Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Februari 2025

Nasi goreng butter

Februari 15, 2025 0 Comments

 Assalamualaikum semua. Pagi ni rabia masak nasi goreng butter. Yalah tukar menu sikit la .

Kali ni letak butter tak letak minyak la.

Ada rabia post di tiktok rabia .






Makan bersama keropok keping . Jadi lah .

Tak letak sayur kali ni .

Lama dah rabia tak guna sos tiram dan kicap.

Memang tak guna dah sekarang .

Tapi kalau nak masak telur masak kicap baru guna kicap . Dah nama nya telur masak kicap kan kena guna lah kicap .

Dalam nasi goreng rabia skip la kicap dan sos tiram .Sebab dah guna sos ikan .

Kalau masak nasi goreng butter rabia tak masukkan dah gula dan garam ya .


Ahad, 9 Februari 2025

Nasi goreng

Februari 09, 2025 2 Comments

 Assalamualaikum semua. Rabia bangun pagi tadi terus masak nasi goreng untuk bawa bekal ke tempat kerja .







Habis licin rabia makan tau . Mestilah rabia masak kan .

Tumis bawang putih dan cili hijau yang dah ditumbuk , masukkan telur 1 biji.Kacau kacau .

Masukkan nasi putih yang dimasak semalam .Masukkan sos ikan . Kacau kacau .Masukkan gula perang sedikit . Masukkan sayur semuanya dan kacau sehingga sebati .

Keropok keping dan keropok mony tu rabia goreng kelmarin .

Mudah kerja kan .

Sukalah rabia dapat masak hari ini . Kalau boleh hari hari nak bekal nasi goreng . Pelbagai nasi goreng la .


Selasa, 28 Januari 2025

Nasi goreng pataya

Januari 28, 2025 2 Comments

 Assalamualaikum semua.. Pagi tadi rabia masak nasi goreng pataya tak jadi .

Telur tak berapa jadi .




Chicken popcorn 

Keropok mony

Sedap kann .

Rabia tumis bawang putih , cili hijau dan telur je 1 biji .

Masukkan sotong .Sotong kecik je .Sebab Rabiatul potong halus halus.

Tumis semuanya dan baru la masukkan nasi putih yang dah dimasak kelmarin .

Masukkan sos tiram gula dan garam sedikit .

Siap dihidang bersama telur pataya.

Rabia goreng telur pataya dalam kuali non stick tadi .Lepas siap tu goreng nasi goreng pula dalam kuali lain .

Dah siap tu.Hias dengan letakkan sos cili atas telur pataya tu .

Lepas tu makan la. Sedap.Ada tinggal dekat ayah umi juga nasi tu .

Ahad, 26 Januari 2025

Telur masak kicap

Januari 26, 2025 3 Comments

 Assalamualaikum semua.Pagi tadi rabia masak telur masak kicap untuk bawa bekal ke tempat kerja. Tapi disebabkan keluar pergi bank sekejap. So makan time balik kerja lah tadi.Makan dirumah jelah.

Puas nasi goreng lah tu. Masak telur masak kicap pula.



Nampak menyelerakan kan 


Hitam sikit.Banyak letak kicap.

Sedap tau.Habis licin rabia makan. Lapar lah tu. Tapi serius sedapnya .Tak tipu memang sedap .

Letak bawang merah je .

Dah siap makan pun.


Sabtu, 4 Januari 2025

Maggi goreng numee kari by rabia

Januari 04, 2025 2 Comments

 Assalamualaikum semua.. Rabia masak maggi goreng numee kari untuk makan petang

Bahan bahan

Telur 1 biji

Numee kari 

Carrot

Kicap 

Perencah numee kari








Rebus mee dulu ya 



Tapis mee 



Masukkan minyak , masukkan telur 1 biji 




Masukkan telur kacau kacau dan masukkan lobak merah 


Masukkan mee yang dah ditapis 




Masukkan perencah numee kari 



Masukkan kicap 




Siap dihidang di dalam pinggan 
Boleh la makan 
Ini adalah resepi rabia . 
Selamat mencuba ya ❤️











Jumaat, 22 November 2024

Wedges homemade

November 22, 2024 1 Comments

 Assalamualaikum semua. Petang ni rabia masak la pula. Goreng wedges homemade jelah. 

Bahan bahan nya 

Ubi kentang dah dipotong letak dalam plastik dan masukkan dalam freeze. Lepastu rabia keluarkan biar hilang sejuk dulu . 

Tepung bestari 4 sudu besar

1 sudu serbuk cili 

Gaul kesemuanya . 

Goreng



Ada lagi ubi kentang ni. Atas dapur . Dalam kuali sedang mengoreng. Yang ni rabia snap gambar yang siap separuh la . 

Nanti cuba la ya. Beli ubi kentang tau. Buat sendiri lagi sedap tau. 


Rabu, 20 November 2024

Nasi goreng rabia

November 20, 2024 4 Comments

 Assalamualaikum semua. Rabia baru selesai masak. Dan sedang makan sekarang. 

Prepare bahan bahan dari semalam dah. Masukkan dalam peti sejuk. Pagi ni tumiskan sahaja. 






Bahan bahan 

Cili hijau besar 1

Cili merah 1 

Bawang merah 1 ulas

Bawang putih 1 ulas 

Tumbuk je semua bahan tu. 

Tumis bahan bahan tu semua. Masukkan 1 biji telur . Kacau sebati. Lepas tu masukkan nasi putih . Kacau kacau. Masukkan sos ikan. Kacau kacau. Masukkan 1sudu gula perang . Kacau kacau . 

Masukkan kobis . Kacau sebati . Siap hidangkan di dalam bekas bekal makanan tu dulu . Lepas tu baru la letak dalam pinggan untuk makan pagi ni . 

Sebelum masak nasi goreng. Rabia goreng nuget dulu ya. Keropok keping tu rabia dah goreng hari jumaat baru baru ni . 

Tak pedas pun. Serius tak pedas. Memang sedap. Try la resepi rabia ni ya. 


Ahad, 7 Julai 2024

Pancake by rabia

Julai 07, 2024 9 Comments

 Assalamualaikum semua. Rabia masak pancake hari ini. 

Bahan bahan cukup senang 

Tepung gandum 

Telur 2 biji 

Baking soda 

Garam 

Gula 

Buttercup

Resepi ni rabia masak di dapur taska hari rabu lepas tu . 

Balik rumah ayah request nak makan juga . 

Hari ini pula tu . Apalagi rabia buatlah . 

Blend semuanya bahan bahan tu . Sebelum tu rabia kacau kacau dalam bekas dulu . 









Pancake hangus . 

Tapi sedap la . 

Pandai la tu buat pancake . 

Nak sedap lagi add milk but ayah tak nak . 



Isnin, 1 Julai 2024

Masak nasi goreng

Julai 01, 2024 2 Comments

 Assalamualaikum semua. Balik kerja tadi solat asar lepas tu start masak . 

Rabia kan suka memasak. 

Lebih suka memasak nasi goreng . Sebelum tu rabia goreng telur dadar dulu. 

Lepas tu tumis bahan yang tumbuk . 

Cili merah cili hijau bawang putih tumis lepastu letak ikan bilis , kacau kacau . Letak telur 1biji. Kacau kacau. Masukkan nasi putih . Lepas tu masukkan sos ikan . Kacau . Masukkan gula . Kacau kacau . Masukkan sayur kobis . 

Siap dihidang . 


Habis licin makan tadi. Alhamdulillah. Telur tu macam telur goreng la pula . 

Rabia kacau dulu telur dalam bekas tadi lepas tu masukkan minyak masukkan telur dikacau tadi ke dalam kuali .

Nak tengok video ? Tiktok : rabiahtuladawiyah90

Okey selamat menonton video masakkan rabia di tiktok ya .

Khamis, 27 Jun 2024

Masak numee goreng

Jun 27, 2024 4 Comments

 Assalamualaikum semua. Petang tadi rabia masak numee goreng jelah . Goreng nugget , roti keramat , dan juga karipap . Ada video di tiktok rabia . 



Rabia letak kicap lebih sikit . Tapiii kan sedappp tau . 


Masukkan minyak sikit, telur kacau kacau . Masukkan mee yang telah ditapis . Dan Masukkan kicap , sos cili , serbuk perasa dan sayur kobis . 

Kacau kacau siap dihidang di dalam pinggan bersama nugget. 

Kicap tu guna yang dia dah bagi (numee) selebihnya guna kicap habhal tu . 

Suka letak kicap banyak . 

Try lah beli semua flavour memang sedap la . 


Ahad, 9 Jun 2024