Cari Blog Ini

Ahad, 31 Oktober 2021

Beauti duduk atas meja

Oktober 31, 2021 4 Comments

 Assalamualaikum semua. Beauti duduk atas meja di ruang tamu.



Nasiblah perangai baik . Sebab nya dia dah nak mengawan .

Tips dia nak elakkan dia berterusan mengawan tu . Tepuk belakang punggung dia. 3 hari je biasanya dia buat perangai pelik . Dia bergolek golek dengan aksi muka manja dan berbunyi suara. Meow dia lain macam. 

2 kali dah dia perangai macam tu. Call doctor klinik haiwan. Tanya pasal beauti. Normal ke perangai dia macam tu . Normal je.

Alhamdulillah. Rabia pulak ketawa. Suka tengok gelagat manja diaaa . 

Tapi bila dia perangai macam ni dia tak gigitlah kitaorang. Habis musim dia nanti dia gigit balik kitaorang . 

Bulan 11 ni nak pergi vaksin dia kali kedua pula. Nanti balik umrah rabia sharelah ya .

Rabia nak design secepat mungkin ni header blog . Esok 1 november 2021 dah . 

Sabtu, 30 Oktober 2021

Beauti in the basket

Oktober 30, 2021 5 Comments

 Assalamualaikum semua. Selamat petang . Beauti in the basket tajuk hari ini. 

Beauti bukannya 24 jam tinggal dalam sangkar ya 😊. Ada waktu kurung dia dalam sangkar sebab waktu tu dia makan minum dalam sangkar tu. Dan waktu tidur .

Kami lepaskan dia di bilik tidur , ruang tamu. 

So follow instagram beauti ya jika nak tahu lebih lanjut lagi. 


beauti_com_my instagram dia .

Hari ini lepaskan dia. Dia dah makan minum dan buang 💩 dah. 



Hahahaha . Rabia tengok dia kelakar la pulakk . Dia masuk sendiri ya dalam basket tu.

Makin hari makin kelakar tengok dia .

17/11/2021 ni vaksin kali kedua pulak. Nanti nak tengok berat dia pulak.

Alhamdulillah dia sihat tak ada penyakit apa apa pun . Syukur sangat.

Dalam beberapa hari ini dia perangai pelik sikit. Biasakan dia suka mengigit . Sampai luka dan berparut . Semalam dia bertemu dengan kucing jantan dekat luar tu. Tulah perangai dia lain macam sikit . Agaknya hati dah ada taman la tu.

Dia macam tahu je rabia sekeluarga nak tinggalkan dia . Sayu je hati rabia ni. Dalam beberapa hari lagi . Menghitung hari rabia sekeluarga akan menjejaki ke tanah suci 🕋 pada 6.12.2021 - 18.12.2021. 

Beauti akan tinggal di hotel khas untuk dia. 

Gambar ni kena photobook ni atau pun cuci gambar. Banyak lagi gambar dia dalam phone rabia ni.

Jumaat, 29 Oktober 2021

94 % baru kemas

Oktober 29, 2021 7 Comments

 Assalamualaikum semua. Selamat petang. Baru selesai kemas . Brush makeup masih tak cuci lagi. Nanti nanti cuci. Kan senang jika beli alat mesin brush makeup . Nama apa ya . Lupa pulak . 


Teddy bear hadiah surprise giveaway by kak ain blogger . Huhu. Comel kan. 

Sekali dengan kotak pink bawah tu. Huhu. Kak aien blogger bagi.

Bunga pulak menang giveaway di Facebook . 

Bekas jam tu umi beli di shopee umi. 


Tadaaaa ✅ Siappp mengemas ke ? Brush makeup jelah tak masukkan ke dalam organizer tu . Nampak tak rak bawah tu kosong lagi.

Ada kerongsang tu rabia letak dalam organizer tu . 

Okeylah brush makeup jelah tak cuci cuci lagi . Bab brush makeup la malassss nyaaa 🥴 . Nak cuci. Nak jemur pula brush makeup tu nanti . 

Biar kering. Memang macam tulah biasanya rabia buat. Basuh brush makeup .

Clean my room ✅

Oktober 29, 2021 7 Comments

 Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Pagi pagi ni dah berpeluh dah. 

Kemas bilik tidur . Menyapu , brush makeup rendam dulu dengan sabun dan air. Nanti basuh. 

Beauti peneman rabia la . Ajak je dia masuk bilik rabia. 

Bukan kurung selalu 😊. Ada waktu kena kurung. 


Settle kemas ✅

Buang debu ✅


Okey meja solek pulak nak dikemas nyaaa 😫 Fuhhh nasib baik my cat temankan rabia. 


Makeup organizer nak kena basuh . Berdebu nyaaa 😫.


Masukkan sabun sikit dan masukkan air 

Biarkan jelah seketika. 

Nanti basuh. 

Brush makeup pun basuhh rendam dalam baldi. Letak sabun letak air.


Produk / makeup letak di atas kerusi dulu.

Sementara menunggu time nak basuh makeup organizer dan keringkan nanti.

Lepas tu rabia menyapu bilik . Fuh debu dan rambut rabia la banyakkk nyaa.

Ni baru lepas makan ni. Nak rehat sekejap . Nanti naik bilik. Settle basuh brush makeup dengan makeup organizer pulak .

Beauti ada dimana sekarang ? Ada diluar . Duduk temenung melihat burung la tu. Tempat favaourite dia dah situ. 


Tengok je rabia nak dekati dia. Terus dia nak turun 😊.

Nak ikut rabia pergi mana la tu. Sukalah dengan dia ni. Suka ikut rabia pergi mana mana. Rabia pergi kedapur , dia ikut kot belakang . 


Khamis, 28 Oktober 2021

Beauti play at outdoor

Oktober 28, 2021 6 Comments

 Assalamualaikum semua. Beauti main dekat luar tadi .

Lepas tu hujan 🌧🌧🌧 Masukkan beauti kedalam rumah.



Melihat apa tu ? 


Dia minum air diluar ni . Kami sediakan air . Berus gigi tu lah gosok badan dia masa dia kecil dulu. 
Ada kutu. Alhamdulillah check check dah tak ada kutu dah. 



Rabia ambil fish toys dia. Dia menghidu pulak fish toys tu . 
Mesti dia pelik kenapa tak boleh makan ikan ni 🤔. 


Baru tahu cara nak tukar background telegram chat

Oktober 28, 2021 2 Comments

 Assalamualaikum semua. Rabia baru tahu cara nak tukar background chat di telegram tu.

Meh rabia share caranya ya.


Mula mula buka telegram . Dan pergi ke chat settings .


Step 2 akan keluar macam ni .



Step 3 keluar macam ni . Nanti la rabia tengok nak pilih wallpaper mana huhuhu. 

Saja jelah nak godek godek ni . Nak belajar. 
You all ada telegram bolehlah try buat ni .
Telegram memudahkan nak send file kan. 



Rabia dah cuba tukar wallpaper ni . Jadiilahh . Yang ni guna yang dah sedia ada je. 
Tenang je. 

Beauti masuk rumah tiada penghuni

Oktober 28, 2021 3 Comments

 Assalamualaikum semua. Bebaskan beauti. Dia ikut kami naik tangga. Pergi main situ sini. Setiap bilik dia jenguknya.

Last last dia main dekat atas rumah rabia ni. Pergi masuk rumah tiada penghuni . Luluh semangat 😫. 

Misi menyelamatkan beauti . By the way , Rabia tinggal di kawasan perumahan. So mesti yang tanya kenapa tak bebaskan beauti ? 

Rabia bebaskan je. Sampaikan dia masuk rumah jiran . So kita kena jaga hubungan sesama jiran. Membela kucing tak salah. 

Adab berjiran juga kena jaga awak semua . 

Kalau tahi kucing kita berak rumah jiran , kita kena basuh tau .


Alahai beauti kenapa masuk rumah orang ni . Nasib baik rumah ni tiada penghuni duduk kan.

Rabia ambil tali skipping . Buat main main dengan dia. Lepastu rabia tinggalkan dia sekejap . Lepas tu kembali semula. Dia dah masuk ke rumah rabia dah. Ayah main dengan tali skipping tadi. Dia panjat tali skipping tu . Naik masuk kedalam rumah. 

Dah kurung dia dalam sangkar dah. Petang nanti kita main ya beauti. Lepaskan balik dalam rumah . 

By the way , komen banyak banyak ya. Entry yang ada dalam blog ni. Nak cari top pengomen secepat mungkin bulan baru nanti. 
Makin banyak komen makin naiklah nama nanti tu .

Beauti dah bangun tidur pagi ni

Oktober 28, 2021 4 Comments

 Assalamualaikum semua. Beauti bangun awal pagi tau . Lepas umi dah bersihkan dia , bekas dia 💩 tu. Kencing sekali. Rabia letakkan air kosong dalam cawan dia. Umi letakkan makanan dia. Bagi dia makan minum dulu. 

Lepas tu rabia dukunglah dia masuk ke bilik Rabia. 



Gambar first : Dia sedang berehat

Gambar second : Beauti sedang mandi

Gambar third : Favorite dia suka duduk dekat tingkap 😆.

Asal masuk bilik rabia, Tempat tu lah dia masuk nya. Dia masuk sendiri tau . 

Bukan rabia ambik dia letak dekat situ . Bukan . Dia sendiri yang masuknya.

Dia suka melihat burung burung diluar sana tu . Sebab tu dia duduk di tepi tingkap tu.

Agaknya dia buat apalah tu gambar third tu. Membersihkan tubuh dia la tu .

Okeylah biar dia berada di dalam bilik rabia dulu

 Kalau pagi pagi lepas dia dah settle 💩 kencing tu barulah boleh ajak dia main masuk dekat ruang tamu. 

Tapi time nak solat kami terpaksa la kurung dia seketika . 

Lepas tu lepaskan dia balik macam biasa. 

Jemputlah follow instagram beauti ni. 

Followers dia ramai dah. Rabia create awal awal dah instagram dia . 

Nak tahu perkembangan dia dari kecik hingga la besar sekarang ni follow la sekali ya.


Beauti ni kucing terbiar ya. Mak dia ada tapi tak nak jaga dia dah. Mak dia tengok dia pun buat tak tahu je. Letak beauti depan depan mak dia dah. Mak dia lari . Nak tahu sebab apa beauti ada dengan kami? Kenapa kami jaga dia. Boleh terjah Instagram beauti. Boleh baca ya. Rabia dah ceritakan tau . 😊. 

So kesian la dia. Kalau tak cara ke dia. Lama dah dia mati .

Anyway , komen entry rabia banyak banyak ya . Memang ada 13 k lebih la entry rabia but boleh pergi dekat blog archive rabia tu . Click satu persatu . Nak komen. 

Next month rabia nak design header untuk bulan September 2021. Awal bulan la biasanya rabia design . 

Instagram beauti : beauti_com_my 

Follow okey 😍. 

Rabu, 27 Oktober 2021

Beauti main hari ini

Oktober 27, 2021 5 Comments

 Assalamualaikum semua. Rabia lepaskan je beauti ni. Maybe ada yang tak terbaca entry lama lama di blog ni.

Kurung dia dalam sangkar tu . Waktu tu dia nak makan minum dan tidur 😊. 


Dia main fish toys rabia beli di shopee dulu ❤.


Board Scratch Cat 😍. 

Rabia lepaskan dia petang ni . Lepas tu dia terus pergi ke ruang tamu cakar kerusi 😬. Umi rabia tanya . Sebelum lepaskan dia , tak bagi dia cakar board scratch cat ? 

Rabia lepaskan dia terus. Terus dia pergi ke ruang tamu . Lepas tu rabia ambik dia balik.

Bawak pergi ke dapur. Main dulu scratch cat tu. Sebab tu ada gambar rabia snap tu .

 Rabia lepaskan la dia ni. Kesian la dia kalau tak bebaskan. 

Okeylah rabia nak tengok dia bermain dengan umi ni. Main bola kertas la pulak . 


Sumosauna

Oktober 27, 2021 2 Comments

 Assalamualaikum semua. Selamat tengahari. 

Rabia nak promote sahabat rabia menjual sumosauna , sumo flask dan sumo diffuser dan banyak lagi la .























Sumo flask RM 59 

Apa sahabat Rabia menjual ? 

Antara nya adalah : 

✅ Sumosauna

✅ Sumo diffuser 

✅ Sumo flask

✅ Sumo towel 

✅ Sumo bath

✅ Sumo step 

✅ Sumo selipar sauna 



Ini video nya ya . So jemputlah WhatsApp nombor tersebut ya. 

Nak beli apa ikut citarasa anda semua .

Rabia hanya menolong promote business sahabat rabia ini . Semoga dilimpahkan rezeki sahabat ku dunia akhirat 🤲🏻❤ Aamiin.