Cari Blog Ini

Jumaat, 29 November 2019

Chicken wraps by me

November 29, 2019 8 Comments
Assalamualaikum semua. Selamat petang. Hari ini Rabia rajin memasak. Rabia pandai masak dah sekarang ya.


Rabia beli dekat mydin mall je. Lupa pula harganya. Tapi memang sedap.


Bahan-bahan nya :

Ayam KFC
Kubis ungu
Daun sup
Mayonis
Sos cili
Roti wraps


Cuma Rabia potong roti mission ni. Sebab tu jadi banyak tu.

First Rabia goreng ayam KFC dulu. Lepas tu Rabia goreng roti wraps tu selama 5 minute. Lepas tu letak lah bahan-bahan yang Rabia senarai kan dekat atas tu dalam roti mission ni. Akhirnya jadilah chicken wraps by me . Ayah dan Umi Rabia tengah mengemas rumah. Rabia masak dekat dapur. Nasib si tompok (cat) tu teman Rabia tengah masak.

Dah kenyang dah ni. Dah lulus ke cara Rabia masak ni? Boleh bagi pendapat atau sebarang komen untuk Rabia improve my skills to cook .

Alhamdulillah kenyang perut ku. Umi dan ayah pun dah kenyang dah makan chicken wraps yang anak dara nya masak ni.


Maggi Kari Versi Rabia

November 29, 2019 9 Comments
Assalamualaikum semua. Petang kelmarin Rabia rasa nak makan Maggi Kari . Lepas tu ayah pun kata, nak makan Maggi juga. Rabia pun terus cari bahan-bahan untuk masak Maggi Kari.

Bahan-bahan :

Telur - 1
Daun sup
Lobak merah


Sayur Rabia letak dalam Maggi tu. Daun sup dan lobak merah tu memang Rabia letak banyak -banyak lah. Kalau tak letak sayur memang tak sedap lah.

Makan sayur banyak-banyak ya. Kalau nak lagi sedap letak brokoli. Pergh.. krup krap krup krap lah bunyi makan brokoli tu nanti. Rangup sangat sayur brokoli tu kan.


Dahh siap masak. Jemput makan. Sampai habis my mum and my dad makan Maggi Kari anakanda nya masak ni.

Air tangan Rabia ni menjadi juga ya. Hehe . Ni Rabia slow-slow lah belajar masak. Kalau Umi ayah pergi keluar ke mana - mana tempat diorang nak pergi jalan-jalan tu. Kadang-kadang Rabia tak ikut pergi sekali. So kalau Rabia rasa lapar ke. Rabia akan masak je lah.

Ayah kata kenapa pedas sangat ? Rabia just letak sayur je. Maybe rempah dia tu pedas. Memang pedas lah. Lepas ni tak boleh beli Maggi Kari dah. Tak boleh makan pedas sangat ni. Nanti gastrik.

Rabia pun ada gastrik ni. Nak sangat makan Maggi Kari tu. Hehe. Sekali sekala je makan ni. Nanti stop dah.


Rabu, 27 November 2019

Mamee monster

November 27, 2019 9 Comments
Assalamualaikum semua. Selamat petang. Semalam Rabia dan sekeluarga pergi shopping di mydin mall.

Sebelum shopping tu, Rabia dah buat senarai nak beli makanan apa. First list adalah mamee monster. My favourite snack mamee monster ni.

Pagi tadi Rabia makan mamee monster je dulu. Lepas tu baru makan Nasi . Hehe.


Baru beli semalam ni mamee monster ni. Tapi nak habis dah. Heheh. Kuat makan lah Rabia ni.

So cute cartoon tu kan dalam gambar packaging mamee monster tu.
U all masih beli ke mamee monster ni? Ke memang tak makan dah mamee monster? Rabia lama tak makan mamee monster ni.

Rabia beli mamee monster perisa BBQ . Jom pakat beli mamee monster ni . Sedappp sangat . Sekali makan mesti nak makan lagi.

Goncang dulu kan mamee monster ni? Rabia pun dah lupa iklan mamee monster ni. Rasanya dia suruh goncang dulu lepas tu baru makan.

Jumaat, 22 November 2019

Testimoni produk JRM

November 22, 2019 7 Comments
Assalamualaikum semua. Hai u all. Hari ini Rabia record video testimoni Rabia makan produk mustanir JRM

Disebabkan ada contest upload video testimoni berapa lama dah makan produk JRM mustanir ni. So Rabia sahut cabarannya.


Nak tengok video Rabia tak? Jangan lupa subscribe my YouTube channel okey?


Dah tengok YouTube rabia nanti jangan lupa bagi komen yaa. InsyaAllah semoga ada rezeki ku mendapat hadiah misteri itu. Heheh. Sebab tu bukan saja-saja Rabia buat video ni. U all tahu kan Rabia ni seorang pemalu.

Bestt tauu amalkan produk JRM mustanir ni. Alhamdulillah resdung pun dah makin beransur pulih. Setiap kali nak dekat exam,Rabia selalu minum mustanir ni. Tak rugi tau beli mustanir ni.




Selasa, 19 November 2019

Selfie

November 19, 2019 12 Comments
Assalamualaikum semua. Selamat petang. Tengah buat apa tu? Ada orang nak baca blog Rabia ke? Hehe. Petang-petang ni best tidur kan. Rabia pulak nak pergi ke kelas ni.

Rabia nak belanja gambar selfie satu ni. Kalau rindu Rabia tataplah muka Rabia puas-puas ya. Hehehe. Lawa ke tidak?


Selfie dalam kereta 

Selfie dalam kereta pun okeyyy. Hahaha. Lawa ke tidak? Petang-petang nak pergi ke kelas ni. Kena lah lawa sikit. Makeup -makeup sikit nak cantik kan. Tak salah cantik kan? Kita sebagai perempuan ni walaupun nak pergi belajar je pun.Nak pergi class je pun tapi kena wajib makeup. Kalau tak makeup kan nanti kawan-kawan tanya pulak. Apasal nampak pucat je ni? 

Pergi ke kelas pun kenalah touch up sikit muka tu. Setiap kali pergi ke kelas kan,ada je yang memuji aku ni. Kawan-kawan aku puji aku . '' Kak Ada cantiknya'' . Terima kasih lah sebab puji kak Ada awak ni ya. Suka ler tu ada orang puji tu. Senyum sampai ke telinga. 

Pakai baju kurung yang Rabia menang contest tu . Giveaway kak Shalimar . Thank kakak shalimar . Cantik baju ni tau.

Tudung bawal berwarna pink. Aduhh nak pergi kelas ke? Ke nak pergi jalan ni. 

Apasal setiap kali selfie. Muka Rabia jadi macam tu ye? Macam tak kena je. Kena selfie lagi ni . Nanti rabia tepek gambar selfie banyak-banyak ya, Ikut mood jugak nak berselfie ni.Hehehehe..

Cantik -cantik ni nak pergi ke kelas je. Nak pergi ke kelas pun cantik kan? Eh angkat bakul sendiri lah pulak.

Kebanyakkan rabia selfie dalam kereta kan. Dan kebanyakkan nya memang banyak selfie dengan menggayakan tudung bawal. Sebab pakai tudung bawal ni nampak ayu je. Nampak sopan je. Lama dah tak tepek gambar rabia dekat blog ni.. Kalau u all rinduu dekat Rabia bolehlah tatap gambar ku yang cantik ni. Perasan je rabia ni. Cantik ke? Angkat bakul sendiri lah pulak. Eh tak salah angkat bakul sendiri.

Nanti u all belanja lah gambar u all ya dekat blog. Share gambar korang dekat blog korang okey? 







Isnin, 18 November 2019

Throwback konvokesyen showme international college

November 18, 2019 11 Comments
Assalamualaikum semua. Rabia tengah tunggu my dad ni. Rabia baru habis class . Hmmm lambat nya lah nak habis belajar. Rinduu nak konvokesyen sekali lagi.

Ni nk throwback gambar konvokesyen dengan kawan I dulu ni. Masa konvokesyen dekat taman tamadun islam. konvokesyen pada tahun 2017. Rasa macam baru lagi konvo ni.


Rabia dan kak asmaq

Rabia sempat cuci gambar ni . Hehe. Apabila Rabia melihat gambar-gambar masa Rabia konvokesyen dulu tu kan. Rasa macam tak sabar nak habis belajar.

Ni baru sambung diploma. Heheh. Bulan 12 ni exam.Hopefully, I pass all subject . InsyaAllah aamiin. Tinggal beberapa baki lagi sem ni. Sem 1- sem 7 .

Cepat -cepatlah habis belajar. Tahun 2021 Rabia baru habis belajar. Harap mental aku kuat lah. Stress dengan group assignment ni.

Eh nanti Rabia snap gambar konvo lagi ya. Ni baru nak solat asar ni. Stay tuned guys. 

 
 With my mum 


My father 






Rinduuuu terukk ni . Hmmm cepatlah habis belajar. Nak konvokesyen sekali lagi ni . Hehehe.

Lawa kan gambar konvokesyen Rabia ni. Rabia pun dah lupa nama kedai photo gambar ni.

Still simpan lagi gambar konvo . Eh ada lagi rasanya gambar konvo. Hehe. Tapi malu nak tunjuk. Makeup by my mum okeyy.

My mum yang makeup kan Rabia tu. Tak payah nak call MUA (makeup artist ) dah . Lepas ni biar my mum je makeup kan Rabia.


Sabtu, 16 November 2019

Dapat hadiah lagi

November 16, 2019 8 Comments
Assalamualaikum semua. Hmm tengah demam ni . Last-last dapat hadiah . Dahlah assignment ada tak siap lagi. Esok maybe tak pergi kelas.. Tapi kan Rabia dapat hadiah lah..

Ni hadiah untuk orang demam ni. Rezeki hari ini. Thank you kak Yana ♥️ Terharu sangat . I very appreciated .


My mum kata rezeki tu. Itulah walaupun hati ni tengah berduka lara.But aku patut bersyukur. Yang aku selalu dapat apa sahaja. Aku selalu menang contest. Orang lain join contest belum tentu menang kan?

InsyaAllah hari sabtu depan Rabia pergi pick up my hadiah. Hmmm..Nak menangis rasanya. Sebab begitu banyak nikmat aku dapat.

Alhamdulillah rezeki. Nanti rezeki graduate study pulak. Rezeki jodoh pun InsyaAllah lah. Malas nak fikir pasal jodoh ni. Sebab nak enjoy dulu masa muda ni.

U all try lah add Facebook kak Yana tu ya. Okeyy sampai di sini sahaja lah Rabia bercerita ya, nak tidur dahh. Tengah demam pun menulis blog jugakk. Tak reti nak rehat ke? Hehe. Okey bye bye .. 

Khamis, 7 November 2019

Assignment lesson plan

November 07, 2019 12 Comments
Assalamualaikum semua. Hmm..penat sangat hari ini. Balik dari tadika je Rabia terus tidur. Hmmm nak siapkan lesson plan report tu semua.

Tapi nasib baik lah ada group. Sebab lesson plan tu aku dah siapkan okeyyy. Penat tau nak buat lesson plan ni. Harap group assignment aku berikan kerjasama ya.

Mood aku agak swing hari ini. Entah lah kenapa aku jadi macam ni. Maybe dah bosan dengan melihat kerenah kawan-kawan aku ni.

But aku nak teruskan juga habiskan diploma ni. But jangan sampai aku pengsan pula. Jangan sampai mental exhausted aku yang dulu kembali lagi. Aku nak belajar ni.



Thank you anak-anak teacher semua. Sebab bagi kerjasama. Dengar cakap teacher. Teacher sayang korang semua. We love u all ❤️

Nanti teacher cuci gambar ya. Hehhe. Tadi kan ada 2 budak tu namanya Melissa dan nayli. Teacher Rabia rakam video dia. Apabila dia melihat muka dia dekat status WhatsApp teacher Rabia ni. Dia suka gelak ketawa pula. Tahulah muka dia ada dalam video. Mesti dia happy kan.

Suka lah tu lihat diri sendiri dalam video tu. Teacher nak rakam video awak semua nak buat kenangan .

Cepat-cepat lah habis belajar ni. Aku bosan la mengadap assignment ni semua. Dengan kerenah perangai kawan-kawan lagi. Stress tau . But aku bersyukur sebab my parents always bagi support dekat aku.

Biasalah mood ni. Kadang-kadang aku terikut-ikut dengan perasaan sangat kot. Tiba-tiba rasa sedih je sejak akhir-akhir ni.

Aku just nak minta korang semua doakan aku ya. Please doakan kesihatan aku juga. Semoga baik-baik sahaja ya. Thank your for read my blog 💜 

Rabu, 6 November 2019

Assignment for today

November 06, 2019 6 Comments
Assalamualaikum semua. Fuhh sejak akhir-akhir ni otak aku memang berserabut. Serabut dengan assignment dan group assignment. Ada juga assignment yang dah siap aku hantar dah. Itu assignment individu cepat je lah aku siapkan dan submit online tu.

Ni assignment group. Ada assignment yang tak siap lagi  ni. Ada juga assignment by group aku buat individu. Aku penat melayan kerenah kawan-kawan group ni. Aku penat . Dahlah otak aku penat dah. Dah berapa hari aku tak tidur ni. Otak aku dah mula letih. Apabila aku letih fikiran aku mula bercelaru.


Aku suka apabila berada di taska ni. Aku suka bergaul dengan kanak-kanak ni. Lebih baik aku tinggal dan kerja dekat taska je. Apabila aku berada di taska ini pada pagi tadi. Semua kanak-kanak tu suka dekat aku. Aku baru first time datang ke taska ni. Tapi diorang mula bermanja dengan aku. Maybe dia tahu aku bukan datang ke taska diorang hanya untuk aku siapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah aku. Tapi diorang sedar betapa mulia nya hati cikgu ini yang bernama ''Cikgu Rabia''. Diorang tahu aku ikhlas nak mengajar diorang. 

Paling kelakar kan,diorang panggil Rabia kakak. Diorang panggil aku kakak. Hahaha. I 'm not your sister lah adik-adik teacher Rabia sayang ni. Heheh . So funny. Kakak pun kakak lah. Hehe. Ada juga yang panggil teacher.

Rasa nak pergi lagi ke taska ni. Ada sorang budak tu kan dia siap duduk atas riba Rabia lagi . Nak manja-manja dengan teacher Rabia ni.

Ya Allah kau permudahkan kan lah urusan pembelajaran aku ini. Kalau ikutkan Rabia tak nak sambung course childhood dah. Sebab Rabia dah ada sijil child hood ni . SKM tahap 2 dan SKM tahap 3 lagi. Kalau ikutkan memang nak masuk course lain . Tapi aku ni jenis tak berani nak ambil risiko. Takut tak boleh faham dengan subjek course lain ni. Padahal aku belum cuba masuk bidang lain tu. Seperti Rabia kata kan sebelum ni, Rabia memang tak minat budak kan. Of course lah aku tak pandai kot nak main dengan budak. 

Apabila aku dah belajar sijil kemahiran malaysia tahap 2 dan tahap 3 penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak ni . Aku mula slow - slow minat dekat kanak-kanak ni.

Sepatutnya diploma ni, aku masuk course baking cake ataupun course secretary or course office, course computer ke. Sebab aku kan handal bab-bab computer ni.