Cari Blog Ini

Isnin, 31 Julai 2023

Nasi goreng & tomyam

Julai 31, 2023 1 Comments

 Assalamualaikum semua. Petang tadi balik rumah elektrik tak ada. Blackout. 

Ayah tanya nak makan nasi goreng ke ? Nak. Ayah beli di kedai jelah .

3 bungkus dan tomyam udang campur ayam.

Gambar tomyam lupa nak snap. Gambar nasi goreng je sempat snap. Laparrr guys .


Kuah tomyam sekali udang rabia masukkan terus dalam nasi goreng ni. Nikmatnya tak terkata . Habis licin makan . Lapar sangat. Semalam dah makan nasi goreng macam ni juga . Kedai sama je ni . Ayah balik dari surau semalam ada tahlil . Tengok tengok nasi goreng sebungkus. Apalagi makan jelah.

Lapar je kerjanya. Yelah. Dah kerja pagi sampai petang kan. Banyak tenaga dikeluarkan. Letih la tu. Malam malam ni jelah nak rehat pun .

Yummy sedap sedap nasi goreng ni .

Sayur memang banyak je dia letak . 

Alhamdulillah kenyang perut. 

Rabu, 26 Julai 2023

Hadiah untuk kawan

Julai 26, 2023 4 Comments

 Assalamualaikum semua. Rabia ada beli hadiah untuk birthday my friend kawan sekolah menengah dulu .

Beli subang . Sukalah dia tu .



Dahhh sampaiii .

Hehehe. Nanti Rabia nak belikan hadiah pula untuk my Mua la pula. Nantikan ya.

Doakan Rabia dimurahkan rezeki sentiasa ya.

Aamiin 😍🥰. 

Best dapat kongsi rezeki dengan kawan kawan ni . Happy semacam je tauuu .

Selasa, 25 Julai 2023

Maggi Kari by Rabia

Julai 25, 2023 1 Comments

 Assalamualaikum semua. Petang ni Rabia masak maggi kari untuk umi dan Rabia . Alhamdulillah dapat gaji . Rabia bagilah duit dekat umi untuk beli barang dapur . Maggi kari tu awal awal dah pesan jangan lupa umi belikan maggi kari ya 😃.

Rabia masak la maggi kari untuk umi dan Rabia .



Letak telur 1 biji je pasal dah habis hahaha .

Okeylah Rabia nak sambung makan ni. Sambil makan sambil menulis blog 😂🤣.


Isnin, 24 Julai 2023

Hadiah Kak Nadia dah sampai

Julai 24, 2023 6 Comments

 Assalamualaikum semua. Alhamdulillah selamat sampai hadiah rabia belikan untuk kak Nadia Johari 🥰 .


Terima kasih atas doannya terima kasih banyak banyak kak Nadia 😍🤩🥰😘. 

You all doakan Rabia ya tauuu semoga dimurahkan rezeki selalu ya . Nanti makin ramai la dapat hadiah from Rabia 🥰😍🤩.

Hehe. Memang best rasa happy dapat berkongsi rezeki dengan orang lain . Bahagia tak terkata .

Doakan Rabia semoga dimurahkan rezeki selalu ya .

Aamiin 🥰 

Sabtu, 22 Julai 2023

Kucing lain datang

Julai 22, 2023 1 Comments

 Assalamualaikum semua. Kucing jiran ni mari makan sini pula. Lepas sudah makan terus pergilah dia. Jantan rupanya. Patutlah beauti lari .


Comel kan .

Kongsi rezeki  . 

Lapar nya diaa . 

Makin ramai kucing mari makan sini .

Shine

Julai 22, 2023 1 Comments

 Assalamualaikum semua. Pagi ni Rabia bagi makan dekat Shine . Tadi ada seekor kucing hitam biasanya panggil Black. Shine marah kucing tu dengan bunyikan suara garang . Hahaah Jantan sama Jantan memang akan rasa tak puas hati la . 




Makan sudah minum sudah ✅ 



Jinak jinak merpati. Tadi dia cakar Rabia . Aduhlahh Shine. Mujur tak luka . Hurmm.

Biasalah kucing jantan kan .

Beauti pun tak berapa suka dengan Shine ni.

Takapalah asal Shine dah kenyang ya .

Doakan Rabia dimurahkan rezeki sentiasa .


Jumaat, 21 Julai 2023

Nak settel hadiah birthday kawan

Julai 21, 2023 6 Comments

 Assalamualaikum semua. Huhu rabia kan mula mula beli bunga tangan tu kan. Sorry la rabia tak baca kena order 3 pcs tau bunga. Kalau 1 pcs dia tak pos. Tapi yang rabia order mula mula beli 1 pcs . Dia pos je dekat kak leya blogger tu. Maybe ni syarat baru dah kot. Tapi takapalah . Jadi cancel order so dapatlah balik duit tu terus dia transfer dalam shopee pay. Dapatlah beli hadiah untuk kawan kawan ni . Harap sangatlah selamat sampai . 

Sekarang rabia order subang untuk my friend zaman sekolah menengah .

Dan untuk kak Nadia Johari Blogger rabia beli box jewellery .

Harap selamat sampai la .



Baca feedback semuanya okey .

Yang Myfooyin tu rabia biasa beli dah nak bagi surprise box dekat kawan kawan blogger tu rabia beli dengan dia. So far puas hati. Tapi kali ni rabia beli jewellery box senang nak letak pin tudung ke ,  apa apa barang kemas ke nak letak . 

Doakan Rabia dimurahkan rezeki sentiasa  kalau ikutkan ramai lagi rabia nak bagi hadiah hehe . But Rabia tengok juga bajet rabia nak membeli tu .

And Rabia sebelum beli ,  memang akan kumpul coins banyak banyak sebab time nak checkout tu rabia banyak guna tebus guna coins tu . Jimatlah sikit .


Rabu, 19 Julai 2023

Shopping time

Julai 19, 2023 4 Comments

 Assalamualaikum semua. Shopping makanan jelah . Selalu beli di cawangan Ramly ni.

Hurm ice cream rainbow jelah kena letak balik tak jadi beli tak ada harga dalam sistem.






Di Ramly ni la beli aiskrim ada bekas cute tu ha . Huhuhu . 

Try la beli ya you all .

Nak makan saja lapar petang-petang . Hahaha .

Beli jelah aiskrim chocolate chip tu . Memangg sedappp .

Sabtu, 15 Julai 2023

Settel hadiah birthday

Julai 15, 2023 8 Comments

 Assalamualaikum semua. Baru baru ni birthday kak illyaleya . So Rabia mintalah alamat rumah nya . Rabia biasanya order dari shopee je .

Kali ni rabia pilih baby breath flower bouquet lah . Heheh . 





Alhamdulillah dah sampai. Cantik la bunga tuuu. Rabia pun macam nak order je lah beli untuk rewards diri sendiri .


https://shp.ee/549kmx4 link shopee .

Try la you all beli untuk rewards diri sendiri pun bolehh. Nak bagi hadiah dekat kawan ke ,  mama ke . Mesti diorang happy .

Alhamdulillah kak Leya happy pemberian hadiah yang Rabia bagi tu . Syukur alhamdulillah. Next nak bagi dekat siapa pula ya . Jeng jeng jeng . 


Jumaat, 14 Julai 2023

Ice cream

Julai 14, 2023 5 Comments

 Assalamualaikum semua. Umi beli ice cream tau. Rabia terkejut tengok bekas ice cream terbaru tu . Cantikk. Bolehlah letak ikan dalam bekas baru tu nanti. Apabila dah habis ice cream tu nanti .

Packaging bekas ice cream tu menarik hati rabia la .

Sebab viral dalam facebook semalam rabia baca pasal packaging bekas ice cream tu. Rupanya rabia check dalam peti sejuk tengok tengok yalah yang terbaru bekas ice cream tu. 



Memang sukalah beli chocolate chip punya perisa ni. Memang sedapp. 

Hehe . Petang ni nak masak nasi goreng . Lepastu kalau rasa nak makan ice cream makanlah . 

Rabia malas nak beli bekas letak ikan ayam dalam shopee tu . Biasalah nak guna yang recycle je . Bekas aiskrim jelah nak digunakan sangat tu .

Try la you all beli aiskrim baru . Bekas aiskrim pun cute je kan . 

Khamis, 13 Julai 2023

Hadiah giveaway from lilacy.my Instagram dah sampai

Julai 13, 2023 9 Comments

 Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dah sampai hadiah giveaway .





Dapat purse ,  handbag ,  octopus dan tudung ,  sticker cute  🥰😍🤩 Terima kasih tauu Lilacy . my . 

Untunglah rabia dapat hadiah ni sebab rabia yang pilih nak set 1 ni . Alhamdulillah. Doakan rabia dimurahkan rezeki sentiasa ya.

Next giveaway la pula. Lama betul tak join giveaway . Dapat menang hadiah ni happy sangatlah . Alhamdulillah rezeki .



Sabtu, 8 Julai 2023

🤐😝

Julai 08, 2023 9 Comments

 Assalamualaikum semua. Tamak la rabia ni. Beli 3 lipmatte . Mujurlah umi bagi duit tadi. 

Ampunn . Rabia berhasrat nak beli satu je lipmatte last last tertengok nak beli 3 . Wow harganyaaa allah daku tengok terkejut .

Itulah tamak sangat kann .




RM 68.70 🤐

Rabia tamak sangatlahh beli 3 tu dahh kenapaaaa . Nak simpan stock sebenarnya .

Lepas ni beringatlahhh . 

Kalau nak beli satu satu jelahhh . Jangan tamak rabia ehhh 🤐🤐🤐🤐🤐. 

RM 68.70 🤐 Orang lain nak berjimattt . Kau berbelanja tak ingat dunia . 

😂😂😂😂😂😂. Nervous i tadii . 


Beauti

Julai 08, 2023 3 Comments

 Assalamualaikum semua. Lama you all tak tengok beauti kann .

Comel betul beauti duduk atas riba umi .



Susah tau beauti boleh duduk macam ni .

Biasanya dia akan gigit . Hahaha . Comel betul dia duduk macam ni. Ada lah tu dia tengok apa lah diluar halaman belakang tu .

Geram tengok mek bulu ni . 

Beauti rindu kamu semua . 

Jumaat, 7 Julai 2023

Shopping

Julai 07, 2023 3 Comments

 Assalamualaikum semua. Rabia nak cari perfume . Pergilah ke KTCC mall. Hari ini kan ada sesi temuduga di KTCC mall. Pakat pergilah ya sesiapa nak cari kerja tu .





Lepastu rabia beli kek lapis RM 20 . Cheese berry . Try rasa tester tadi sedap tau .

Beli lah satu .



Sedapp. Balik rumah nak potong kek ni.

Tak payah pergi sarawak. Di Kuala Terengganu pun dah ada kek lapis tau .

Jom pakat pergi KTCC Mall Kuala Terengganu .

Nasi dagang kak pah

Julai 07, 2023 3 Comments

 Assalamualaikum semua. Selamat pagi .

Rabia makan banyak hari ini , Makan satu pinggan nasi lemak ,  satu pinggan nasi dagang . 







Kedai nasi dagang diantara kedai yang popular di negeri Terengganu .

Rabia order tea o limau nipis tau . 

Alhamdulillah kenyang perut .

Lokasi : Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu.

Banyak kedai makan juga dekat area kedai nasi dagang ni.

Try la singgah kesini ya .

Tempat pun ok ,  tapi jangan datang lewat nanti takada tempat nak duduk . Beratur pula panjang . Ikut turn . 


Khamis, 6 Julai 2023

Wedges

Julai 06, 2023 4 Comments

 Assalamualaikum semua. Petang tadi Rabia, umi dan ayah makan wedges .

Rabia goreng dalam air fryer je. Letak minyak sikit la. Sebab tak nak kering sangat wedges tu .


My favorite tau . Hehe. Memangg sedap . Lagilah sedap kan cicah dengan sos cili . 

Perghh sedappp . 

Habis licin dah kitaorang makan tau 💜.

Esok pagi nak keluar nak makan di kedai pula . Kalau sempat rabia review makan di kedai mana ya .

Terima kasih sudi jenguk blog Rabia 💕.


Rabu, 5 Julai 2023

Buah mempelam

Julai 05, 2023 3 Comments

 Assalamualaikum semua. Petang ni rabia nak makan buah mempelam . 


Rabia koyakkan kulit mempelam tu . Tadaa dahhh siappp.

Jommm makan .

Manis tauuu 💜.

Asalnya Rabia nak goreng wedges tapi ayah tak bagiii . Hahaha kerap sangat makan wedges tuu

Makanlah buah pula . Biar sihat . 

Rabia memang sukalah makan buah mempelam ni .

Isnin, 3 Julai 2023

Rezeki menang giveaway

Julai 03, 2023 8 Comments

 Assalamualaikum semua. Alhamdulillah rezeki join giveaway di instagram . Menang giftbox yang Rabia pilih tu . Set 1 . 


Alhamdulillah menang this giveaway 🥰🙈


Rabia pilih yang ni la sebab berkenang ada purse 🥰 Handbag dan paling rabia sukalah adalah octopus tu la . 

Umi cakap rezeki sebab belanja umi ayah makan baru baru ni. Alhamdulilah . 

Tapi memang niat nak belanja umi ayah makan pun . 

Bukan sebab nak menang giveaway ke apa . Memang ikhlas nak belanja umi ayah makan. 

 Nantikan next entry ya .