengnya.Sorry ya rabia tak sempat nak ambik gambar menu makanan di kedai Fauzi Nasi Kerabu ni.

Tak silap rabia kan,kedai ni masuk newspaper tau.Disebabkan kesedapan makanan nya.

Next time rabia akan banyakkan menulis about food.Disebabkan Pasal entry food ini membuatkan ramai orang terliur kan.Dan tertanya-tanya di mana kedai ini,apa menu yang paling sedap kan.

Maybe lepas ni rabia akan terjah mana-mana restaurant untuk merasai keenakan masakan panas pula.

Memandangkan rabia ni food lover kan.Rabia ni pula suka makan.Hihi.Mestilah kena pergi semua kedai/restaurant di kuala terengganu.

Nanti rabia boleh share lokasi restaurant ya.Selamat menjamu selera.

Ikhlas daripada saya : 


Khamis, 10 Mei 2018

Tq kak blogger Mimi Azirah bagi hadiah kepada rabia

Mei 10, 2018 10 Comments
Assalamualaikum..Selamat petang..Selamat bercuti.Alhamdulillah rabia dapat hadiah daripada kak mimi azirah. Disebabkan rabia top pengomen blog dia pada bulan mac.



Alhamdulillah,rabia dapat eyeshadow..Terima kasih banyak-banyak kak..Cantik sangat colour nya tau.

Hmm..lepas ni blog siapa pulak rabia akan terjah ya? Rasa lama dah tak blogwalking blog orang ni.Mana yang sempat rabia terjah ok?

Murah rezeki sungguh lah rabia ni..Bertuah sungguhlah.Maybe lepas ni rabia akan usaha meningkatkan pv blog ,blogwalking blog orang lain dan join event-event yang diadakan di kuala terengganu.

Kata nak jadi blogger terkenal kan? Mestilah kena berusaha bersungguh-sungguh.

Sesuai dengan rabia eyeshadow ni.Kalau my mum nak pakai pun boleh.

Siapa yang belum follow blog rabia tu.Cepat-cepat follow ye.

  
 Ikhlas daripada saya :




Selasa, 8 Mei 2018

Handbag dah sampai

Mei 08, 2018 10 Comments
Assalamualaikum..Alhamdulillah handbag dah sampai pada petang kelmarin..Poslaju ni ping...ping..ping depan rumah rabia.. 

Always support kakak..hehehe.. Cantik pula handbag ni..Dapat percuma pulakk tu.Sebab apa? Sebab rabia selalu komen emoji di facebook dia. Jadi naik lah kan notification dekat facebook dia.

Foto Rabiahtul Adawiyah.

Cantik kan? Heheh.. First time rabia ada handbag besar ni.. Senanglah nak letak barang make up. Hehehe.. Letak baju pun muat ni.

So,lepas ni rabia nak bom wall siapa pulak ye? Siapa berbisnes kat sini? Angkat tangan.

Maybe korang pulak rabia bom wall kan..Biar hangus gitu.Huhuhu..Tak semestinya kena beli.Support dia dari segi komen pun dah naikkan semangat dia untuk berbisnes.

Kakak ni siap cakap lagi tq follow akak..tq for support.Tak sabar nak pakai handbag ni

Boleh pakai pada hari raya kan? Rabia dapat percuma handbag banyak dah ni.. 3 handbag percuma rabia dapat.

Rabia

Isnin, 7 Mei 2018

Alhamdulillah dah dapat kotak undi ni

Mei 07, 2018 11 Comments

Assalamualaikum.Selamat pagi.Alhamdulillah kotak undi ni baru je sampai petang semalam.Hehehe..Rabia tak tahu juga pasal benda ni.

Rabia melihat facebook blogger ni . So dia dapat kotak undi ni.Rabia pun tanyalah dia. Macam mana boleh dapat benda ni semua?

Dia cakap pergi dekat website ni ... Sorry ya lupa nama website tu..

Korang try lah cari dekat google ok? 

Macam-macam dapat.

Dapat pen,sticker,dompet yang sangat cute,and alatan untuk letak phone kat belakang tu,buku panduan untuk mengundi.



So tunggu apa lagi..Cepatlah pergi google cepat-cepat.Nanti u alls kena send alamat rumah tau. Nanti dia akan send email dekat korang untuk pos kan kotak undi ni.

#Jommengundi
#Undiadalahrahsia
#Marilahmarikitamengundi
#Tunaikankewajipanpadanegara

Assalamualaikum :)

Rabia 

Sabtu, 5 Mei 2018

Jemput follow blog umi rabia

Mei 05, 2018 14 Comments
Assalamualaikum..Selamat malam semua. Hehe..rabia nak cerita lah sikit malam ni ya.

Ingatkan anak je berblogging.Rupa-rupanya my mum pun ada blog juga.
Tak silap rabia,rabia suruh my mum buat blog tu.My mum memang pandai berkarya.Pandai menulis karangan masa zaman sekolah dulu.

Jemput follow ya blog umi rabia.My mum kadang-kadang je menulis blog.Maybe sibuk dengan masak.Hehehe..

Laman blog :  http://wannorsaemah.blogspot.my/



 http://wannorsaemah.blogspot.my/


Jom follow ramai-ramai blog umi rabia ni. Heheh.. Thank you kepada yang dah follow blog umi rabia ya.

Love u all.Muahhh....Hehehehhe..Selamat malam korang.Rabia nak menonton televisyen ni.

ASSALAMUALAIKUM. :)

Yang benar :
Rabia  

Khamis, 3 Mei 2018

Rezeki dapat beg

Mei 03, 2018 11 Comments
Assalamualaikum.Alhamdulillah rabia dapat beg lagi lah. Percuma pulak tu. Rabia support kawan-kawan dalam alam maya berbisnes. Rabia ikhlas support diorang.


 https://scontent.fkul8-1.fna.fbcdn.net/v/t1.15752-9/31699028_1875222415862788_6113201452623069184_n.jpg?_nc_cat=0&oh=e109d868861fce0183010b7503248867&oe=5B53C8CF
https://scontent.fkul8-1.fna.fbcdn.net/v/t1.15752-9/31786618_1875217535863276_133778215406665728_n.jpg?_nc_cat=0&oh=0f1a805461f2ca88ca3499a8f6e0c8a2&oe=5B97E526 
 Alhamdulillah rezeki..jom pakat beli handbag akak ni. Ada akak ni tag nama rabia dalam facebook. Terkejut jugaklah rabia. Apabila melihat nama rabia ditag oleh kakak cantik ni.

Lama dah rabia support dia jual handbag ni. Actually kan,rabia ni kan fanatik dengan handbag.Dah berapa banyak handbag dah. Kalau tak pakai tu,memang rabia akan bagi dekat kawan lah.

Tanpa kita sedar kan,support melalui comment pun dah mengembirakan hati dia tau. Bukan nya wajib membeli pun. Comment pun dah cukup buat online seller gembira.

Banyak jugak hadiah rabia dapat kan. Rezeki selalu datang tepat pada masanya.
Rabia sebenarnya happy dapat membantu orang berniaga ni.

Oklah rabia nak solat asar ni. :)

Assalamualaikum. ;)

Yang benar :
RABIA


Selasa, 1 Mei 2018

Pengalaman sejak jadi blogger

Mei 01, 2018 9 Comments
Assalamualaikum.Hai korang..Hari ni rabia just nak cerita pengalaman rabia sejak jadi blogger.

Sejak jadi blogger ni rabia dapat ramai kenalan blogger,dan kami suka kongsi pendapat antara satu sama lain,dan dapat meningkatkan menulis blog dgn baik.dan paling best dapat belajar speaking dengan blogger ni . Dan dapat join giveway dalam blog ni . 

And paling best gambar dekat atas tu hah..ada blogger yang sudi review blog rabia..Thanks u kak . Ni link blog kak aida. 
http://www.kisahsidairy.com/

Alhamdulillah pengalaman yang paling best dalam hidup rabia adalah dapat segulung sijil top comment tahun 2017 di blog cikash.blogspot.com

And paling paling best lagi adalah sejak jadi blogger ni macam-macam hadiah rabia dapat kan.Rabia banyak join giveaway yang dianjurkan oleh blogger.

Selain daripada dapat hadiah contest/giveaway. Rabia dapat berkenalan dengan blogger-blogger yang sangat baik hati.

Best sangat join group bpt tau #BPT #bloggerpantaitimur


 ðŸ’•Tqlogo%2BPTB

Terima kasih kak awa. Tq semua kak blogger-blogger sebab sudi mencurahkan sedikit ilmu tentang blogging kepada rabia.



Semoga cita-cita rabia untuk menjadi seorang blogger yang terkenal akan tercapai.

Korang doakan rabia berjaya ya.

Thank for support me.

Thank you juga kepada para pembaca blog rabia kerana sudi membaca blog rabia .

Love u all 

Yang benar :
RABIA