Cari Blog Ini

Ahad, 29 April 2018

Menang contest dapat brush makeup

April 29, 2018 7 Comments
Assalamualaikum.Hai korang..Korang ingat tak yang rabia beritahu hari tu kan yang rabia menang contest di facebook.

Menang brush makeup tu..Ingat tak.Hah...hadiahnya dah sampai tau.



Lawa brush ni kan

I love it

Berapa banyak brush makeup dah ni. Wah kalau setiap hari menang ni best jugak.Dapat free. Untung jugak jadi kaki contest ni.

Rabia send gambar ni dekat owner contest tu,Dia cakap alolo comeynya. Tq bagi gambar.

Nanti ada contest tag rabia ya. I ni suka barang-barang mekap.

RABIAHTUL ADAWIYAH ABDUL GHANI

Template baru by noormaizan

April 29, 2018 3 Comments
Assalamualaikum.Alhamdulillah rabia dah tukar baju baru lagi untuk blog rabia ni.

Rabia guna template blog kak noormaizan.Hehe..Rabia guna tau kak.


Cantik kan template ni. Thanks kak noormaizan.

Rabia ni memang asyik tukar baju blog je. Baju kita pun kita always tukar kan.

Nak menulis blog mesti ada mood. Hari ini mood okey lah. Sebab template baru.

Rabia memang suka tukar template denim kan dulu.Sekarang suka template responsive.

Nampak elegant gitu.hehehe..

Korang suka template macam mana? Denim template ke? Atau yang ada background floral ? 

Share lah template blog korang yang macam mana.

Okeylah rabia nak berehat dulu ya.

Jumaat, 27 April 2018

Throwback gambar rabia

April 27, 2018 4 Comments
Assalamualaikum.Selamat malam korang. Ya allah lamanya rabia tak update blog kan.
Rabia tak berapa sihat hari ini. Tapi rabia gigih jugak nak menulis blog.


Rabia lama dah tak selfie tau. Kalau boleh kan rabia nak photoshoot masa hari raya nanti. Nak photoshoot kat mana? Hahaha..Photoshoot dekat rumah sebelah pun ok.
Sebab my dad ada kamera dah. Kamera tu mahal jugaklah.So Rabia ni teringin sangat kan nak jadi model kan. Part time model lah kan.
Maybe rabia harus pandai bermakeup lah kan. Pandai posing-posing sikit-sikit.Heheh.
Rabia rindu nak selfie. That why rabia post throwback gambar lama ni.
Kalau korang rindu dekat rabia,Korang tataplah wajah rabia ni ya. Lihatlah sepuas-puasnya gambar rabia tu. Mesti ramai kata muka rabia ni flawless..hehe.tu effect kamera je tu. Kalau muka rabia yang natural beauty ni adalah parut jerawat sikit. Ni pun lama dah tak scrub. 

Hah,raya nanti boleh lah pakai baju cantik-cantik. Nanti rabia selfie sepuas-puasnya.

Raya pertama rabia pakai baju kebarom tau. Nanti rabia selfie banyak-banyak ye.

Rabia post banyak-banyak gambar cantik-cantik rabia ni dalam blog ok?

Mana tahu ada rezeki rabia jadi model tudung . Rezeki tak pernah salah alamat kan.

Okeylah Goodnight korang.Sweet dream.

Yang benar:
Rabia
 

Rabu, 25 April 2018

Pergi bercuti di kota bharu ( pic lama dah ni) Tak ingat nak update blog

April 25, 2018 10 Comments
Assalamualaikum.Selamat pagi. Hari tu rabia pergi bercuti with my parent. Selalu sangat pergi kota bharu.

Memang my parents suka pergi bercuti di kota bharu. Biasanya kitaorang pergi pasar siti khadijah,aeon mall,parkson,gulatis.






Cantik kan kasut-kasut di atas tu? Selalu pergi dekat sini.Kitaorang beli ayam kfc . Hehehe.. Best pergi travel ni. Tapi rabia pergi travel with my parent. Kadang-kadang ajak jugak tokwan pergi ikut sekali.

Rabia tak pernah pergi travel sorang-sorang. Apatah lagi dengan kawan-kawan.

Pergi kota bharu ni rasa macam syurga dunia dah. Hehe. Macam-macam nak beli kan.


Sorry lah ya . Rabia sempat snap gambar-gambar ni je. Dahlah hari tu nyaris-nyaris tertinggal kamera. 

Nak pergi bercuti lagi....  Tak sah kalau tak pergi bercuti ni. Nak hilangkan stress.

Korang dah beli baju raya ke? Hah.apa kata pergi beli baju raya dekat parkson dan gulatis tau.

Kebanyakkan baju raya rabia.My mum beli dekat gulatis kota bharu. Berhampiran dengan tesco tu.

Kalau tak jumpa. Waze kan ada.

I need time to rest. I want to calm my mind because i want to go on vacation. 

Yang benar :
Rabia

Selasa, 24 April 2018

Malam-malam makan mamee monster

April 24, 2018 12 Comments
Assalamualaikum,Selamat malam..hehhe..malam-malam ni makan mamee monster lah pulak.

Ayah rabia ada kursus tadi rasanya..And then ayah ada bawak balik mamee monster ni.


Mamee monster perisa pedas ni. Nampak sedap ni.Hehehe.tak makan lagi ni.. Entah lah pedas sangat ke tak ni.

Kalau malam-malam ni mesti nak makan makanan ringan je kan. Nanti stop lah makan.Sebab nak tidur dah.

Korang pernah makan mamee monster ni? Perisa apa?

Share sikit makanan ringan apa korang pernah makan ? Nanti rabia boleh try beli makanan yang korang list kan tu.

Kalau masa kecik-kecik dulu ayah tak bagi makan makanan ringan ni.

Sekarang mamee monster ni dah ada free gift kan. Hari tu rabia dapat hadiah mainan :) Hadiah keychain mamee monster lah.

Hehehe.. 

Oklah rabia nak makan mamee monster ni sambil tengok tv.
Goodnight.Sweet dream. Baca doa sebelum tidur ok.

Yang benar :
Rabia

Isnin, 23 April 2018

I always pergi butik kak yana ni LJ MAQUILLAGE BOUTIQUE

April 23, 2018 8 Comments
Assalamualaikum..Selamat malam..Hari ini ada 2 entry tau.. Rabia mmg suka pergi butik kak yana ni..

 LJ MAQUILLAGE BOUTIQUE 


    Simpang Tokku

Menghala ke Cabang Tiga
Sebelom Masjid Tokku (Dari arah kuala berang/bukit besar)
 Butik warna turquoise

    10am-6pm, 8pm-11pm
                                                        


Kalau korang perasan kan..Rabia selalu shopping dekat butik kak yana ni dan selalu dapat hadiah daripada dia. Rabia dah cerita kan dalam blog sebelum ni.

Setakat ni 2 butik dah rabia shopping. Tapi kalau dengan makeup artis fav rabia ni.  Rabia tak kan lupa nak pergi terjah butik dia ni. My makeup artis favourite kot. 

Kalau korang perasan rabia always share jualan dia ni dalam facebook rabia.. Pergi check facebook sekarang.Jangan menyesal kalau stock dah habis nanti ya. Siapa cepat dia dapat.

Orang terengganu mesti kenal dia ni kan.. Makeup artis dan owner butik tu.. 

Nanti rabia nak shopping lagi.. Dia siap cakap boleh kumpul koleksi .. Of course lah kena kumpul sebab nak matching dengan baju dan tudung ni.

Baru shopping innersnowcap je ni.. Nanti nak shopping makanan lah pulak kan. 

Rabia ni memang suka shopping dekat boutique. Sebab kita boleh melihat apa yang dia jual kan. 

Kalau rabia bukak butik nanti. Nak letak nama RA BOUTIQUE ( RA maksudnya Rabiahtul Adawiyah) Hahaha.. Rezeki kita kita tak tahu dekat mana kan. Masin mulut rabia ni kan .. Last-last rabia buka butik sungguh kan.

Siap jemput korang semua ni datang grand opening butik rabia.Hahaha..Oklah rabia bergurau je tu. Just kidding . No hard feeling okey.

Yang benar :
Rabia

Jumaat, 20 April 2018

Berjaya menulis manuskrip di nulisbuku

April 20, 2018 12 Comments
Assalamualaikum..Selamat petang.. Alhamdulillah.Rabia menulis skrip dengan nulisbuku je.


Tapi tak habis menulis lagi ni.Banyak nya nak kena tulis ni.
Saja je try nak jadi penulis buku.Rabia nak semua orang tahu tentang rabia dan juga blog rabia.

Agak-agak ada potensi ke rabia ni? 
Percayalah.Usaha itu tangga kejayaan.Rabia tak akan menyerah kalah ok.

Rabia baru je menulis dalam nulisbuku ni.
Sebelum ni,rabia menulis manuskrip di microsoft office je.Rabia menulis sampai muka surat 45 dah tu.

Dalam nulisbuku ni.Tak boleh copy paste.Maksud nya anda haruslah menulis semula buku tersebut.

Sebelum rabia menulis manuskrip ni,rabia google pasal nak terbit buku sendiri.

Sebelum nak jadi penulis buku.We must have knowledge.

Pelbagai laman web untuk menulis manuskrip ni. Lepas ni rabia boleh jadi penulis buku lah ya?

InsyaAllah amin..That why rabia cuba memperbaiki penulisan rabia ni.

Sambil-sambil business,rabia menulis lah manuskrip ni.

Pening kepala juga ni.Idea tak banyak mana lagi.Hehehe.Sebab tu rabia sekarang rajin membeli buku.

Baca dan kaji buku yang rabia dah beli tu.Mana tahu kan secara tiba-tiba idea tu datang .

Oklah rabia dah mengantuk ni.

Yang benar : 
Rabia

Rabu, 18 April 2018

Semak kelebihan blog/seo menerusi website grader hubspot

April 18, 2018 7 Comments
Assalamualaikum..Selamat malam.. Hai korang.. Oklah malam ni rabia ada check my blog dekat website grader hubspot ni.


Ada lagi yang rabia tak screenshot ni. Okaylah korang cepat-cepat check ya.

Korang click je link ni ya : https://website.grader.com/

Sikit-sikit lah rabia nak faham pasal ni semua. Hehehe..
That why rabia banyak membaca blog orang lain.

Korang dah check ke? 

Selamat malam
Semoga mimpi indah 

Yang benar :
Rabia

Selasa, 17 April 2018

Jom follow instagram rabia

April 17, 2018 9 Comments
Assalamualaikum..Selamat petang.. Lama juga rabia stop berblogging ni. Busy teramat sangat. Sekarang rabia kembali berblogging semula ya.

Apa tajuk yang hot sangat ni pada hari ini? Jom follow instagram rabia.

Jom follow instagram rabia ni. Nak eratkan lagi hubungan silaturahim dengan sesama manusia.


Sekarang lebih aktif di instagram.. Facebook pun aktif juga.

Laman sosial yang rabia guna adalah :

  1. Facebook
  2. Instagram
  3. Blog
  4. Whatsapp
  5. Youtube
    

Telegram tak ada ye. Line pun tak ada. Skype pun tak ada. Kalau dulu adalah dowload app telegram dan line tu. Tapi disebabkan malas nak main. So tak dowload lah.

Game pun rabia tak main dah. Macam budak kecik je main game ni.

Sekarang suka main instagram. Sebab suka buat live. Dan insta story kan.

Korang aktif yang mana pula? Blog ke? Instagram ke? Facebook?

Facebook terpaksa buka juga.Sebab rabia kan business . Mana tahu ada yang nak shopping kan..And rabia aktif join contest di facebook .


Khamis, 12 April 2018

Hadiah daripada makeup artis

April 12, 2018 7 Comments
Assalamualaikum.Hai korang.selamat petang..Korang ingat tak yang rabia beritahu hari tu rabia akan dapat hadiah daripada makeup artis.


Foto Rabiahtul Adawiyah.



Aduhai..lawa sangat handbag ni..Pergi terjah terus butik kak yana pagi-pagi ni tau.

Macam-macam cara rabia support kak yana ni.

Selalu juga pergi butik kak yana ni.Rabia kan suka shopping.Hari ni je tak shopping.

Last-last dapat hadiah free..Jarang jumpa makeup artis baik macam ni kan.

Lawa nya handbag ni.Hari tu dapat suikone blusher..Hari ni dapat handbag.Rezeki rabia kan dapat hadiah ni.

Korang nak bernikah? Berinai? Bersanding.Tak tahu nak suruh siapa makeup kan?

Contact je kak yana ni ye. Memang cantik dia makeup kan pengantin

rabiahtul adawiyah abdul ghani

Rabu, 11 April 2018

With my BFF - SAHABAT BAIK

April 11, 2018 6 Comments
Assalamualaikum.Salam magrib.Hai korang.Lama kan rabia off berblogging ni.

Okeylah rabia kembali aktif berblogging ni.

Entry malam ni adalah bertajuk with my bff-sahabat baik.

Korang ada sahabat baik ke? atau lebih dikenali sebagai BFF?

Alhamdulillah lah..rabia ada sahabat baik.Rabia panggil dia adik zue.Kalau berwhatsapp panggil adik je.

Korang doakan semoga kitaorang bersahabat hingga ke jannah ya.

Kawan satu kolej ni. Memang kitaorang rapat sangat-sangat.Makan pun pergi bersama-sama,ke mana sahaja kitaorang pergi.Kitaorang pergi berdua.

Dialah banyak menemani rabia ke mana sahaja rabia nak pergi.

Hehehe.Dia juga lah yang teman rabia pergi beli tudung duck tu.I yang ajak.So dia ikut je.

Dalam persahabatan,kitaorang kerap berwhatsapp.Tanya khabar.Kalau dia tak datang kelas ke,Rabia terus whatsapp dia.Tanya dia why tak datang kelas?Ada problem ke? Apa ke? 

Time i bosan pun..cari dia kan.whatsapp dia..itulah dinamakan sahabat.

Atleast kita tanya khabar dia,berbuat baik dengan dia.


Sabtu, 7 April 2018

Tq kak yana makeup artis

April 07, 2018 5 Comments
Assalamualaikum..Alhamdulillah rezeki lagi.Agak2 kak yana nak bagi hadiah apa kali kedua ni ye?

Hari tu rabia dapat suikone blusher. Nanti dapat hadiah apa pulak ye.

Rabia bukan sekadar customer kak yana je. Rabia juga fans makeup kak yana.

That why kalau i kahwin nanti.nak suruh kak yana makeup i.

Meletop lah melihat makeup i nanti kan ..

Foto Rabiahtul Adawiyah.

Sama-sama akak comel manis jelita. I always support u. Kalau rabia ada masa free.. I terjah butik you ya sis.

Hadiah apa tu kak? Kak saja nak buat surprise kan . Hahahaha..Tak sabar nak pick up hadiah ni..

Nak pergi butik malam ni? Tak boleh . sebab baru je balik jalan ni..

Malam ni nak makan maggi..Hahaha.. Tak apalah kak..kalau ada masa terluang..rabia pergi butik kak ye.

Korang boleh add fb dia ye..
Dah ada dah nama dia dekat atas tu.Just add tau.

Nak kahwin nanti.Jangan lupa panggil dia ye.

RABIAHTUL ADAWIYAH ABDUL GHANI

Khamis, 5 April 2018

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Mac 2018

April 05, 2018 11 Comments
Assalamualaikum. Blog popular dan terbaik malaysia mac 2018 adalah :

1. Shikin Razali

About Me

Rabia kenal kak shikin melalui blog. Rabia pernah jadi top komentar di blog kak shikin. Kak shikin juga seorang yang rajin blogwalking blog rabia.

2. Sis Hawa

sishawa

Rabia kenal sis hawa melalui blog juga. Rabia suka baca blog sis hawa. Banyak maklumat yang rabia dapat. Nak tukar template blog ke,boleh pm sis hawa ye. Pandai sis hawa makeover design template blog tau.

3. Sis Gee



Rabia kenal sis gee melalui group BPT. Sis gee memang seorang yang baik. Blog beliau sangat cantik.

4.Blog Lea Azleeya
Welcome

Rabia kenal kak lea melalui blog juga. Rabia memang suka melihat header blog kak lea ni . Cantik sangat header blog dia tau.

5. Abam Kie
ABAM KIE : Man of The House

Rabia selalu je blogwalking blog abam kie ni. Banyak maklumat dan info yang rabia dapat tau. Abam kie juga rajin anjurkan giveaway di blognya. 

6.Cik Ash

 Rabia suka terjah blog cik ash ni. Rabia pernah dapat sijil tau.Disebabkan rabia jadi top pengomen di blog cikash.Cikash juga banyak memberi nasihat kepada rabia. Supaya rabia baiki penulisan di blog ni.

7.Shalimar Yusof

Rabia kenal kak shalimar ni melalui group bpt. Dan rabia jugak pernah join contest yang dianjurkan oleh kak shalimar ni. Rabia dapat kain songket tau.

8.pokucu.
MY NAME IS POK UCU [dot] COM

Rabia pernah jadi top komentar di blog pokucu ni. Pokucu ni memang rajin menulis blog.

9. husnieyhusain

Rabia kenal kak husniey melalui group bpt juga. Blog dia simple je.Cantik.Dan rabia suka baca blog kak husniey pasal makanan.Sampaikan rabia terliur tengok makanan ni.Lapar tau. (Entry Cadangan Tempat Makan (TKafe Food Court)

10. Kak mek
My photo
Cantik kak mek ni. Suka baca pasal posting makanan.Semua entry pasal food rabia suka baca. Ia membuatkan rabia menjadi lapar.HAHAHA.




  11.Rabia


Gambar siapa ni cantik sangat ni. Mestilah saya kan. Nama penuh saya Rabiahtul adawiyah bt abdul ghani.Boleh panggil dengan nama panggilan manja (Rabia). Seorang ratu contest.Asyik nak join contest jer kerjanya.Asyik menang ga je. Dan saya juga seorang penulis blog rabiadawiyah21.blogspot.my . Rabia banyak menulis tentang lifestyle,food,beauty.

Senarai blog popular dan terbaik malaysia mac 2018

Rabu, 4 April 2018

Yuhuu.. dapat pun beli lipmatte ni dekat boutique

April 04, 2018 7 Comments
Assalamualaikum.Rabia baru je balik dari boutique tau. Beli lipmatte baru.. Rm 20 je. 

Cantik lipmatte ni . Jom beli lipmatte ni. TQ KAK BAGI FREEGIFT TAU.

KALAU MACAM TU BESTLAH SHOPPING BUTIK KAK. SEBAB DAPAT FREE GIFT MASK.

RABIA LAMA DAH CARI LIPMATTE NI .

TAK SUKA PAKAI GINCU. SEBAB RABIA TAK PANDAI PAKAI GINCU.

BIBIR RABIA KECIK SIKIT KAN. SO MESTI BERCOMOT-COMOT PAKAI GINCU.

RABIAHTUL ADAWIYAH ABDUL GHANI 

Isnin, 2 April 2018

Alhamdulillah menang contest brush makeup

April 02, 2018 5 Comments
ASSALAMUALAIKUM.Alhamdulillah sekian lama rabia berhenti join contest.Akhirnya rabia join semula contest ni di facebook.Join dekat group je.

Foto Rabiahtul Adawiyah.

Alhamdulillah..rezeki lagi..brush makeup tu.Rabia kan tengah kumpul brush makeup.Nak makeup kan nanti.

Bukan senang nak dapat brush makeup ni. Jom join contest di group2 facebook.

Yang ini group makeup rabia join ni.

ASSALAMUALAIKUM.