Cari Blog Ini

Jumaat, 29 Mac 2019

Top pengomen bulan mac

Mac 29, 2019 12 Comments
Assalamualaikum semua.

Tahniah pemenang top pengomen blog Rabia pada bulan mac ini.

Tahniah kak Adia. Nanti selalu-selalu lah komen entry-entry di blog Rabia ya.




Rabia just edit your name blog ni je. Hehe. Hadiah pun tak beli lagi.

Ini je lah hadiah rabia bagi dekat akak. Cantik tak? Letih jugak edit ni.

Sorry lambat announcement winner pengomen bulan ni.

Harap kak Adia suka ya. 

Khamis, 28 Mac 2019

Memories on Facebook

Mac 28, 2019 7 Comments
Assalamualaikum semua.

Scroll-scroll Facebook terjumpa benda ni.Hehe apa yang Rabia jumpa tu?

Memories on Facebook. Facebook throwback balik zaman Rabia kuat join contest ni.


Menang contest dapat shawl. Hehe. Lama tak join contest.

Sebenarnya Rabia nak join contest macam dapat hadiah moon lamp macam Rabia dapat tu.

Kalau boleh nak join contest yang syarat nya mudah je.

Kalau boleh nak dapat hadiah yang lagi best lah . Hihi..

Kalau boleh nak sangat menang hadiah vanity mirror .

Lama dah nak vanity mirror. Tak dapat vanity mirror pun tak apa. Dapat makeup organizer pun ok lah.

Siapa kaki contest sini? Hari tu rabia ada baca dalam Instagram, Akak tu dia kaki contest and dapat pergi ke Maldives.

Wow. Umtung lah jadi kaki contest ni.

U all boleh share tak contest yang menarik sikit dekat Facebook ?

Hadiah pun nak yang menarik jugak..hehe..untung-untung dapat percuma.


Sabtu, 23 Mac 2019

Seri indah resort batu buruk

Mac 23, 2019 7 Comments
Assalamualaikum semua.

Semalam kitaorang menginap di seri indah resort batu buruk.


3 hari 2 malam menginap di sini. Kerap kan Rabia bermalam di hotel ni bersama keluarga tersayang.


Semalam birthday my dad. So kitaorang saja je lah celebrate dekat hotel.











Makan petang pula di Warung Pak Maidin Batu Buruk 




Rojak Buah 


Nasi Goreng Paprik 






Sarapan pagi


Next trip,pergi ke mana pula ye? Tunggu di entry terbaru ya.

Maybe cuti semester nanti Rabia pergi holiday lagi. Balik dari hotel ni Rabia terus demam.

Demam bercuti lah kan. Hihi.. Memang tak puas pergi bercuti ni.

Lagi best pergi bercuti dengan keluarga tercinta.

Rabu, 20 Mac 2019

Floor plan nursery

Mac 20, 2019 16 Comments
Assalamualaikum

Hari ini done presentation floor plan nursery.

Aku present sorang- sorang je. No group anymore.Aku present sorang pun ok je.

Jenis aku,aku suka siapkan assignment awal-awal.Tak suka lambat-lambat.


Alhamdulillah terima kasih to my parent too sebab selalu bantu Rabia.

Aku siap bawa balik pula floor plan ni.

Aku guna bahan terpakai je.

1.Straw
2.Cawan cupcake
3.Congkak

Dan macam-macam lagi lah aku letak dalam floor plan tu.

Next, aku nak study pula ni. Exam dah nak dekat dah. Last year exam,aku just buat nota ringkas je.

Eh apa ni aku mengarut ni.Done presentation for today.Thank you . That's all for today .

Aku nak simpan dalam bilik lah nanti floor plan ni. Cantik kan?

Kawan aku puji tadi,cantiknya hehehe thank you akma.

Walaupun aku sorang present,buat assignment sorang-sorang. Aku ok je.

Yang penting,kena submit assignment awal-awal. Doakan aku semoga aku berjaya habiskan diploma ni.

Lepas habis study aku nak kerja. Nak kahwin. Eh nak kahwin lah pulak.


Isnin, 18 Mac 2019

Brehimakang

Mac 18, 2019 12 Comments
Assalamualaikum semua.Hai you all . You all apa khabar?

Hari ini disebabkan Rabia lapar sangat kan. So Rabia order brehi makang. Meatball paling sedappp di dunia ini.

Rm 10 je tapi caj cod rm 3 untuk cod kat rumah Rabia.

So total nya Rm 13 sahaja.. Sedap sangat .  You all wajib order okey.



Fuhh sedapnya meatball nya. Ini first time Rabia makan meatball .

Sedappp sangat.. Ada brokoli,mashed potato.Perghh memang sedappp lah .

Habis jugak I makan tau. Memang sedappp sangat lah.

Nanti you all follow Instagram dia ya. Sedappp tak terkata.

Lepas ni rasa macam nak repeat order lagi lah.. Disebabkan sedap kan of course kena repeat order.

Cepat follow Instagram beliau . Boleh la merasa meatball brehimakang ni.

Sebenarnya memang lama dah craving meatball brehimakang ni.

Pada mulanya,Rabia nak chicken chop my cousin jual tu.Tapi dia tak sihat pula.

So Rabia pun scroll instagram cari food yang sedap Dan menyelerakan.

Tiba-tiba terjumpa Instagram brehimakang ni.Rabia whastapp je terus. Hehehe.Lama jugak tunggu runner cod makanan ni.

Selalunya Rabia scroll gambar meatball brehimakang ni dalam Facebook.

Hari ini memang rezeki Rabia lah . Dapat merasa meatball brehimakang ni.

Rabia doakan semoga jualan awak laku keras ya. And semoga business maju jaya.

Kalau bab makan serahkan dekat I tau. Makan banyak tapi tak gemuk-gemuk..Hehehe.

You all wajib order meatball pedas desik ni. Pedas lah juga. Hihi.

Kalau entry makanan ni mesti mencanak naik pageview blog Rabia ni.



Khamis, 14 Mac 2019

Result semester 1

Mac 14, 2019 10 Comments
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah aku bersyukur dengan result aku dapat ini.

Walaupun CGPA aku rendah tapi aku bersyukur sebab aku lulus juga.

Tapi aku sedikit kecewa dengan group assignment aku. Ada masalah dengan group assignment. And sekarang aku dah masuk semester kedua.No more groupping assignment.

Ya aku ini buat assignment nak cepat siap. Sebab aku nak fokus pada study untuk exam pula nanti.

Sekarang aku dah siap assignment scrapbook.Awal-awal aku hantar assignment. Hehe. Madam kata ini hantar minggu tarikh yang ditetapkan.

Minggu lepas aku hantar awal-awal. Hahaha.So funny.. Pelbagai dugaan yang aku hadapi sepanjang aku belajar di Unitar ini. Dugaan dengan kerenah kawan-kawan,tidur lewat malam. Doktor pun sahkan aku ini ada penyakit mental exhausted. Maksud nya stress melampau sangat lah. 


Alhamdulillah.Aku harap semester kedua ini aku dapat 4 flat.Hahahaa.Kalau dapatlah kan? InsyaAllah..

Sekarang aku tak stress dengan group assignment dah.

Aku stress dengan exam je ni..U all doakanlah Rabia semoga kuat menempuhi dugaan sepanjang belajar di University ya.

Doakanlah semoga aku dapat Diploma juga. Dan aku harap aku dapat 4 flat.

Hanya tinggal 6 semester je lagi. Aku harus kuat . Kalau boleh aku nak dapat 4 flat.

Kalau lulus je pun ok jugak. But I try my best. Semoga aku berjaya menghabiskan belajar di sini ya. Aku pun nak graduate sekali lagi tau.

Rindu pulak masa aku graduate sijil penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak dulu tu.

Umi dan ayah aku bangga dengan aku. Kalau boleh aku nak graduate awal-awal.Hehehe..Dahlah aku tak sabar nak kerja sekali lagi ni.

Aku pun rindu sangat dah dengan ex my student tu. 





Ahad, 10 Mac 2019

Jodoh itu rahsia Allah

Mac 10, 2019 12 Comments
Assalamualaikum semua.

Jodoh itu rahsia Allah. Doakanlah semoga Rabia dapat jodoh yang baik-baik.


InsyaAllah nanti u all boleh lah makan nasi minyak Rabia.Aamiin.Doakanlah yang baik-baik untuk Rabia ya.


Ini adalah soalan famous yang sering ditanya :





Hahaha.. Nakal-nakal lah soalan nya tu. Inilah bukti soalan yang orang bertanya pada Rabia.


Siapa lagi nak tanya bila nak makan nasi minyak? Jawapan insyaAllah lah. Nanti ada jodoh tu. Nanti Rabia kahwin lah ya.


Nak fokus for my studying dulu. Lepas tu kerja. Lepas tu married lah . 


Mesti Raya tahun ni akan ada yang bertanya soalan ini.


Just pray for me okey?


Jom Aamiinkan doa ini : 


Ya Allah berikanlah jodoh yang baik-baik kepada Rabiahtul Adawiyah. Semoga dapat jodoh dengan orang yang beriman Dan taat segala perintah Allah SWT.

Sabtu, 2 Mac 2019

The syrup vs soda

Mac 02, 2019 18 Comments
Assalammualaikum semua

Petang ni Rabia dan Umi ayah makan di restaurant the syrup vs soda sempena menyambut ulang tahun perkahwinan umi dan ayah.







Nasi Goreng Tomyam


Rabia makan Nasi Goreng Tomyam. Fuhhh memang sedap. Selalu sangat makan nasi goreng kan. My favourite food lah kan.



Mee rebus


Jus tembikai 


Alhamdulillah memang sedap makanan dekat sini. U all wajib cuba try makanan dekat sini .

Kenyang sangat ni. Rabia ada update story dekat Instagram dan tag nama restaurant the syrup vs soda ni.

Jangan lupa follow Instagram the syrup vs soda ya. Selamat menjamu selera.

My birthday nak celebrate dekat sini lah. Order nasi goreng yang lain lah pulak.Hehehe..

Western food pun ada di sini juga. Pelbagai menu dan hidangan yang ada di the syrup vs soda.

Lupa nak snap gambar menu makanan tadi. Dah lapar sangat. Makan aje lah..Hahahaha..

French fries tu memang sedap. Siap ada mayonis lagi. Rabia memang suka makan french fries dengan mayonis.


Jumaat, 1 Mac 2019

Filla Food stall roti canai

Mac 01, 2019 7 Comments
Assalamualaikum semua.. Hai u all . Apa khabar? Rindu dekat Rabia tak? Lama Rabia berhenti menulis blog ni. Bukan apa Rabia fokus pada semester 2 ni.

Awal-awal pagi rabia dan umi ayah pergi makan di kedai food stall roti canai .

Kedai ini berhadapan SMK Sultan Sulaiman . Memang terkenal dengan roti canai nya yang sedap .

Tapi hari ini roti canai tak ada. So Rabia makan mee kari. Sedap jugak mee kari ni. 


Fila Food Stall Mat Roti Canai


Mee kari

Sedap mee kari ni. Hehehe. Next time repeat order lagi mee kari ni.

Esok Rabia update new food ok. Kalau bab makanan ni memang mencanak entry nya tau . 

Next update esok okey? Rabia nak makan petang ni. Hehe lapar lah pulak .