Cari Blog Ini

Khamis, 31 Oktober 2019

OOTD baju kurung moden

Oktober 31, 2019 23 Comments
Assalamualaikum semua. Rabia on the way nak pergi ke class ni.

Sebelum tu Rabia nak post gambar ootd sebelum pergi ke kelas dulu. Cantik dan ayu tak Rabia? Hehehe..Sejenis suka pakai baju macam ni. Rabia tak suka pakai skirt or dress. Seluar jeans pun tak suka pakai. Dekat rumah sendiri pun kan,Rabia pakai baju kurung. Sebab pakai baju kurung ni nampak ayu dan manis je. 



Ketika saya bercuti di Kota Bharu sempena hari deepavali baru-baru ini . Saya sekeluarga berkesempatan membeli belah di Bazar Tok Guru kerana ia nya berdekatan dengan Hotel Perdana yang kami menginap.

Ketika meninjau-ninjau kedai-kedai yang ada, Saya melihat satu pasang baju yang menarik perhatian saya kerana warna dan corak nya.

Harga baju ini Rm 100 sepasang siap dijahit . 

Kedai nya beralamat :

MEY BATIK
A 260 & 261,Aras Bawah
Bazar Tok Guru, Jalan Sultan Ibrahim
15000 Kota Bharu,Kelantan 

Owner kedai begitu baik dan mesra melayan kami walaupun ketika itu dia baru sahaja membuka kedai. ''Iyalah'' ... Kami datang terlalu awal jam 9.00 pagi. 

Akhirnya ayah saya membeli 2 pasang baju batik dan salah satunya saya memakai sekarang. 

Isnin, 28 Oktober 2019

Hadiah daripada Shikin Razali

Oktober 28, 2019 21 Comments
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah lepas pergi makan Nasi Ayam Darul Iman tadi. Lepas tu terus balik rumah.

On the way nak balik ke rumah, Ada orang call Rabia . Rabia suruh my mum jawab kan panggilan tu. Orang tak kenal aku takut nak jawab call.

Rupa-rupanya poslaju call. Dia kata nak hantar barang ke rumah Rabia. My mum suruh abang poslaju tu letak hadiah tu ke dalam bakul motor.

Sampai je ke rumah Rabia terus pergi ambik hadiah. Nak tahu tak siapa bagi hadiah ni? Eh bukan kekasih hati ye bagi hadiah. Ku tak punyai kekasih hati lagi ni.

Kak Shikin Razali lah bagi hadiah ni. Rabia top pengomen blog beliau kali ke -3 tau. Rasa macam baru je kak Shikin bagi hadiah hari tu. Ni dapat lagi hadiah. Terima kasih kakak cantik.



Memang lama dah Rabia nak planner tu. Alhamdulillah rezeki dapat hadiah daripada akak Shikin Razali. Hehehe.. Ada lagi hadiah daripada blogger lain. Tak sampai lagi hadiah tu.
Terima kasih kak Shikin. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke jannah. Aamiin.
Alhamdulillah sejak jadi blogger ni pelbagai rezeki Rabia dapat. Rezeki dapat hadiah . Selalu je dapat hadiah free.
My birthday nanti nak hadiah free juga. Hahaha. DM me okey kalau nak bagi hadiah birthday dekat Rabia.
Thank you again kak Shikin . Semoga akak dimurahkan rezeki selalu .


Sabtu, 26 Oktober 2019

Hotel Perdana Kota Bharu

Oktober 26, 2019 11 Comments
Assalamualaikum semua. Hari ini Rabia dan sekeluarga pergi berholiday di Kota Bharu . Sebelum pergi ke gulatis kitaorang pergi ke Tesco dulu.

Kitaorang sekarang ada di gulatis kota bharu. Rabia rajin menulis blog dekat gulatis ni kan. Nah Rabia nak send gambar Rabia berselfie depan mirror ni.



Sekarang Rabia ada di Hotel Perdana Kota Bharu. Check in pukul 3.00 petang nanti.



















Kitaorang check out pada pukul 10.08 pagi pada hari ahad 27 October 2019.

Best tidur di hotel ni. Kitaorang tak ambik makan pagi dekat hotel ni. Heheh. Dah nak balik dah pun.

Sakan Rabia bershopping dekat Kota Bharu ni. Alhamdulillah bestlah pergi holiday dekat Kota Bharu ni. Jom pakat pergi Kota Bharu . Check in di Hotel Perdana Kota Bharu ni.

Nak maklumat detail pasal hotel ni?

Ini maklumat details nya .

Hotel Perdana Kota Bharu
Jalan Mahmood 15200 Kota Bharu Kelantan
No tel : +6097458888

Khamis, 17 Oktober 2019

Warung Iskadania

Oktober 17, 2019 17 Comments
Assalamualaikum semua. Petang tadi kitaorang keluar makan petang di warung iskadania . Sebab tak masak pun hari ini. Umi rabia tak sihat. Rabia pun kurang sihat. Kalau dah sihat.Rabia masak nasi goreng je. 


Nasi Goreng Paprik - Rm 6.00 

Sedappp sangat. Rasa nak tambah lagi satu pinggan nasi goreng paprik ni.

Jomm pakat pergi makan nasi goreng paprik . Harga pun murah dah . Memang sedappp sangat. Next time nak repeat makan di warung iskadania lagi. 

Pelbagai menu yang ada di warung iskadania ni. Rabia ni memang tak puas-puas makan nasi goreng je. Macam tak ada menu lain je. Heheh. Dah nama pun peminat nasi goreng. Dah tak makan makanan lain dah. Dah jatuh cinta dengan nasi goreng. 

Mana-mana kedai Rabia pergi makan, Tak sah kalau tak makan Nasi Goreng. 

Warung Iskadania 

Ahad, 13 Oktober 2019

Top pengomen bulan october 2019

Oktober 13, 2019 20 Comments
Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Rabia sekarang sedang cuti mid sem. Yeayyy.. Cuti juga..Otak ni dah berserabut dengan assigment. Fuhh..ni ada masa free ni rabia edit lah header blog untuk top pengomen bulan october 2019. Ehh awal nya rabia jumpa top pengomen blog bulan october  ni kan. Biasanya nak dekat habis bulan october barulah rabia cari top pengomen. Hehehe..Disebabkan rabia ni sibuk kan. So apa kata rabia edit header awal-awal untuk kak ana suhana ni.





Inilah header khas rabia edit untuk kak ana suhana. Jomm pergi terjah blog beliau.. 

Rabia harap kak ana suka lah header rabia buat untuk akak ana.Hehehe.. Sorry ya..Rabia tak creatif sangat create header blog ni. Rabia baru je belajar cara nak buat header blog.

Rabia harap kak ana suka.. Tahniah kak ana suhana. Congrats to you.

Alhamdulillah makin ramai yang sudi berkomen-komen di blog rabia ni. Makin ada peningkatan lah blog rabia ni. Nanti u all rajin-rajin kan lah diri tu untuk berbalas komen di blog rabia ya.

Nanti rabia edit semua header untuk korangg semua.. Thank you u all. U all memang betul-betul supporter rabia.. Luv u .

Lepas tu Rabia design header untuk abam kie. Dia request pula suruh Rabia create header untuk dia. 




Ahad, 6 Oktober 2019

Hadiah contest dah sampai

Oktober 06, 2019 18 Comments
Assalamualaikum semua. Hadiah contest dah sampai.Rabia baru habis class. Lepas tu Rabia call my mum. Nak suruh ayah ambik kan Rabia. Lepas tu my mum kata ada hadiah sampai ni. Umi nak buka bungkusan tu. Tapi ayah cakap biar Adawiyah buka sendiri lah.

Rabia balik je rumah terus pergi koyak kan parcel tu. Dengan gigihnya dan happy melihat bag yang begitu cantik.



Blink-blink beg diaaa ni. Segan aku nak pakai masa wedding my saudara nanti. Heheh. Mesti kalau Rabia pakai pergi wedding ni. Semua pakat melihat dekat beg ni kan.

Lawaaa sangat beg ni. Alhamdulillah rezeki menang contest lagi. Rezeki aku dengan contest je .

Dah berapa banyak beg dah aku dapat ni. Alhamdulillah rezeki aku dapat beg cantik ni.

Akan ku simpan beg ni sampai bila-bila. Inilah dinamakan rezeki tak pernah salah alamat. Rezeki jodoh je tak muncul lagi. Hehe. Maybe aku memilih jodoh yang terbaik untuk aku.

U all follow lah Instagram beliau . @aeffy.co

Nanti kalau contest lagi. InsyaAllah akan ku join okeyy?

Bukan senang nak menang beg ni. Susah nak dapatkan beg lawaaa ni. Berapa kali Rabia tag nama orang ni dekat Instagram. Heheh. Nasib kita tag nama orang yang suka join contest je.

Rezeki aku kali ni dapat handbag. Lepas ni rezeki apa pulak ya? Rezeki dapat menang apa pulak lepas ni ? Stay tuned guys. 

Sabtu, 5 Oktober 2019

Breakfast kfc

Oktober 05, 2019 9 Comments
Assalamualaikum semua. morning. kitaorang plan nak makan pagi di kfc depan stesen bas Kuala Terengganu.

Makan set Nasi Lemak Ayam KFC dengan cheese wedges. Alhamdulillah kenyang perut. Ayam nya pulak besar. Ada sisa-sisa ayam tak habis tu. Rabia bawa balik bagi makan dekat anak-anak kucing tu. Si tompok dan mishai tu. Class kau si tompok dan mishai ya. Tuan kau bagi makan ayam kfc untuk korang ya. Kenyang perut tu nanti.


Lepas tu Rabia order Milo panas je. Tak minum air berais pagi-pagi ni. Tak elok untuk kesihatan. Alhamdulillah kenyang perutku . Thank you ayah sebab belanja makan . Semoga ayah dimurahkan rezeki selalu.

Sebab Rabia dan umi rabia craving sangat nak makan kfc. Sebab tu ayah belanja makan. Setiap kali pergi kfc,Rabia selalu order cheese wedges tu. Sedapp hehe. Suka sangat makan cheese wedges tu.

Macam mana tak gemuk kan? Selalu makan je ni. Berat Rabia sekarang 51.1 kg . Nanti slim lah kalau kurang makan nanti. Kalau kurus susah juga. Rabia ni ada gastrik. Pedih perut ni tahan lapar .

Okeylah sampai di sini sahaja Rabia menulis ya. Assalamualaikum semua.  

Khamis, 3 Oktober 2019

Rezeki aku

Oktober 03, 2019 12 Comments
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah rezeki turun mencurah-curah dekat Rabia .

I menang handbag pulak. Rezeki bercontest. Alhamdulillah syukur kepada mu ya Allah.


Rezeki menang contest bag lepas tu rezeki aku pada hari ini ialah



U all doakan Rabia ya. InsyaAllah aku dapat pekerjaan ini. Dari dulu lagi isi spa8inew ni. Rezeki aku pada hari ini. Dapat jadi pembantu pengurusan murid okey dah .
Aamiin .
Doakan Rabia ya.InsyaAllah berkat doa umi ayah,kawan-kawan ku . Alhamdulillah pelbagai rezeki aku dapat .

Selasa, 1 Oktober 2019

Top pengomen blog Rabia bulan September 2019

Oktober 01, 2019 14 Comments
Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Rabia nak umumkan pemenang header blog rabia pada bulan September 2019.



Pemenang nya ialah kak Aida. Tahniah kak Aida. Thank you kak sebab selalu singgah blog Rabia. Nanti Rabia design header blog untuk akak.

Lepas ni Rabia nak cari top pengomen pada bulan October pula.

Komen banyak-banyak di entry Rabia ya. InsyaAllah Rabia design header blog cantik-cantik untuk u all semua.



Cantikk tak? hehehe..puas cari design tadi ni.. Tahniah akak..hehe..nanti komen banyak-banyak ya.

Tahniah kak Aida.Congrats kak aida..hehehe..aku pula teruja apabila ada yang sudi singgah blog yang tak seberapa cantik ni.