Cari Blog Ini

Rabu, 25 September 2019

Warung iskadania

September 25, 2019 14 Comments
Assalamualaikum semua. Rabia ada kelas petang ni. Lepas habis class je. My parents terus ajak makan -makan. Hehehe . Kitaorang makan dekat warung iskadania dekat bandar Kuala Terengganu ni . Lupa nak snap gambar banner kedai ni. Tapi korang boleh follow Instagram beliau ya. Warung Iskadania

Rabia makan Nasi Goreng Pataya harganya rm 5.50 . Fuhh sedappp nyaaa nasi goreng pataya dia ni..Next time nak makan dekat sini lah..


Nasi Goreng Pataya 


Mee Hoon Singapore 


Nasi Goreng Ayam Kunyit - Rm 6.50 

Sup tulang kitaorang makan juga. Tapi gambar tak clear. Fuhh sedapppnya makanan dekat sini. Kenyang perut ni. Alhamdulillah. Heheh. Jomm pakat pergi makan dekat warung iskadania ni. Dan jangan lupa follow Instagram warung iskadania. 

U all tahu kan my favourite food. Hehehe. Of course mana-mana kedai Rabia makan kan. Rabia akan pilih Nasi Goreng . 

Okeylah sampai di sini sahaja menulis. Nak on the way balik rumah dah ni . 


Ajar cikgu menulis blog

September 25, 2019 11 Comments
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah Rabia ikhlas ajar ilmu blog pada cikgu yunie.

Free je ilmu ni. Tiada bayaran pun . Sesiapa nak belajar buat blog . Jom belajar dengan Rabia.



Tahniah cikgu yunie. Hehehe cikgu yunie ni mengajar Rabia masa Rabia form 1 .

Alhamdulillah sampai sekarang masih contact lagi kan dengan cikgu .

Jom pakat follow blog cikgu yunie . Cikgu yunie ni business shaklee tau. Rabia pernah beli esp shaklee tu kan. Rabia beli dengan cikgu yunie lah produk shaklee esp tu.

Blog : https://starrich4u.blogspot.com/

Jom follow blog cikgu yunie ya. Nak beli produk shaklee PM je cikgu yunie. 

Selasa, 24 September 2019

Menang topup by engku ruzaini

September 24, 2019 6 Comments
Assalamualaikum semua . Selamat petang. Disebabkan aku nak release tension dengan mengadap assignment banyak-banyak ni. Aku try lah join contest by engku ruzainii ni dekat Facebook . Hehe

Tak sangka aku menang . Heheh. Itulah dinamakan rezeki tak pernah salah alamat.

Menang topup rm 5 guysss. Syukur alhamdulillah. Aku kongsi rezeki ini kepada sepupu ku. Disebabkan aku tak pakai topup. Heheh. Aku try join je.





Thank engku . Heheh. Memang always support dia dari dulu sampai sekarang. 

Korang add lah Facebook dia. Tak salah support sesama sendiri kan ? Dapat pahala. Akak doakan semoga awak berjaya dunia akhirat ya.

Alhamdulillah rezeki menang topup rm 5 . Aku tak pakai topup . Hehe Aku share dekat sepupu aku. Hehe. Rezeki sepupu aku lah ni. Share is caring kan. 

Lepas ni nak tunggu hadiah dari blogger lah pula. Alhamdulillah makin banyak rezeki aku dapat. Aku syukur sangat-sangat . Rezeki dapat kawan baik-baik pun tu rezeki juga. 

Thank you again to engku ruzainii. Rabia memang suka support mana-mana business woman and business man. Sepupu ku yang jual makanan dekat kedai pun aku support dengan membeli dengan dia




Isnin, 23 September 2019

Quiz and ask me a question at my Instagram

September 23, 2019 11 Comments
Assalamualaikum semua . Selamat pagi. Sejak akhir-akhir ni Rabia suka play quiz and ask me a question at my instagram. Hehe. Thank you yang sudi jawab quiz ya.

Boleh nampak lah siapa yang selalu melihat IG story Rabia ni. Kadang-kadang orang sama je yang tanya soalan,quiz tu. It's okey lah. Asal ada yang sudi melihat insta story ku ni . Sudi play quiz dengan jawab soalan yang Rabia tanya .


Quiz 


Hahaha soalan tu mek yunie tanya dekat Rabia. Ermmm.. no komen lah. Ada jodoh ada lah. Tak ada jodoh tak ada lah. Okey tu je. Setakat ni berkawan je lah. Sampai seru nak kahwin tu. Kita awal-awal dulu hantar kad jemputan dekat blogger hahaha.

Banyak benda lagi nak kena fikir. Bab jodoh ni Rabia selalu berdoa dan bertawakal pada Allah swt. Takut nak fikir pasal kahwin sebab takut dengar pasal divorced sekarang ni.

Sebab tu Rabia sekarang fokus pada diri sendiri. Banyak benda Rabia kena ubah diri Rabia sekarang. Nak jaga anak orang bukan senang. Diri sendiri pun tak terurus. Kena urus diri sendiri dengan betul-betul lah. Lepas tu baru fikir nak jaga anak orang. Nak jaga anak orang ni bukan anak kucing .

Istilah tu selalu ku lihat di Instagram . Rabia kalau boleh nak cari calon yang boleh membimbing Rabia ke arah agama. Ciri-ciri lelaki yang Rabia nak of course tak nak yang merokok. Itu paling penting. Hormat ibubapa Rabia. Bertanggungjawab,tak tinggal solat 5 waktu dan lain-lain.

Kalau ada orang kata Rabia ni terlalu memilih ke soal nak cari jodoh. Yes memang kena pilih lah . Salah pilih merana hidup kau nanti. Nak hidup berpasangan ni biarlah hidup bahagia sampai bila-bila.

Bukan derita aku pilih. Bahagia aku pilih . Setakat  tu je lah Rabia mahu sharing story . Thank you sudi baca . Eh ada orang baca ke? Assalamualaikum .



Jumaat, 20 September 2019

Siap cuci gambar selfie dengan kawan -kawan pekerja taska

September 20, 2019 10 Comments
Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Apabila aku membelek gambar album ku. Aku terjumpa gambar selfie dengan kawan-kawan pekerja taska . Itu lah gambar first aku kerja . My ex boss belanja aku makan. Sampai sekarang pun kitaorang masih berhubung.


Hai kawan -kawan ku. Aku panggil diorang kak . Sebab diorang lebih tua daripada aku.
Aku je yang masih muda lagi. Nasib aku cuci gambar ni awal-awal tau.
Aku berhenti kerja di taska ini. Ada sebab-sebab nya. Malas aku nak cerita dekat sini .


Ha'ah tak tahuu dah hilang dah gambar ni . Kesian pulak dekat akak. Hehe. Telefon akak pulak rosak. Alhamdulillah nasib lah Rabia sempat cuci gambar ni. Kenangan ni . Siap letak gambar ni dalam album lagi.

Gambar pun dah hilang dalam folder. Hehe. Cari-cari tak jumpa dah. Kalau Rabia masih simpan lagi sempat jugak Rabia cuci gambar ni untuk kak izzah.

Lepas ni cuci gambar cepat- cepat ya. Jangan tinggal lama-lama gambar tu duduk dalam phone tu. Dah hilang menangis di tepi bucu katil . Hahahaha

Aku sorang je ke yang cuci gambar ni ? Mestilah kawan-kawan hilang juga gambar ni.Korang ada ke selfie dengan kawan-kawan pejabat ke lepas tu siap cuci gambar? Ada ke tidak ?


Rabu, 18 September 2019

Nasi Goreng Putih By Me

September 18, 2019 11 Comments
Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Pagi-pagi dah Rabia dah nak masak Nasi Goreng Putih untuk alas perut sebelum keluar nak pergi ke tadika .



Bahan-bahan untuk nasi goreng putih :

Cili merah
Lobak merah
Daun sup
Bunga kobis
Tomato kecik

Bawang Putih lupa pulak nak snap gambar. Nak tulis resepi pun tak pandai . Hehe. Sebab Rabia pakat campak je bahan-bahan nya.

Tapi Nasi Goreng Putih yang biasa Rabia masak ni wajiblah guna bawang putih,gula,garam,kicap manis,sos tiram. Dan sayur yang telah dipotong kecil. Seperti bahan di atas tu.


Kali ni Rabia tak guna minyak . Rabia guna mentega untuk masak Nasi Goreng ni.

Lepas ni nak masak lah. Malas nak beli dekat luar dah . Masak dekat rumah dijamin sedap Dan makanan pun sihat.

Memang kalau Rabia masak Nasi Goreng Putih Rabia letak pelbagai sayur-sayuran. Untuk menjaga kesihatan juga kan.

Rabia pakat campak je semua bahan-bahan di atas tu . U all boleh cuba ya buat Nasi Goreng Putih macam Rabia masak tu.

Pasti sedap. Hehe. Alahai rajin Rabia masak kan. My mum pun tak bagi dah makan kerap sangat dekat luar. Hehe. Dahlah gemuk sekarang. Hari ini rasa nak makan sangat Nasi Goreng Putih . Apalagi terus Rabia masak. Check bahan-bahan dalam peti sejuk tadi.

Kalau banyak sayur-sayuran Rabia 0n masak hehe. Sebab memang suka letak sayur dalam nasi goreng.



Sabtu, 14 September 2019

Bergedil kentang by Rabia

September 14, 2019 18 Comments
Assalamualaikum semua. Selamat pagi . Hari ini Rabia nak masak bergedil kentang by Rabia.


Process in making bergedil kentang. Lama dah craving nak makan. Tak nak beli yang orang lain punya. Nak buat sendiri. Barulah pandai masak kan.

Kalau Rabia jual bergedil kentang agak-agak ada orang beli tak?

Nanti dah siap masak Rabia upload dalam entry ni ya. Sekarang my mum tengah masak nasi minyak.

Rajin tak Rabia? Bangun awal pagi semata-mata nak masak bergedil kentang? Craving tau .


Sorry lah rupa tak cantik. Tapi sedap. Hehe. Frust jugak lah part tengok rupa dia tu.

Next time boleh cuba buat lagi. Rabia tengok recipe ni pun dari Instagram datin paduka eina azman. Hehe.

Mula dari bawah. Belajar dari bawah. First masakkan Rabia masak Nasi Goreng Putih kan. Tapi yang mula-mula tu tak berapa nak jadi. Sebab kurang garam.

Yang second barulah jadi nasi goreng Putih yang Rabia tulis dalam blog hari tu kan.

Banyak benda lagi Rabia kena belajar ni. Bab masak ni setakat ni boleh lah masak Nasi Goreng,bergedil kentang,cupcake,Maggi ayam Dan Kari . Maggi semua orang pandai masak kan.

Rabia dulu kan masa form 4 and 5 masuk aliran katering Dan penyajian kan. Mestilah kena pandai masak.

Apabila masuk kolej tukar course. Sebab my mum tahu Rabia tak pandai Dan tak minat masak. Sebab tu ambik kos pendidikan awal kanak-kanak sekarang.




Ahad, 1 September 2019

Makeup by me

September 01, 2019 24 Comments
Assalamualaikum semua. Selamat bercuti. Kitaorang nak pergi jalan-jalan hari ini.

Hari ini Rabia makeup sendiri je. Entahlah cantik ke tidak. Hehe.

Rabia nak up gambar makeup ni.




Lawa ke tidak ? Hehe bila dah dewasa ni baru mari mood nak cantik. Nak kemas kan diri. Nak siapkan diri. Cun ke tidak? Hehe. Lawa-lawa pun tak ada orang nak ke kita . Sedihh

Nanti next time Rabia belanja gambar makeup lagi ya. Hehe. Nak praktis jari jemari ku ni pegang alat makeup .

Rabia Dan sekeluarga nak pergi jalan-jalan je . Tapi Rabia makeup kalah mak datin hahahah. Sekali sekala bergaya tak salah kan?