Cari Blog Ini

Khamis, 31 Ogos 2017

Travel to kota bharu

Ogos 31, 2017 13 Comments
ASSALAMUALAIKUM

Rabia baru je balik dari hotel sutra beach resort ni..Ya allah penatnya..Penat tak hilang lagi.Lama tak travel ni.Pergi kota bharu je.

Penat sangat-sangat.Mula-mula rabia tidur di hotel khalifa suites hotel 1 malam.Lepas tu tidur di hotel sutra beach resort satu malam.Hari ini baru balik..Rabia check out awal hari ni.Dalam pukul 10 pagi dah keluar dari hotel dah.


Beg ni yang rabia menang contest hari tu kan.Cantik kan


Rabia ada dekat gulatis ni.Cari baju pasang untuk raya tahun depan


My new bag.Lawa kan..Rabia memang suka beli bag baru..Lama dah cari warna kuning ni.
Kuning itu menawan..Rabia post dalam facebook.ramai yang puji tau.Katanya beg ni cantik sangat.Cun sangat.

Bag ni rabia beli di parkson lah.Shopping bag je dekat parkson ni.Tapi penat jugakk tau.Jalan-jalan sangat kan.Rabia memang suka bag yang ada tali emas tu.My favourite bag.Kalau tak ada tali emas tu.Tak nak beli!

Sorrylah..tak sempat nak snap gambar hotel dekat tepi pantai tuu.Sutra beach resort tu.Sutra beach resort dekat setiu je.Korang boleh google sutra beach resort ok?

Oklah...penat tak hilang lagi ni..rasa macam tercabut je kaki ni..ASSALAMUALAIKUM  (RABIA) 

Isnin, 28 Ogos 2017

Top komentar blog fieza sani

Ogos 28, 2017 8 Comments
Assalamualaikum 💋

Top komentar blog kak fieza sani adalah rabiahtul adawiyah 

Ini kali -2 top komentar di blog kak fieza sani.

Terima kasih kak atas pemberian hadiah akak kepada rabia.

Lepas ni rabia blogwalking blog akak fieza lagi ya.💋 Salah satu nak jadi blogger terkenal adalah sentiasa blogwalking blog orang lain.

Semoga impian rabia tercapai nak jadi famous blogger.Sebab tu rabia tengah usaha keras ni.Bukan senang nak berjaya tau 💜

Nak berjaya bukan senang kan..Usahalah sehingga berjaya.Oklah..korang boleh tinggalkan link blog korang di comment ya.InsyaAllah ada masa free.rabia akan blogwalking blog korang ya!

Teringin jugak nak masukkan blog rabia dalam majalah..hehhe..itulah impian rabia.

Korang doakan rabia ya 💜

Ikhlas daripada saya :
Rabiahtul adawiyah(rabia)

 

Sabtu, 26 Ogos 2017

Top komentar blog fieza sani

Ogos 26, 2017 2 Comments
Assalamualaikum 💋

Top komentar blog kak fieza sani pada bulan ini adalah rabiahtul adawiyah .

Terima kasih kak..Rabia always tinggalkan jejak di blog akak.Always blogwalking.

Dan rabia dapat botol air yang sangat cantik tau.Bolehlah isi air kosong nanti..Rabia kan kuat minum air kosong.

Terima kasih sangat-sangat kak fieza sani.Ni kali ke-2 top komentar blog kak.Hari tu dapat wrislet warna biru tu.Siap letak dalam bag makeup yg menang contest hari tu.

Rabia akan simpan botol air ini dan wrislet yang kak bagi tu.Rabia terharu sangat 💋

Cantik kan botol air ni.Siap ada tulisan lagi kan. 💜 Semoga kak fieza sani sentiasa dimurahkan rezeki 💜 

Lepas ni blog siapa ya akan diterjah oleh rabia?Jom tepek link blog anda di komen ya!



Rabu, 23 Ogos 2017

Rewards dapat tudung bawal

Ogos 23, 2017 0 Comments
Assalamualaikum 💋

Alhamdulillah dapat rezeki lagi.Ingat tak yang rabia bom wall mummy risya vitamin c ni.Untuk dapat rewards bulan julai ni.


Alhamdulillah...thanks you mummy for this gift.I like it 💋 Cantiklah bawal ni.Nanti rabia dah pakai.rabia snap pic ya.Rabia kan suka selfie kan.

Rasanya ada lagi hadiah ni..Hadiah daripada blogger pulak !
Tak sampai lagi hadiah tu...

Rabia memang suka support kawan-kawan dalam alam maya ni.Tak kisah kenal ke tak kenal ke.Always support 💋

Rabia doakan semoga mummy berjaya dalam dunia perniagaan ya.Semoga mummy dimurahkan rezeki.

Kita sesama islam .. Haruslah menolong orang ketika susah kan.

💋 Blogger : RABIAHTUL ADAWIYAH ABDUL GHANI 😍    

Selasa, 22 Ogos 2017

Hamper raya daripada nivea

Ogos 22, 2017 0 Comments
Assalamualaikum 

 Ingat tak hamper raya daripada nivea? Yang rabia cerita hari tu kan..Rabia dapat hamper raya daripada nivea.


Hari ini hadiahnya baru sampai..Ingat siapalah yang call rabia tadi.Rupa-rupanya abang poslaju nak hantar hadiah saya ya .


Terima kasih nivea ! Sukanya saya..Nanti makin cantiklah dengan nivea 


Kotaknya rabia nak letak barang-barang makeup.Taklah berselerak atas meja solek tu kan.Kenalah kemas.Biar cantik sikit.



Cleansing cream wash pun ada,nivea cream,losyen pun ada . Macam-macam lagi lah.

Alhamdulillah syukur rezeki lagi kan.Ada orang cakap untunglah..Bersemangat je join contest !

Rajin je join contest 

Alaaa...time rajin join lah..Kalau busy..tak join jugak lah..


Terima kasih saya ucapkan kepada nivea kerana sudi kongsi rezeki dengan rabia 


Fall in love with nivea 


RABIAHTUL ADAWIYAH ABDUL GHANI 

Khamis, 17 Ogos 2017

CIKGU RABIA

Ogos 17, 2017 6 Comments
Assalamualaikum..selamat malam..

Hmm..ada jugak yang tak tahu yang rabia ni cikgu tadika rupanya..

Heheh..ni lah nak cerita dekat korang ni..Rabia belajar dalam bidang sijil kemahiran malaysia tahap 2 & 3 penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.Dah konvokesyen dah hari tu kan.Ada gambar selfie rabia kan.InsyaAllah bulan 11 ni kot rabia akan sambung diploma pendidikan awal kanak-kanak.

Rabia dah ada pengalaman bekerja di tadika,pusat transit dan taska.Tapi swasta lah.Rabia tak kisah pun.Bab gaji pun tak kisah.Actually rabia dapat gaji rm 700 je.Tapi alhamdulillah cukup untuk menampung makan minum rabia je.Lebih sikit beri dekat umi dan ayah.Tak berbelanja sangat.Berjimat-cermat.hehe.my parents pesan..suruh jimat ni..

Rabia memang suka dengan budak-budak..Siap selfie lagi.Rabia sayang kanak-kanak ni.Rabia sebagai cikgu.Rabia doakan semoga anak-anak didik rabia ni berjaya di dunia dan akhirat ya.Dengar cakap cikgu ya.

 InsyaAllah cita-cita rabia nak buka taska dekat rumah.Hehehe..doakan rabia ya.
Apa yang penting masuk kos ni? Awak kenalah sayang kanak-kanak.Macam rabia ni jenis lemah-lembut sangat.So kanak-kanak sayang lah.Sukalah dekat rabia.

Rabia pun tak sangka lah dapat jadi cikgu ni.Actually,rabia tak nak masuk kos ni..my mum suruh masuk kos ni.My mum dah nampak dah apa kebolehan rabia.Lama-kelamaan baru minat dan suka main dengan budak-budak.

Alaa...budak-budak ni kita kena pandai tackle diorang.Kena banyak bersabar.Budak-budak kan biasalah nakal-nakal tu.

Dulu orang selalu label yang rabia ni tak pandai dari segi akademik..Tapi rabia usaha sampai berjaya walaupun hanya lulus peperiksaan sahaja.Tak lah dapat A+ . Dapat C+ je.

Tapi akhirnya rabia berjaya jadi seorang cikgu walaupun sekejap je.Sebab dah berhenti dah.Sebab pusat transit tu dah tutup.Dah bila tutup..duduk rumah layan contest..berblogging dan tolong umi saya di dapur.

Dan kena banyak bercakap dengan kanak-kanak ni..Rabia ni pendiam sangat-sangat.Alhamdulillah sejak jadi blogger ni lah berubah sedikit demi sedikit.

Dan korang doakan rabia semoga rabia berjaya dalam bidang ini.Bukan senang nak senang.


RABIAHTUL ADAWIYAH ABDUL GHANI 
😍

 

Isnin, 14 Ogos 2017

Beg makeup - Menang contest

Ogos 14, 2017 5 Comments
Assalamualaikum 

Ingat tak lagi beg makeup yang rabia menang contest tu?

Hehehehe..dah sampai beg makeup tu..cantik sangat-sangat..Lepas ni nak pergi travel with my family.

So rabia nak letak alat-alat makeup,baju pun muat kot.

Yeayyy..beg makeup ni kakak nany jual rm30 tau..

So,untunglah rabia tak payah beli..dapat menang beg makeup ni pun happy sangat-sangat

Sebab dah lama dah nak beg makeup ni..


Alahai..comel sangat beg ni..Lepas ni menang apa pulak ea? Menang kereta pun boleh..

Menang contest kali ke berapa dah ni..Tak ingat dah..Lepas ni nak menang kereta lah pulak..Boleh bawak my parents pergi jalan-jalan..HAHAHAH..

I simpan beg ni baik-baik tau..So lepas ni i boleh jadi makeup artis lah..senang kan letak je alat makeup dalam beg tu.Brush makeup pun banyak kan..Muat lah letak dalam beg ni.

I am so happy for today

RABIAHTUL ADAWIYAH ABDUL GHANI

Jumaat, 11 Ogos 2017

Blog rabia berwajah baru

Ogos 11, 2017 14 Comments
ASSALAMUALAIKUM

Korang perasan tak apa yang pelik dengan blog rabia ni ? Apa? Perasan ke tak?

Hehehe..blog rabia makin cantik kan.kan..betul kan?

Makin gorgeous..pageviews dah cecah 22366

Blog rabia ni berkisahkan tentang kecantikan..makanan..tapi sekarang lebih kepada contest..Rabia selalu menang contest kan.So rabia pun ceritakan jugak apa hadiah yang rabia dapat.

Ada jugak rabia cerita tentang top komentar di blog orang lain.Banyak cerita tentang hadiah yang rabia dapat kan.

InsyaAllah korang doakan jugak lah semoga impian rabia tercapai untuk jadi blogger famous.Dan dapat masuk majalah dara ke..majalah harmoni ke..majalah remaja ke..Apa-apa majalah lah.Rabia tak kisah.

Rabia nak buktikan kepada orang-orang yang selalu mengkritik,memandang rendah terhadap rabia ni..Semoga dia pun akan terkejut apabila tengok rabia sudah berjaya menjadi blogger terkenal pada suatu hari nanti.

Semoga impian rabia tercapai lah.Amin .
Dah penat dah menaip ni..Oklah..sambung esok pulak ya.

ASSALAMUALAIKUM

BLOGGER : RABIAHTUL ADAWIYAH ABDUL GHANI 

MENANG BEG MAKEUP

Ogos 11, 2017 5 Comments
ASSALAMUALAIKUM

Hari ini rabia happy sangat-sangat..Sebab apa? sebab menang contest lagi..Wah..rabia tengah tunggu 3 hadiah contest ni..

Rabia memang lama dah cari beg makeup ni.

Eh..4 contest lah..yang nivea punya dalam proses penghantaran lagi..


Ya allah tak sia-sia pagi petang malam rabia mengadap laptop tau..semata-mata nak beg makeup ni.yeay

Lepas ni boleh lah letak alat makeup dalam beg tu.Memang lama dah cari beg ni.Kak ni jual beg ni rm30 tau.So lepas ni tak payah beli dah.Nak beli alat makeup je.Biasalah perempuan ni banyak sangat beli alat makeup.Mana tahu ada rezeki jadi MUA(MAKEUP ARTIS)hehehe..

Ya allah alhamdulillah..rezeki lagi.syukur padamu ya allah.Semoga rabia dilimpahkan rezeki lebih lagi.
Hari ahad ni kakak ni pos.So i tunggu je lah ya.

RABIAHTUL ADAWIYAH ABDUL GHANI 

Khamis, 10 Ogos 2017

Gambar dulu dan kini _rabiahtul adawiyah

Ogos 10, 2017 5 Comments
ASSALAMUALAIKUM 
HAI

Malam ni rabia nak tunjuk perbezaan muka rabia yang dahulu tau..hehehe..terkejut i tau..
Belek-belek folder my computer tadi.tiba-tiba ternampak muka rabia yang kusam gitu.

Tak silap rabia gambar tu masa rabia pergi singapore.Masa tu rabia masih lagi belajar di kolej.

Alamak sekarang dah flawless dah..Alamak..puji diri sendiri lah pulak..Jangan terkejut tau.

Inilah muka saya yang dulu tu..Dahlah nampak kusam dan jerawat pun ada.



Sekarang flawless gitu .Apa rahsianya? Alaa..pakai scrub story je..Pakai moisturezer,pelembab,pencuci muka.Tu je lah rahsianya..Yang paling penting air masak minum banyak-banyak ya.
 Macam tak percaya lah muka rabia macam tu yang dulu tu kan..Alaa...sekarang kan ramai dah pakai produk kan kan..Haruslah cantik 

BLOGGER:RABIAHTUL ADAWIYAH ABDUL GHANI

Rabu, 9 Ogos 2017

Menang contest sabun tomato trial

Ogos 09, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM..HAI 💜💜

Hari ini rabia happy sangat-sangat..Nak tahu tak sebab apa?

Sebab rabia menang contest sabun tomato trial

Ya allah..terima kasih..rezeki lagi.

💋 ALHAMDULILLAH..REZEKI SOKMO RABIA KAN.BERTUAH SUNGGUH RABIA NI 😍

Yang ni menang kali keberapa tak tahu dah..sebab banyak kali dah menang.
Alhamdulillah.terima kasih kak..tak ada orang join contest akak.biar saya je contest ya.Rabia kalau nak sesuatu.Rabia akan berusaha bersungguh-sungguh walaupun contest je.

Dulu selalu je join contest dalam facebook.masa tu rabia tak ada blog lagi.banyak kali jugak menang.so aktif bercontestlah dekat fb.Sekarang ada blog ni.aktif dekat blog pulak.

Nanti dah try pakai sabun tomato trial ni.Bolehlah pm akak ni.Nak beli kan.
💋

REZEKI LAGI.SYUKUR SANGAT 😍

RABIAHTUL ADAWIYAH ABDUL GHANI 😍

1.7K YOUTUBE RABIA MEMANDU KERETA - TEST JPJ

Ogos 09, 2017 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM 

Lama dah tak buka youtube ni..Terkejut i tau..1.7 K kot yang tonton video rabia yang tengah memandu kereta(test JPJ) 

 Wahhh...lepas ni kena upload video makeup lah pulak ..hehehe..mana tahu ramai lagi yang menontonya.

Terima kasih kepada sudi menonton video rabia ni..

Tengok tu..ramai kan yang tengok..hehehe..alamak..malu lah..hehe..nampak rendah je rabia kan ..

Jom lah tonton video ni di youtube

Search youtube dan taip je Rabiahtul Adawiyah.. Akan keluar nama rabia di situ ya.

Kiranya rabia ni youtuber lah kan..

TQ YOU ALL 
TQ SEBAB SUPPORT RABIA 

Jom cepat-cepat tengok video ini..Korang jangan lah gelak pulak ya  Malu lah i.

RABIAHTUL ADAWIYAH ABDUL GHANI 

Selasa, 8 Ogos 2017

Pemenang Segmen top bloglist haslina : august 2017

Ogos 08, 2017 6 Comments
 Assalamualaikum..hai

Alhamdulillah rezeki lagi.bertuah sungguh rabia kan..heheh..syukur alhamdulillah...

Pemenang segmen top bloglist haslina pada bulan august 2017 ni adalah : 

Jeng..jeng..jeng.. Blog rabiahtul adawiyah lah 

 Tak tahu nak cakap apa dah..memang rezeki sungguh lah kali ni..
  Rabia join je giveaway ni.untuk berkenalan dengan blogger       malaysia ni.Tak sangka lah blog saya ada jugak.
 Alhamdulillah..rezeki lagi.syukur padamu ya allah.

Terima kasih kepada pemberi rezeki ini ALHAMDULILLAH .