Cari Blog Ini

Khamis, 29 Jun 2017

Dapat kad raya dari blogger..

Jun 29, 2017 7 Comments
Assalamualaikum

Dapat kak raya dari blogger kak nina ahmad dan kak farah sanusi..Hari ni rabia memang happy sangat.Terima kasih kakak-kakak sudi bagi kad raya dekat rabia.

Tak sia-sia rabia join giveaway kan..Alhamdulillah.Lama sangat dah tak dapat kad raya.Ni yang paling special sebab dapat kad raya daripada blogger..

Kad raya daripada blog  http://ciksukataip.blogspot.my/












Yang ni pulak daripada akak farah sanusi http://www.farahsanusi.com/

💋 Kad raya ni siap letak dalam frame lagi..hehehe..tq akak blogger 

InsyaAllah lain kali rabia join lagi giveaway ke..contest ke.. Sayang sangat dekat kad raya ni.. Rabia akan simpan baik-baik kad raya ni ya kak .

Kad raya ni boleh buat kenangan lah
Dahlah cantik kad raya ni..Dulu masa zaman sekolah rendah tu..selalu je dapat kad raya daripada kawan..banyak sangat dapat.tapi terbuang lah pulak

Nasib baik lah ada lagi yang bagi kad raya kan..Dapat kad raya special pulak daripada blogger.

Thanks You 😍




 

Rabu, 28 Jun 2017

Blogger famous ni Hehehe

Jun 28, 2017 8 Comments
 Assalamualaikum

Hai korang..masih beraya ke? Hehehe..rabia dah penat beraya dah.So malam ni ada masa free untuk berblogging..Blogger famous ni ? Siapa tu ? Rabia lah..hahahahahah..

Famous sekejap sebab jadi top komentar di blog kak siti rohaida yusof..Terima kasih akak..Selamat berkenalan akak..I am so happy .. Itulah kuasa berblogwalking tau..

Sebenarnya rabia memang suka blogwalking blog rakan blogger yang lain..Sebab nak berkenalan dengan ramai lagi blogger..nak pageview meningkat..Nak followers blog meningkat..InsyaAllah coming soon kot jadi famous blogger. 

 Korang doakan semoga rabia dapat capai cita-cita rabia..Nak jadi blogger terkenal pada suatu hari nanti.amin..
Terima kasih rakan blogger kerana sudi tunjuk ajar pada saya.Dalam dunia berblogging ni memang best.Selalu je dapat hadiah.dapat jadi top komentar.Happy sangat 

Apa-apapun rabia juga nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat kak cahaya diana..sebab akak sudi ajar saya speaking..Sudi berkawan dengan saya.Hope friendship till jannah.

Sayang korang semua 

Tak lupa juga kepada pembaca blog rabia..Thank you so much sebab sudi baca blog rabia yang tak seberapa cantik ni.HAHAHAH..  Tq sangat-sangat sebab support rabia . 


Ni template blog yang lama..Sekarang dah berbaju baru ya..Hehehe..selamat berblogwalking ..

Ikhlas daripada saya : Rabiahtul Adawiyah Abdul Ghani 

Ahad, 25 Jun 2017

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

Jun 25, 2017 9 Comments
Assalamualaikum

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

 Alhamdulillah tahun ni..dapat jugak jumpa dengan sanak-saudara..Sempat jugak selfie wefie..Nanti rabia nak cuci gambar..Nak letak gambar dalam album.Eh ada lagi ke cuci gambar?Mesti lah ada.Rabia setiap tahun cuci gambar.

Ni hah nak ucap selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin ya.

 Malam ni LAST terawih
Pagi nanti LAST sahur
Esok pulak LAST puasa dan
Maghrib esok LAST berbuka
Harap Ramadhan Tahun Nie
Bukan LAST Untuk Kita Semua
Dalam GURAU ada terkata,
Dalam BICARA terkasar bahasa,
Dalam TINDAKAN terguris rasa,
Dalam HIDUP ✗ada yg ✗buat dosa..
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Text dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.
* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN...



SELAMAT HARI RAYA YA KORANG.. 💋💋💋💋

Hari raya pun i sempat update blog kan..Hehehe..sebab pagi tadi dah ronda-ronda rumah sanak saudara..

Kasi can lah i rehat pulak ya !!

😍 Blogger : Rabiahtul adawiyah abdul ghani

Sabtu, 24 Jun 2017

Nasi goreng biasa

Jun 24, 2017 0 Comments
Assalamualaikum..

Semalam kan rabia berbuka puasa makan kuih-muih je..Lepas solat terawih perut mula lah  lapar..Mula lah cari kedai makan..Hehehe..

Ronda-ronda lah cari kedai makan..kedai makan tutup lah pulak..Ronda-ronda lagi..Alhamdulillah dapat jugak jumpa kedai makan ni..Lupa pulak nama kedai makan ni.

Tapi my favourite food of course lah ada..hehehe..Nasi goreng biasa..Ya allah sedap sangat nasi goreng ni..Rasa nak tambah lagi satu pinggan..

Ya allah..sabar rabia. Jangan ikut nafsu sangat..Kerap sangat makan nasi goreng dari kedai makan ni..Heheh..padahal senang je masak nasi goreng ni.Paling senang sekali..sekarang dah ada periuk noxxa.

Nasi goreng biasa..harganya lupa pulak..hehe..padahal dah tengok menu dah..Ya allah sedap sangat..Nikmat rasanya.. Tambah pulak makan dengan sup tulang..pedas sikit sup tulang tu..Cepat-cepat minum air.

Hah..korang suka makan nasi goreng ke? Ke western food? Rabia makan nasi goreng hari-hari pun tak apa.sebab dah my favourite food kan..

Yang ikhlas daripada saya : Rabiahtul Adawiyah Abdul Ghani
Blogger 💜

Khamis, 22 Jun 2017

The blushed nudes maybelline new york at watsons

Jun 22, 2017 4 Comments
Hai,assalamualaikum

Rabia baru je balik dari watsons..rabia beli barang makeup sikit untuk raya ni..Nak cantik raya nanti kan .. Kenalah makeup sikit.barulah cantik .

 Dah lah ada brush dah dalam tu..hehe..makin bertambah lah brush makeup..Ni brush untuk eyeshadow ni..

First time beli ni..So baru pandai nak pakai lah..Heheheh..selalu sangat tengok mua makeup kan..so ni rajin lah pergi beli the blushed nudes maybelline new york ni..

Cantik jugak colournya..Sweet gitu..Nak cantik di pagi raya ni..Haishh..tak sabar nak try pakai ni..Nanti nak beli brush baru pulak..Biar penuh alat solek je dalam bilik tu.



 Yeah...dapat jugak beli ni..Tak sabar nya nak pakai benda ni..Tengok tu brush dia pun dah ada..excited sangat nak pakai ni..

Korang dah beli ke alat makeup? Rabia ni nak tambah koleksi alat makeup baru pulak..hehehehehe..suka sangat main makeup-makeup ni..best lah pulak..boleh jadi makeup artis ni..hahaha.. 😂😂😂

Korang biasa beli eyeshadow,foundation,lipmatte,lipstick jenama apa ya? Rabia nak tahu jugak..Boleh pergi beli nanti..hehe 😍

Rabu, 21 Jun 2017

Menang contest scrub story

Jun 21, 2017 9 Comments
Hai,assalamualaikum 

Hari ini rabia nak beritahu semalam dengar bunyi hon poslaju..Rabia pergi lah keluar rumah.Tengok-tengok abang poslaju hantar parcel dekat rabia.Rupa-rupanya baru lah rabia ingat.Rabia menang contest scrub story.

Rabia cuba pakai pagi tadi..lembut je kulit muka ni..Nak dekat raya dah kan.Mesti lah nak flawless sebelum raya ni.

Terima kasih kak mieza..alhamdulillah rezeki di bulan ramadhan..Syukur alhamdulillah..Ada lagi ni hadiah tau..dari blogger pun ada,kad raya dari blogger..tak sampai lagi parcelnya,Tak apa..rabia tunggu je.Nanti bunyi ping..ping..hah..abang poslaju dah datang dah.

Best jugak pakai scrub story ni.Kalau nak beli pun boleh..Jom korang add facebook kak mieyza zulkifli ni..

FACEBOOK : MIEYZA ZULKIFLI 

Rugi u alls tak cuba..bila dah cuba nanti..flawless lah . raya nanti mesti cantik !

 

Ahad, 18 Jun 2017

Express kad raya by nina

Jun 18, 2017 7 Comments
Assalamualaikum..hai

Rabia join express kad raya by nina ni..jom join sekarang




 Syarat-syarat :
1. Follow blog Nina

2. Buat 1 entri "Express Kad Raya GA by Nina"

3. Masukkan banner GA ke dalam entry dan backlink ke blog Nina

4. Pemenang dipilih menerusi RANDOM.ORG

5. GA bersiaran dari 16 - 18 Jun 2017 (6 PM)

Isnin, 12 Jun 2017

Segmen: Jom Tambah Follower Blog *my first segment

Jun 12, 2017 19 Comments

Menu restaurant baraqah food station kuala terengganu

Jun 12, 2017 8 Comments
Assalamualaikum 

Restaurant baraqah food station? Ingat tak tempat ni? Yang rabia selalu sebut-sebut tu?Rabia selalu makan dekat sini kan.Kay tee town dah ditukar nama baru pulak.Nama restaurant sekarang ialah baraqah food station.Oklah nama ni.Nampak elegant je kan.

Semalam berbuka puasa dengan menempah nasi goreng biasa di restaurant baraqah food station kuala terengganu ni.Semalam tak masak..Order dari kedai makan je lah.Sekali sekala nak juga merasa makanan kedai kan.Asyik masak je.Boring juga.Hehehe..tak tahu nak masak apa dah.my mum masak ya.Rabia tolong-tolong je apa yang patut dibuat.

Kebiasaanya,makanan yang best adalah nasi goreng.hehehe.rabia kan peminat setia nasi goreng.Daripada kecik lagi memang suka makan nasi goreng.Ini adalah ajaran ayah rabia lah.Masa kecik-kecik dulu ayah rabia selalu beli nasi goreng...Rabia makan je lah.Tiba-tiba jatuh cinta dengan nasi goreng ni.Dari kecik sampai lah dah besar sekarang always nak makan nasi goreng.Haish..tak tahu lah kenapa i suka nak goreng sangat ni.Maybe sebab sedap je nasi goreng tu.So,bila dah sedap always repeat order kan.Kalau pergi restaurant pun tak ada makanan lain dah nak makan..mesti nasi goreng ! Nasi goreng is my favourite food .









Senarai menu nasi goreng :

  • Nasi goreng biasa - Rm 5.50
  • Nasi goreng cina - Rm 6.00
  • Nasi goreng kampung - Rm 6.00
  • Nasi goreng belacan - Rm 6.00
  • Nasi goreng ikan masin - Rm 7.00
  • Nasi goreng USA - Rm 8.00
  • Nasi goreng kerabu - Rm 7.00
  • Nasi goreng cili padi - Rm 6.00
  • Nasi goreng daging merah - Rm 7.00
  • Nasi goreng ayam - Rm 6.50
  • Nasi goreng ayam kunyit - Rm 6.50
  • Nasi goreng seafood - Rm 7.00
  • Nasi goreng paprik - Rm 7.00
  • Nasi goreng tomyam - Rm 6.50
  • Nasi goreng sotong - Rm 6.50
  • Nasi goreng udang - Rm 6.50
  • Nasi goreng pataya- Rm 6.50
  • Nasi goreng cendawan - Rm 7.00
  • Nasi goreng daging - Rm 7.00 
       -  Nasi putih - Rm 1.50

 Masakan melayu,ala thai,western,arab pun ada                        
 Whatsapp : 01119933862                        
 Instagram : baraqah food station                        
 Facebook baraqah food station


  • Selamat berpuasa semua



Yang penat menaip : Rabiahtul Adawiyah Abdul Ghani

Ahad, 11 Jun 2017

Dapat hadiah dari blogger fieza sani

Jun 11, 2017 7 Comments
Assalamualaikum 

Alhamdulillah dapat hadiah dari blogger kak fieza sani..Rabia kan top komentar bulan mei di blog kak fieza sani kan.Alhamdulillah rezeki pada bulan ramadhan.Bulan yang mulia.

Terima kasih kak fieza kerana sudi berkongsi rezeki.InsyaAllah ada masa rabia blogwalking blog kak lagi ya .
Kadang-kadang tak sempat rabia nak blogwalking semua blog ni.Mana yang sempat rabia jenguk ya.

Dulu,masa rabia mula-mula jadi blogger..rabia tak blogwalking pun.Sebab masa tu baru nak pandai berblog kan.
Alhamdulillah sekarang baru tahu yang blogwalking tu sangat penting.Kita mudah dapat kawan baru kan.Kita akan dapat ilmu.Dapat berkongsi masalah antara satu sama lain.

Awak semua..jom lah tepek link blog korang.Kalau ada masa free..rabia jenguk blog korang ya.Sayang korang semua.

Hadiah apa ya kak fieza bagi ni?..jeng..jeng..jeng

Rabia dapat wrislet, pengetip kuku . Alhamdulillah..sebenarnya rabia lama dah cari wrislet tu..sebab senang nak letak barang makeup..brush makeup..Alhamdulillah rezeki rabia..

Sekarang rabia tengah fikir..blog siapa lagi rabia tak blogwalking ea?Nak blogwalking ni..Sebab ada masa free ni..Dulu jangan harap lah nak blogwalking.sebab dulu busy dengan mengajar lah.Dulu rabia kan cikgu transit.sekarang blogger pulak.Hehehehe..InsyaAllah korang doakan rabia ya.Nak sangat jadi blogger terkenal pada suatu hari nanti.Amin.Semoga allah makbulkan doa rabia. 


Salam subuh , selamat pagi semua 

Yang penat menulis : Rabiahtul adawiyah abdul ghani 



 

Jumaat, 9 Jun 2017

Semalam berbuka puasa dengan nasi goreng pataya

Jun 09, 2017 4 Comments
Assalamualaikum ❤

Semalam rabia berbuka puasa dengan nasi goreng pataya je.Itu pun umi rabia beli nasi goreng ni dekat bazar ramadhan di batu buruk.Boleh tahan jugak lah nasi goreng ni.Entah lah rabia makan je.Sedap tak sedap.Telan je.Rabia kan suka makan nasi goreng.Semua nasi goreng lah rabia suka makan.Asalkan nasi goreng.Bukan lamb chop.hehe..Nasi goreng belacan rabia tak pernah makan pun.Biasanya nasi goreng pataya,biasa,merah tu je lah biasa makan pun.

Nasi goreng pataya yang my mum beli di bazar ramadhan ni harganya rm 5.00..Memang harganya dah tu.Sebenarnya tempah nasi goreng merah dekat kedai makan pak ramli di kampung gong tok nasek tu.Tapi kedainya tutup.So my mum beli nasi goreng pataya je lah.Rabia biasanya suka makan nasi goreng pataya yang ada ayam kfc tu.Alhamdulillah lah dapat ayam goreng kunyit kan.Syukur lah.Kenyang perut juga semalam.Hehehe.


Sorry lighting gelap sikit.Alhamdulillah kenyang sangat..Korang suka makan nasi goreng ke ? Macam rabia ni.Hehehe.Nasi goreng my favourite food.Nanti nak try nasi goreng lain pulak dekat kay tee town tu.Yang rabia selalu pergi tu..

Selamat berbuka puasa ❤ Jangan makan banyak sangat masa waktu berbuka puasa tu.Kan tak larat nak solat terawih kan.

Yang penat menaip : Rabiahtul adawiyah abdul ghani ❤

Khamis, 8 Jun 2017

Best ke jadi blogger ?

Jun 08, 2017 7 Comments
Assalamualaikum 

Best ke jadi blogger ? Mestilah best jadi blogger.Alhamdulillah sejak jadi blogger ni rezeki makin bertambah.Rabia bersyukur sangat.


Dulu kan,sebelum rabia jadi blogger.Rabia selalu beli majalah.Macam-macam majalah lah rabia beli.Rabia suka baca kisah kehidupan blogger famous dan cantik ni.Siapakah dia?Mestilah si kak cantik ni yuyu zulaikha.Masa tu rabia tak tahu pun yang dia ni seorang blogger.

Blog yang rabia selalu baca adalah blog yuyu zulaikha . Rabia tertarik dengan penulisan dia.Sejak tu rabia rasa macam nak jadi blogger.Rabia nak cuba bakat yang ada dalam diri ni.Kalau zaman sekolah dulu tak pandai mana lah nak mengarang karangan.Hehe..

Alhamdulillah..sejak jadi blogger ni,selalu je dapat hadiah dari rakan blogger.Selalu je menang contest.
Dan yang paling best dapat berkenalan dengan ramai blogger.Sekarang rabia dah dapat ramai sangat kawan blogger.Terima kasih yang sudi berkawan dengan rabia.Terima kasih bagi tunjuk ajar dalam dunia berblogging ni.

Rabia juga salah seorang top commentar tegar di blog .suriaamanda dan juga blog fiezasani


Nanti dah dapat hadiah..rabia cerita di entry baru pulak ya.Terima kasih kak fieza sani dan kak suria . InsyaAllah kalau rabia ada masa lapang.Rabia blogwalking blog korang ya.Jom tepek link blog di bawah comment.Mana tahu ..ada masa free.rabia blogwalking.Blogwalking sangat penting tau.

Blogger : Rabiahtul Adawiyah Abdul Ghani 


Selasa, 6 Jun 2017

Berbuka puasa dengan nasi minyak dan ayam a&w

Jun 06, 2017 6 Comments
💋 Assalamualaikum
Hari ini rabia berbuka puasa makan a&w tau.My mum masak nasi minyak dengan ayam gulai..Tapi rabia makan nasi minyak dengan ayam a&w.Perghhhh..sedap sangat ayam a&w.Rabia memang suka makan a&w berbanding kfc.Kfc ayamnya banyak kulit..Dan ayam a&w ni lain sikit rasanya..Kali ni rabia makan ayam a&w spicy.kalau yang original tu rasa kurang sedap sikit.Yang spicy ni sedap..rasa pedas sikit.Esok rabia bersahur makan nasi minyak dengan ayam a&w.Hehehe..sekali sekala je makan ni.Bukan selalu kan.Tak baik juga untuk kesihatan kan.Sedap tak terkata..Rabia beli ayam je lah..tak beli lah burger dan ketang goreng.Rabia tak pernah makan lagi burger a&w ni.Kentang goreng biasa lah makan.Hari ni rasa nak makan ayam a&w je.

😂 Sedapnya..kenyang sangat.alhamdulillah 😍😍

💋 Rabia beli 6 ketul ayam..sekarang dah tinggal 2 ketul je.1 ketul tu makan untuk sahur esok 

😍😍 Wow..pedasnya..jom korang makan ayam a&w ni

Cepat pergi beli..💜 Sedap tau..rugi tak rasa ayam sedap ni
 
Oklah..rabia nak tengok drama andainya takdir ni..Nanti ada masa rabia update blog lagi ya.assalamualaikum 🙉

😘😘 Blogger : Rabiahtul adawiyah abdul ghani

Isnin, 5 Jun 2017

LJ MAQUILLAGE BOUTIQUE BUTIK LIYANA JASNI

Jun 05, 2017 3 Comments
ASSALAMUALAIKUM

Hai korang ! hari ini rabia nak share pasal butik kak yana(Liyana Jasni) Mua ( Makeup artis tu yang rabia selalu cerita dalam blog tu.
Semalam rabia pergi butik kak yana ni..sempat jugak lah beli dompet jenama charles & keith ni . Dan beli biskut raya .. biskut raya bangkit cheese dan biskut apa tak tahu pulak namanya..hehe..memang best lah shopping dekat butik kak yana ni ..puas hati sangat..dahlah dia ni baik sangat..
Jom lah korang yang suka shopping tu.jom pakat serbu butik kak yana .. nak belajar personal class makeup pun boleh.nak nikah ke..boleh panggil dia jadi jurusolek korang.


 Cantik tak..inilah dompet rabia beli.

 Rabia beli dompet dan biskut raya..biskut raya rm 25.dompet rm 45 tapi kak yana less kan harga nya jadi rm 35 je


 Lepas tu beli Jumbo eye pencil jenama NYX

 Selfie dengan kak yana.. i pakai tudung warna putih tu

LJ MAQUILLAGE BOUTIQUE
Simpang Tokku
Menghala ke Cabang Tiga
Sebelom Masjid Tokku (Dari arah kuala berang/bukit besar)
Butik warna turquoise
0145318974/ 01119453864

 10am-6pm, 8pm-11pm

Sabtu, 3 Jun 2017

Comel my cat sentiasa ada di dalam ingatan ku

Jun 03, 2017 5 Comments
 Assalamualaikum 
Hari ini rabia nak cerita dekat korang pasal kucing rabia ni
Rabia rindu sangat dekat si comel ni
Memang namanya comel
Tapi rabia dah letak comel ni dekat pasar
Sebab rabia ada asthma
Sejak comel ada ni,asthma makin teruk
So..my family buat keputusan hantar si comel ni dekat pasar.
Pasar kan ada banyak ikan..dia boleh lah makan ikan dekat situ
I MISS U SI COMEL 
 Comel my cat sentiasa ada di dalam ingatan ku 


Comel..i miss u .. jaga diri baik3 ya comel..sayang awak sangat. Rasa nak bela kucing jugak..tapi i penting kesihatan i dulu
Kalau dah ok..insyaAllah i bela kucing baru 
Jaga diri baik3 ya comel..saya sayang awak sangat..awak baik..awak comel..
Blogger : rabiahtul adawiyah abdul ghani

Berbuka puasa dengan nasi beriani maidah

Jun 03, 2017 2 Comments
💜 Assalamualaikum
Semalam rabia berbuka puasa dengan nasi beriani maidah..rabia beli jer..tak larat nak masak.eh bukan rabia yang masak.umi rabia yang masak..memang sedap nasi beriani maidah ni.dahlah banyak nasi nya.rabia siap tambah lagi nasi beriani ni.lepas solat isyak.rabia makan sekali lagi nasi beriani maidah ni.tu pun kongsi dengan umi..hehe..ayamnya ya allah sedap sangat..menyelerakan lah..ayam goreng berempahnya perghh sedap tak terkata. 

🐼 Sedap sangat..ya  allah rasa nak tambah nasi lagi lah..

Rabia ni memang kuat makan..hehe..tapi berat badan still 45 kg lagi..

Selamat berbuka puasa u alls 🐼😊

Blogger @rabiahtul adawiyah abdul ghani