Jumaat, 30 Mei 2025

Jalan makan angin di ktcc mall

 Assalamualaikum semua. Rabia sajalah jalan jalan makan angin di ktcc mall Kuala Terengganu. 

Pergi jalan jalan dengan sepupu. 








Mula mula masuk order strawberry cheese. Sedap . 

Lepas tu pergi dekat food court aras 3 makan makan nasi putih telur dadar dan sup ayam jelah. Sebab my favourite tuu . 

Nak makan masakan panas. Semalam baru makan nasi goreng kampung 🤣. 

Hahaha

So order la nasi putih sup ayam telur dadar sedapp. 


Selasa, 27 Mei 2025

Hadiah sempena hari guru

 Assalamualaikum semua. Baru unboxing hadiah hari guru. Banyak nya hadiah . Terima kasih kepada ibubapa dan anak anak didik cikgu bagi hadiah. Rare hadiah hari guru tahun 2025 ni . 


















Ahad, 25 Mei 2025

Nasi goreng untuk bekal ke tempat kerja

 Assalamualaikum semua.. Rabia masak nasi goreng untuk bawa bekal pagi tadi . 










Alhamdulillah sedap rabia masak kan . 

Guna tomato kecik tu . Bukan cili merah ya . 


Cherry tomato sedap. Rabia masak nasi goreng putih hari ini first time la try masukkan cherry tomato tu. Tersangatlah sedap . 

Nak goreng ayam kfc homemade  pun tak  sempat la . 

Lama kan tak tengok rabia masak masak kan . 


Jumaat, 23 Mei 2025

Tea lipton

 Assalamualaikum semua. Pergi mydin tadi. Beli tea lipton rm 12.99 . 

Free tote bag . Rabia suka kumpul tote bag nak pergi beli mana mana senang nak masukkan barang contoh beli barang keperluan kan rabia tak guna plastik dah. Masukkan je dalam tote bag . 






Nampak banyak ni je shopping tapi harga boleh tahan keras juga la . 

Hehehe. Esok pergi mydin pula. Umi nak makan buah betik yang telah dipack kan tu . 


Gaji masuk

 Assalamualaikum semua.. Keluar dengan sepupu hari ini. Pergi beli barang .. 

Ambik duit gaji . 

Sentiasa bagi duit kepada umi dan ayah 😍. 



Doakan rabia dimurahkan rezeki sentiasa. Boleh membahagiakan umi dan ayah 😍. 

Aamiin. 


Doakan rabia kaya berjaya ya. 

Khamis, 22 Mei 2025

Foodpanda

 Assalamualaikum semua. Semalam balik lewat. So rabia lapar kan. Order foodpanda jelah . 



Alhamdulillah sedap... 

Sambil makan sambil menulis. Last last habis dah makan. 


Gaji masuk

 Assalamualaikum semua. Alhamdulillah gaji dah masuk dah. 


Alhamdulillah syukur 😍😘

Doakan rabia ya semoga kekal semangat bekerja di bidang awal kanak kanak ni . 


Rabu, 21 Mei 2025

Shopping

 Assalamualaikum semua.. Shopping peralatan alat tulis dan kertas kajang , pembaris , dan marker dan ada lagi lah barang nya. 



Shopping peralatan untuk kursus dan sajalah nak beli peralatan pembaris tu .. Pembaris asyik hilang je 😀

Rabia minat sungguh dengan capybara kann. 


Selasa, 20 Mei 2025

Zus coffee food panda

 Assalamualaikum semua. Selamat malam . 

Balik lewat malam lagilah. Biasalah kursus kan. 

So rabia order la zus coffee ni .

Sambil menulis dan minum la iced white peach oolong milk tea. 




😀😍😘 Sedap sedap .... Heee.. Kelmarin order foodpanda dah. Malam ni order lagilah . 


Isnin, 19 Mei 2025

Order nasi goreng biasa foodpanda

 Assalamualaikum semua... Balik lewat je dari kursus ni . 

Balik rumah order foodpanda lah. Di tempat kursus disediakan makan pagi tengahari petang. 

Tapi petang tu rabia biasa bagi kepada yang memandu grab dan maxim la . 



Sedappppp.... Alhamdulillah  🤲🏻😊 Oklah rabia nak makan sambil menulis rpa. 

3 rpa kena hantar esok pagi.