Cari Blog Ini

Sabtu, 29 Februari 2020

Makan makan

Februari 29, 2020 4 Comments
Assalamualaikum semua. Hari ini rabia rehat dekat rumah je. Umi dan ayah rabia pergi ke kenduri kahwin, pergi ke majlis aqiqah la. Rabia duduk rumah je. Malas nak keluar dah sekarang ni. Duduk rumah tengok TV sambil study. Hehe.

Pagi tadi rabia bancuh la milo panas. rabia dah lama kan tak minum milo. So apa lagi rabia bancuh milo panas la. Lepas tu sempat lagi tik tok dengan milo panas tu ya.



Umi ayah balik je dari kenduri kahwin dan majlis aqiqah tu. Terus umi buat balik makanan dari majlis aqiqah tu. Tu la rabia malas nak pergi kan. Tak jumpa la dengan cikgu sejarah masa mengajar rabia pada form 3.


Thank you cikgu marina ❤️ Siap bagi makanan lagi. Sedap sangat daging kambing tu.

Rezeki pada hari ini. Rabia dapat makan biskut chips more, gula - gula kapas dan daging kambing bakar ni. Seriously sedappp.

Roti tu pun sedappp lagi - lagi makan dengan kacang merah tu. Fuhhh sedappp. Itu lah rabia malas nak pergi jalan jalan sekarang. Nak rehat je dekat rumah. Time rasa nak pergi jalan, rabia ajak la umi ayah pergi jalan. Ni faktor umur meningkat ke apa lah yang jadi malas nak pergi jalan jalan ni. Okeyy tu je lah rabia nak share entry pada hari ini. Selamat petang.


Sabtu, 22 Februari 2020

Nasi goreng cina by Rabia

Februari 22, 2020 4 Comments
Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Rabia bangun pagi lepas solat subuh terus pergi memasak nasi goreng cina.


Ini bahan bahan nya : Chicken meatball
                                          Mixed veges
                                          Bawang putih


Alhamdulillah makin pandai rabia masak. Umi ayah rabia pun dapat merasa air tangan rabia.

Okeylah rabia nak makan ni. Ada lebih satu pinggan lagi nasi goreng cina ni. 

Alhamdulillah sedap nasi goreng cina rabia masak ni. 

Meh la makan sekali dengan rabia. Heheh. 
Rabia kalau masak nasi goreng cina memang suka letak mixed veges dan chicken meatball. 

Itu je bahan - bahan nya. Kalau nak minta resepi ni rabia tak pandai nak cakap. Sebab rabia pakat letak je bahan bahan untuk buat nasi goreng ni. Itu lah je lah entry pada hari ini.


Cara - cara buat nasi goreng cina versi rabia 

1. Tumis bawang putih, letak mixed vegetables, letak telur, letak chicken meatball. Kacau sehingga sebati. Lepas tu masuk kan nasi putih, masukkan kicap, sos tiram dan gula, garam. Kacau dan siap. 😍

Jumaat, 21 Februari 2020

Ice cream mickey mouse

Februari 21, 2020 6 Comments
Assalamualaikum semua. Hari ini rabia beli ice cream mickey mouse.

Ice cream viral kan. Rabia baru beli hari ini.



Sedappp tak cukup satu makan ni. Alaa kenapa tak beli banyak tadi ice cream ni. Musim panas macam ni best pula makan ice cream. Kebetulan my mum nak makan ice cream perisa vanilla. Lepas tu rabia dah niat dalam hati ni. Aku nak juga beli ice cream mickey mouse ni. Sebab dengar kata orang. Sedappp ice cream ni.

Okey tu je lah entry kali ni. Okey bye! 

Khamis, 20 Februari 2020

Sarapan pagi

Februari 20, 2020 5 Comments
Assalamualaikum semua. Rabia nak share rabia makan apa pada pagi tadi.


Sebelum makan dekat kedai. Rabia makan biskut dulu untuk alas perut. Rabia ni kan ada penyakit gastrik. Fuhh bila makan biskut je okey lah perut ni. Tak makan ubat gastrik la tadi.


My favorite food nasi goreng. Makan dekat kedai gong kapas. Kedai makan ni tak ada banner la. Rabia nak share pun susah juga la. So rabia share nasi goreng je. Sedap nasi goreng ni.

Alhamdulillah kenyang perut. Makan pagi je rabia share ya. Makan petang tak sempat nak share. Dah habis makan baru teringat tak ingat nak snap gambar makan petang tadi.

Next entry rabia share bab makanan jugak ya. Hehe. Kalau share makanan ni laju je u all comment ya. Mesti lapar kan tengok entry makanan ni. Ok assalamualaikum.


Rabu, 19 Februari 2020

Dah beli album gambar

Februari 19, 2020 7 Comments
Assalamualaikum semua. Selamat tengahari. Hari ini rabia dan umi ayah pergi ke mydin. My wish nak beli album daripada hari tu lagi. Hari ini dah beli pun.


Rabia beli dekat mydin mall je album ni. Memang comel album ni. Harganya 15.00 je album ni. Dah 3 album dah ada dalam bilik rabia. Nanti cuci gambar pulak.

Nak beli online tak berani lah. Sebab tu nak beli apa apa suka tengok depan depan.

Rajin betul rabia ni cuci gambar kan.


Bab cuci gambar memang rabia rajin. Sebab dari kecik lagi album gambar dengan gambar waktu rabia kecil dulu dah dicuci gambar dah. Itu lah je lah rabia nak share hari ini. Baru balik dari mydin ni. Rasa letih ni. Rabia nak rehat sekejap. Assalamualaikum. 

Selasa, 18 Februari 2020

Soto gong kapas

Februari 18, 2020 7 Comments
Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Hari ini rabia dan sekeluarga pergi makan soto di kedai gong kapas.


Sebelum makan soto tu. Rabia makan nugget dulu.





Rabia kalau makan soto ni. Rabia request dekat taukey tu letak 3 bergedil kentang. Hehhe. Banyak betul rabia ni makan kan.

Kuat makan betul rabia ni. Berat naik dah. 52 kg hmm. Bertabahlah ya. Nanti kurus balik. Balik rumah nanti nak minum detox lemon. My mum buat sendiri air lemon tu ya.

Sedappp lah makanan dekat sini. Jom pakat pergi ke kedai gong kapas Kuala Terengganu.

Okeylah rabia nak pergi ke University ni. Assalamualaikum.


Isnin, 17 Februari 2020

Assigment individu

Februari 17, 2020 9 Comments
Assalamualaikum semua. Hari ini kitaorang buat assigment individu. Dan hari ini kelas di lab ece. Nak tengok tak lab ece kelas rabia?


Haiii saya ada dalam bilik lab ece ni. Cantik tak lab ece ni? Heheh.


Lepas siap buat puppet ataupun dikenali sebagai boneka tu. Kena buat report pulak.

Nak tengok boneka rabia buat tak? Entah la cantik ke tidak.


Jangan la suka. Rabia tahu lah tak cantik boneka rabia buat ni. Mesti kanak - kanak lihat boneka rabia buat ni mesti diorang suka kan? Heheh. Okey lah lets go make boneka ice stick ni.


Letih dah buat ni. Hmmm. Comel tak rabia buat ni?


Dah siap. Cukup dah buat ni. Ke nak buat lagi ya? Nakk balikkkkk. Nak rehat pulak. Berapa hari dah tidur lewat. Nasib la semalam tidur awal. Otak pun letih dah ni.

Yeayy thank you madam. Dah boleh balik dah. Yahooooo. Stop sampai sini je lah ya. Okey bye!


Sabtu, 15 Februari 2020

Cabut rumput di belakang halaman rumah

Februari 15, 2020 8 Comments
Assalamualaikum semua. Selamat petang. Rabia dengan ayah tadi tengah cabut rumput di belakang halaman rumah rabia. Rabia sekarang tengah rehat. Lama juga terbiar rumput bersarang di belakang rumah tu. Rabia pula sibuk sangat dengan study dan sibuk dengan 2 ketul si comel tu. Si mishai dan si tompok. Kucing tu tak datang petang ni. Dah makan lah tu. Tengok - tengok separuh nasi dah dalam pinggan.

Ni lah hasilnya mencabut rumput di belakang halaman rumah rabia



Letih juga la cabut rumput ni. Dah tumbuh balik rumput tu. Nak kena cabut pula. Rumput di luar halaman je memang ayah rabia akan mesin je rumput tu.

Rabia adalah cita - cita nak tanam bunga ros. Hehe. Tapi nak kena jaga bunga tu lah macam malas lah pulak. Tengok lah dulu. Nak tengok bunga apa yang sesuai untuk nak ditanam di belakang halaman rumah rabia.

Sambil - sambil cabut rumput buang rumput tu rabia dapat spend time masa bersama ayah. Boleh bersembang.

Okeyy tu je lah entry pada hari ini. Rabia nak makan ni. Lapar lah pulak lepas kerja cabut rumput kan. See u next entry okey bye!.


Khamis, 13 Februari 2020

Hadiah menang giveaway dah sampai

Februari 13, 2020 10 Comments
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hadiah menang giveaway dah sampai. Dia ada tanya boleh tak awak pilih hadiah mana yang awak nak dan hantar gambar hadiah yang awak pilih tu. Wahh best kan kita boleh pilih hadiah mana yang kita nak. Alhamdulillah rezeki makin melimpah ruah kepada Rabia.



Banyak rules jugak nak pakai gelang ni. Kena buang gelang ni before sleep, buang gelang ni before shower and tidak boleh terkena perfume. Okey basic rule macam tu rabia dah terbiasa dah.

My dad kata ingat kan tak join dah. Hehhe. Rabia join selepas buat assigment tu. Sebab kita pun nak relax juga kan.

Okey la rabia nak pergi rumah tokwan.


Part 2 my face

Februari 13, 2020 1 Comments
Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Ya Allah memang selama ni rabia pakai moisturezer, serum tu semua. Tapi kulit rabia kering. Maybe sebab keturunan rabia memang ada yang kulit kering.

So lepas ni nak kena jaga la muka ni.




U all lihat la video tu. Memang sakit sikit la nak cuci muka. Selama ni macam sia - sia je pakai produk. Dah la makeup, muka pun jarang dilap dengan tuala muka yang bersih. Dan terlalu banyak makan makanan yang bergoreng juga. Kalau orang cina kan tak makan makanan bergoreng. Sebab tu diorang makan sup kan. Nampak glowing je.

Rabia ni makan nasi goreng mee goreng. Kena pantang dulu lah eh? Ni pun baru nak pergi makan nasi goreng.

Dan kadang kadang rabia cuci muka dengan cleanser dengan step yang salah. Kadang cuci pun tak bersih.


Rabu, 12 Februari 2020

HerbaLine Kuala Terengganu

Februari 12, 2020 2 Comments
Assalamualaikum semua. Rabia baru je balik dari herbaLine ni.

Hari tu kan rabia dah buang segala kutil ke apa lah dekat muka tu. Ada rabia update dalam blog hari tu.

Seriously lah rabia nak cakap, rabia memang suka pergi ke herbaLine sebab staff nya cakap dengan sopan santun. Berbudi bahasa. Kita sebagai orang Islam, sifat macam tu kena ada dalam diri kita. Bercakap lemah lembut, sopan santun, pandai hormat orang tua.

Rabia ni jenis lemah lembut dah. Jadi bila berjumpa dengan owner herbaline ni kan ya Allah baikk nya dia cakap pun sopan je.




Cantik orang nya baik manis sopan santun je. I want crying..Sebab tak pernah jumpa orang yang begitu sopan santun lemah lembut apabila bertutur kata. Ini membuat kan rabia nak datang ke sini lagi. Tak nak pergi ke tempat lain dah. Pandai dia ambil hati kita.

Apabila masuk ke HerbalLine dia akan explain nanti nak buat apa dekat wajah tu. Dia explain satu persatu.

Lepas tu sambil - sambil dia explain tu, dia bagi lah minuman air kurma ni.


Sebelum facial muka, rabia dan umi rabia rendam kaki dulu.



Lepas selesai rendam kaki tu, terus naik tangga pergi wap kan muka ni. Lepas tu dia bagi pakai baju dia lah. Memang tak sempat nak selfie. Lepas tu bermula lah facial muka, wap muka, pakai mask muka, buang blackhead whitehead. Dia cakap awak kena rajin jaga muka. Dia tanya umur awak berapa? Umur saya 24. Dia cakap awak masih muda. Dia ada tanya bila nak kahwin? Saya cakap la biar habis belajar dulu. Lepas tu kerja. Lepas tu baru kahwin. Rabia sempat cakap lagi belajar tak habis lagi. Heheheh. Best la sambil facial dia ajak sembang pulak. That why rabia syorkan u all pergi ke herbaLine Kuala Terengganu ni.

Alamak gambar pun rabia tak snap banyak la.





           Tapi u all boleh click this video ya.


Yang tu je lah rabia nak cakap. Sekarang rabia nak berehat dulu. 

Selasa, 11 Februari 2020

Nak tukar header blog

Februari 11, 2020 7 Comments
Assalamualaikum semua. Baru - baru ini rabia terbaca blog https://thekaellaaaa.blogspot.com/2020/02/editing-my-new-header.html. Katanya dia nak bagi free header blog pada 5 orang terawal mesej dia untuk buatkan free header blog. Rabia pula tertarik dengan header blog kak kaella ni. Memang lama dah rabia nak header blog macam blog kak kaella ni.

Lepas tu kan rabia mesej kak kaella dekat messenger.









Lepas tu kan kak kaella send header free ni dekat email rabia. Sebab rabia memang hantar email rabia dekat kak kaella. Senang dan memudahkan urusan kak kaella untuk send header free ini untuk rabia.

Thank you so much kak ❤️ Semoga akak dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat 😭. Thank you so much. I appreciate it.


  • Memang lama dah rabia idamkan header blog macam blog kak kaella. 

Menang giveaway

Februari 11, 2020 6 Comments
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah rabia menang giveaway. Kalau fokus pada study je 24 jam memang jeng la kepala rabia ni. Sebab tu sambil sambil buat assigment ke rabia join jugak giveaway.

Nak release tension jugak. Hehe. Harap-harap la rabia menang cincin. Kalau tak dapat cincin, dapat rantai pun tak apa.










Alhamdulillah rezeki menang contest. Alhamdulillah syukur pada mu ya Allah. Lepas ni makin banyak la hadiah rabia dapat. Ada lagi hadiah rabia tak pick up lagi.

Nanti kalau dah sampai hadiah tu rabia update next entry ya. Doakan semoga rabia dimurahkan rezeki selalu ya..


Jumaat, 7 Februari 2020

Off to kuantan

Februari 07, 2020 12 Comments
Assalamualaikum semua. Hari ini rabia dan umi ayah serta tokwan nak pergi ke kuantan. Kitaorang pergi ni bukan nak jalan - jalan sangat. Tapi nak ziarah jiran yang sedang sakit sekarang. Doakan semoga jiran rabia sentiasa sihat ya.

So rabia terpaksa minta cuti dengan lecturer. Hari ahad ni rabia tak pergi kelas la.

Sekarang rabia dan umi ayah berhenti di shell. Nak isi minyak kereta dulu. Lepas tu baru ambil tokwan dari rumah nya.

So rabia selfie dulu lah. Hehe.. Pakai tudung matching dengan baju hari ini.







Makan twisties dalam kereta. Hehhe. Tokwan pun join makan sekali.

Dah sampai ke destinasi pun. Check in di hotel rocana kuantan. Hari tu rabia dah update dalam blog kan Hotel rocana tu.











Rabia dan tokwan nak berehat dulu. Heheh. Umi dan ayah pergi ke hospital ziarah jiran rabia yang sakit. Rabia dan tokwan duduk dekat Hotel je.

Sementara tunggu umi ayah balik Kitaorang makan roti je. Lepas tu sembang dengan tokwan dalam hotel.



My parents beli nasi goreng dekat tokwan dan rabia. Rabia call umi. Rabia kata biahtul dan tokwan lapar la. Biahtul nak makan nasi goreng. Hehhe. Umi dengan ayah terus order nasi goreng.

Umi ayah balik dari hospital. Lepas tu pergi ke kedai beli nasi goreng.

Alhamdulillah dah kenyang dah. Hehhe malam ni rabia dan tokwan minum tea o boh je.


Sedappp la tea o boh ni. Pergi ke kuantan city mall tadi just beli maggi kari dengan brocoli je. Hehhe.

Makan pagi pulak hehhe. Pukul 7.06 am rabia dan sekeluarga dah turun breakfast.




 Salted fish fried rice and orange juice 



Aroma fried chicken, sausage and potato hash brown


Alhamdulillah kenyang dah perut ni. Biasanya rabia tambah nasi goreng ni. Tapi dah kenyang dah.



Pergi ke Kuantan City Mall beli mamee kari dengan brocoli je. Heheh. Dah la bawa periuk tefal dari rumah ke hotel ni.

Nak makan petang pulak ni. Wow makan nasi beriani la pulak. Zam Zam Arabic Restaurant.




Lamb Mandy








Tak shopping pun. Saja je jalan - jalan. My mum ambik video rabia tengah pegang subang telinga.

Tapi shopping kasut untuk pergi ke umrah je.


Ni dah balik shopping dah nak makan Maggi kari la pulak. Sebab bawa periuk tefal kan. So masak je la.


Masak Maggi kari je.