Sabtu, 29 November 2025

Edit video di youtube

 Assalamualaikum semuaaa .Pagi tadi sempatlah rabia rakam video vlog peralatan makeup di atas meja solek rabia .

Edit guna aplikasi capcut sahaja .

Rabia lama tak record video kann .

So hari ini upload la video di youtube .


Bukannn senang nak edit video ni .

Edit pula guna phone .

Snap picture dulu...Rakam video .edit lagi .Upload di youtube ambil masa juga nak tunggu diuploadkan tu .

Bukan mudah jadi seorang youtuber.






Jemput tengok youtube rabia ya .

Terima kasih sudi menjenguk blog rabia dan youtube channel rabia .


Jumaat, 28 November 2025

Faycy eyeshadow rm 15

 Assalamualaikum semuaa .Kelmarin beli la eyeshadow faycy ni rm 15 sahaja .Rabia QR jelah .Mama dia cod di taska rabia .





Rabia suka pakai eyeshadow kan .

Nanti dah pakai rabia tunjuk ya .

Warna dia soft je...Sebab tu rabia beli .

Rabu, 26 November 2025

Making tomyam ayam

 Assalamualaikum semuaaa ..Rabia masak malam ni la ikan tenggiri kunyit .Fried chicken  dan tomyam ayam .


Bahan bahan tomyam ayam ni .

Ikan tenggiri goreng kunyit 




Tomyam ayam .

Siap masak untuk bawa bekal esok .

Rabia biasanya masak malam la .Kalau tomyam atau sup ayam masak pada waktu malam .

Nasi goreng je rabia akan masak pada waktu pagi .


Nasi goreng putih

 Assalamualaikum semuaaa..Rabia masak nasi goreng pagi tadi untuk ayah makan dan bawa bekal ke tempat kerja .

Telur dadar,chicken popcorn ada.Tapi tak sempat nak snap gambar la. 

Sedappp.Balik kerja masih Ada lagi nasi goreng so rabia makan la habis licin .Ayah pun Suka nasi goreng rabia masak ni .Sebab banyak Sayur la .

Rabia masukkan bawang merah bawang putih lobak merah , bebola ikan ,sawi .

Ahad, 23 November 2025

Sabtu, 22 November 2025

Cucur bawang

 Assalamualaikum semuaaa ... Petang tadi rabia goreng cucur bawang ...

Untuk makan petang ..


Makann begitu sahaja .... Sedappppppp.Ayah pun makan jugaa..

Sedappp nikmat rasanya.Guna tepung adabi cucur bawang....

Sedappp...Best makan niii ...Rajin pula rabia masak petang ni .

Kenduri kahwin

 Assalamualaikum semuaaa .. Hari ini rabia pergi kenduri kahwin anak jiran .Ayah dia taukey kedai nasi permata yang selalu rabia tempah untuk makan raya tu .

So kenduri kahwin anak dia pun dia hidangkan nasi permata ayam merah,daging gulai .Rabia makan nasi permata ayam merah la.

Hari ini hujan..



Ada keropok keping,kopi , tuala , coklat.

Pagi tadi pun keluar .Pergi makan pergi sabasun beli beras .

Balik rumah tidur sekejap .Pukul 11 lebih baru pergi kenduri kahwin .


Jumaat, 21 November 2025

Baki dalam bank

 Assalamualaikum semuaa..Kelmarin boleh gaji.Itu duit baki dalam bank .Alhamdulillah .Gaji rabia rm 1,800 .


Hari ini dah ambil duit .Esok nak beli dan bayar di 7eleven laa .Ada beli dalam shopee tu .


Khamis, 20 November 2025

Kiki & black

 Assalamualaikum semuaaa ..Ada rezeki lebih rabia kongsi makanan dengan kucing terbiar ni.

Rabia bawa balik ikan aye dalam nasi kunyit tu sebab rabia tak makan resdungg . Dan ada ayam dalam peti jadi rabia bagilah dekat mereka makan .


Kesian mereka lapar musim hujan hujan ni lagilah lapar kann .

Ada rezeki kongsi dengan kucing ni .

Kiki tu biasalah naik atas atap rumah rabia .

Sabtu ni la nak bersihkan halaman belakang rumah tu .

Rabu, 19 November 2025

Nasi goreng butter

 Assalamualaikum semuaaa .Balik kerja solat asar lepas tu rabia masak nasi goreng butter la.

Sedappp .Letak mentega, telur 1 biji dan sawi , nasi , bebola ikan .Kacau kacau .Sedappp .


Sedappp ...Balik kerja pun still masak lagi.Cuma esoklah rabia off sehari memasak .

Nampak meriah kan nasi goreng rabia tuuu .

Rajin rabia masak kan ..

Selasa, 18 November 2025

Telur masak sos

 Assalamualaikum semuaa ..Rabia masak telur masak sos untuk bekal esok .Tapi dah masak la malam ni .

Esok shift 7.30 pagi .

So nasi putih dah masak malam ni .

Senang prepare awal awal .

Esok mesti bangun nak dekat azan subuh .Rabia tak berapa sihat ni .

Tapi gagahkan diri untuk masak juga .


Goreng telur 1 biji 

Masukkan 1 ulas bawang putih bawang merah,sos cili 4 packet kecik tu .

Sos tiram sikit.Kacau dan masukkan sedikit air .Kacau kacau masukkan telur yang telah digoreng kan tadi .Siap.

 

Ahad, 16 November 2025

Masak malam ni untuk bekal esok

 Assalamualaikum semuaaa ...Malam ni rabia masak telur dadar, chicken popcorn Dan tomyam ayam .


Bahan :

1 biji Telur 

1 ulas bawang merah 

Daun sup 


Chicken popcorn 

Serbuk cili 

Tepung bon chef 

Ayam potong kecil 

Rabia curahkan je semua serbuk ni .




Gaulkan kesemuanya .

Dan goreng .


Ayam potong kecik

Kiub tomyam 

Lobak merah 

Sawi 

Bebola ikan 

Bawang merah 

Bawang putih 

Daun limau purut 


Specialnya tomyam rabia ...Rabia masukkan Bebola ikan .

Nasi putih masak dah ...Esok panaskan jelah nasi dan tomyam ayam ni.


Sabtu, 15 November 2025

Cengkihs

 Assalamualaikum semuaa ..Rabia makan di Cengkihs tengahari tadi .

Rabia order nasi putih tomyam .Ayah makan nasi goreng ayam buttermilk .






Air suam jeee lah kitaorang order ya .

Overall semua sedap .

Khamis, 13 November 2025

Beli hadiah birthday untuk my twin

 Assalamualaikum semuaa .Rabia belikan hadiah untuk my twin.

Birthday dia samalah dengan rabia .21.12 ni.Tapi rabia sajalah beli hadiah awal.

Comel kann .




Cantikkkkk kan..Alhamdulillah my twin sukalahhh ..

Next siapa pula dapat hadiah nantiii ? Rabia pula berkenang plushie tu.Cute Sangat .

Roti payang

 Assalamualaikum semuaaa ... Rabia dan ayah pergi makan petang tadi .Rabia order nasi beriani ayam gulai 2 pinggan tauuu .Sebab lapar dan sedap sangatt .Roti payang kongsi dengan ayah .

Alhamdulillah dapat makan juga Nasi beriani ayam gulai dan roti payang .







Rabia order tea o suam

Ayah macam biasalah order roti payang kuah kacang dhal dan air kosong jelah .

Rabia order nasi beriani ayam gulai la .

Sedappp ..Lama tak makan petang di kedai ni .


Rabu, 12 November 2025

Nasi goreng putih

 Assalamualaikum semuaaa .... Hari ini masak nasi goreng putih ..


Letak bebola ikan ... Lobak merah .. Daun sup .Tomato kecil .

Sedappp ..


Goreng ayam kfc homemade..Bebola ikan goreng .

Nanti nak makan Petang la pula .Ada lagilah nasi goreng ini .Sedap rabia masak .


Selasa, 11 November 2025

Nasi goreng putih

 Assalamualaikum semua .Kelmarin masak nasi goreng putih .

Letak la fishball , carrot , daun sup tu .Dan tomato kecil .




Goreng keropok keping,keropok mony .

Sedappp .

Esok rasa nak masak nasi goreng butter je.

Kalau suka nasi goreng macam ni la .


Sabtu, 8 November 2025

Ayam kurma

 Assalamualaikum semuaaa ..Malam ni rabia masak ayam kurma .

Untuk bekal makan tengahari dan untuk ayah makan esok .


Rabia letak daun sup , tomato kecil,bawang merah,bawang putih .

Siappp masakkk .Esok shift awal pukul 7. So nasi putih pun dah masak malam ni .

Esok pack dalam bekas jelah .