Cari Blog Ini

Rabu, 30 April 2025

Surprise untuk umi

April 30, 2025 2 Comments

 Assalamualaikum semua. Rabia beri surprise la dekat umi . 

Rabia beli bunga cantik sangat . 

Kad tu rabia tulis di mesej tu. 







https://my.shp.ee/3Mq3UoT

Cantik kan ? 

Umi tanya juga beli apa lagi parok duit 😀

Takapalah untuk bagi naikkan semangat umi. Nak kasi surprise dekat umi. 

Nak cipta kenangan juga . 



Food panda lagi

April 30, 2025 2 Comments

 Assalamualaikum semua .. 

Order food panda lagi lah. 

Pagi tadi ayah beli nasi lemak . Makan sebungkus tu tapi lauk ikan kan . So baki tu rabia bagi makan dekat burung atau kucing la. 

Hari ini rasa nak makan a&w la . 

Ayam spicy dengan nasi aroma nya . 





Macam biasalah .. Ada 3 kotak lagi air kotak laici ni. Rabia bagilah dekat runner ya. 

Alhamdulillah runner cakap semoga dimurahkan rezeki awak. Aamiin2 




Nak makan dulu ya.. 

Pedas ayam. 

Spicy kan. 


Selasa, 29 April 2025

Nasi kerabu ala thai food panda

April 29, 2025 5 Comments

 Assalamualaikum semua.. Rabia order nasi kerabu ala thai pula di food panda. 

Kalau macam ni hari hari kena order food panda. 

Yalah umi rabia tak masak dah. Rabia nak masak pun ayah tak bagi . Sebab nak jaga umi lagi kan . 

Dahlah minggu depan kerja ahad tu. Isnin sampai bulan 6, kursus. Aci tak nak minta cuti lagi ni ?  Tengok kondisi umi pun tak duduk lagi. Baring je atas katil . 




Macam biasalah rabia berikan air kotak laici kepada runner ya . 



Sedap nasi kerabu ala thai ni . 

Beli di food panda pula hari ini . 

Esok beli apa pula ya ❤️ 

Sedap juga sebab pernah beli la . 


Isnin, 28 April 2025

Pak awi nasi ayam

April 28, 2025 2 Comments

 Assalamualaikum semua .. Order pak awi nasi ayam. 

Ada sayur pak choy 

Pai tee ni first time nak cuba la






Sedap cuma sayur pak choy tu masin sikit je. 

Overall yang lain ok je. 

Air kotak laici saya bagi dekat runner la. 

Bekas packaging dia cantik so saya nak simpan la . 

Hari hari order food panda ni nampak gaya nya. 


Total rabia shopping di shopee

April 28, 2025 3 Comments

 Assalamualaikum semua. Banyak betul rabia shopping di shopee kan. 

Rupanya boleh tengok di shopee rewards berapa jumlah kita shopping tu . 

Rabia tengok sepupu rabia punya tadi. 

Lepas tu try tanya dia pergi dekat mana nak tengok . 

Senang je rupanya . 




Inilah hasil rabia shopping ya. Banyak betul rabia shopping . 

Banyak kannn ❤️ Shopping . Nanti nak shopping pula . 

Best shopping di shopee ni. 



Ahad, 27 April 2025

Nasi goreng pataya food panda

April 27, 2025 2 Comments

 Assalamualaikum semua.. Makan tengahari ni rabia order nasi goreng pataya jelah. 

Rabia bagi air kotak perisa kundur satu untuk rider . 




Sedap cuma tak ada sos. 

So rabia ambik jelah sos cili life dalam peti tu. 

Kalau ayah memang tak bagi rabia kerap sangat makan sos cili ni. 

Katanya tak bagus untuk kesihatan . 

So rabia makan dulu ya. 


Sabtu, 26 April 2025

Baju tidur shopee

April 26, 2025 3 Comments

 Assalamualaikum semua. Rabia beli baju tidur di shopee tau. Masa duduk dekat wad pun banyak baju tidur rabia bawa tau. 

Ni beli yang baru la pula untuk pakai di rumah. 

Kebanyakkan baju tidur rabia kaftan dan pajamas /pyjamas la . 

Ni link dia ya . 

https://my.shp.ee/DySkPhn





Cantik kan ❤️ Nak pakai malam ni lah. Umi cakap cantik . 

Tadi umi kata nak tengok beli apa tu . Lepas tu umi cakap cantik ❤️. 

Tak sabar nak pakai hehe . 

Lawaaa . 


Jumaat, 25 April 2025

Buat kerja rumah

April 25, 2025 7 Comments

 Assalamualaikum semua. Rabia banyak tolong buat kerja rumah . Ayah pun bantu juga. 

Semalam cuci sinki. Dah lama tak cuci . Dah duduk di wad kan hospital. Boleh balik ni rabia buatlah kerja rumah. Umi memang tak boleh buat dah. Biarlah rehat terus la bab dapur tu semua. Biar rabia settel. Semalam cuci sinki even tak makan malam pun . 






Bagi makan dekat burung , cabut rumput , menyapu di halaman belakang rumah , mesin baju . 

Bersihkan toilet bilik rabia. 

Semalam cuci tandas dekat dapur . 

Ada seminggu lagi cuti rabia. Lepas tu kena pergi kursus sebulan lebih juga. 

Harap umi sihat walafiat . 


Khamis, 24 April 2025

Nasi goreng pataya rabia

April 24, 2025 5 Comments

 Assalamualaikum semua... Pagi tadi rabia masak nasi goreng pataya untuk rabia la. Selebihnya untuk ayah makan pula. Dan masak bungkus untuk my lovely cousin. Pasal dia lama dah terliur tengok rabia masak . 












Bahan bahan 

Bawang putih 

Nasi putih 

Telur 4 biji 

Lobak merah 


Alhamdulillah ini feedback from my lovely cousin . 

Heheh terima kasih kak. Nanti boleh la rabia masak nasi lemak pula ke . 


Rabu, 23 April 2025

Berat terkini

April 23, 2025 3 Comments

 Assalamualaikum semua... Balik rumah. Rabia timbang la berat badan ni . 


Naik sedikit jelah ya. Nanti kena naikkan lagi la berat ni. 

Ramai tegur rabia kurus la 😂. Yalah jaga umi sakit kan. 

Makan pun makan sikit sikit gitu jelah . 

Tinggi rabia 147 cm 

Nak kena naikkan lagi berat ni . 

Cuti ctg jaga umi 17/4-30/4

April 23, 2025 5 Comments

 Assalamualaikum semua. Sebelum umi masuk wad. Umi sakit perut luar biasa. Pergi klinik doktor kata gastrik. Dah cucuk pun still tak jadi. 

12/3 masuk wad. Lepas tu balik kerumah. 

29/3/2025 masuk wad. Nak dekat raya dah. So raya pertama tu rabia raya bersama beauti. Ayah tidur di hospital. 3 minggu umi duduk dalam wad. 

Bila diagnosis mula mula tu doktor cakap umi kanser pankreas. Sebelum tu umi memang ada muntah, tak selera makan. Sakit perut luar biasa macam kena toreh dengan pisau katanya. 

Sekarang dah bedah untuk buang cecair kuning. Semasa duduk di wad nampak ketara la kekuningan di muka mata dan badan umi. 

Memang sedih puasa dan raya tahun ni. So rabia cuti tanpa gaji 17/4/2025-30/4/2025. 2 minggu cuti. 

Kalau ikutkan nak cuti sebulan tapi 5/5/2025 rabia kursus sebulan lebih . 

So dah tukar wad perempuan . Rabia la jaga umi dari pagi sampai malam. Nak makan ke rabia pergi beli. Sebab wad perempuan ni tak dibenarkan waris lelaki masuk. 



















So lepas dibedah umi ditukar wad perempuan. So waris lelaki tidak dibenarkan teman tidur bermalam la. Sebab tu rabia minta cuti tanpa gaji 2 minggu tu untuk jaga umi .

Pagi pagi pun rabia pergi beli. Orang sakit ni selera dia lain sikit. Pagi pagi hari umi minta jus sunquick 🤣. Rabia turun pukul 7am pergi cari apa yang umi nak kan tu. 

Walaupun ibu angkat but rabia tetap anggap macam ibu kandung sendiri. 

Boleh bayangkan rabia duduk di rumah menangis sampai bengkak mata . Dekat tempat kerja pun rabia menangis depan kawan kawan. So tak boleh nak cover menangis tu. Biasa boleh tahan. Main bab ibu ni memang takboleh nak cover la. 

Doktor mari tadi beritahu hari ini boleh balik insyaAllah . 

Tapi umi nak naik wheelcair la. 

Ambulans nak hantar ke rumah . 

Yang tu ayah rabia settlekan. 

Hanya rabia akan jaga pemakanan dan jaga umi dirumah. Dah cuti 2 minggu kan . 

. Rinduuu beauti juga. Awak duduk di hotel ye sayang 😥

Sebab tu bulan puasa rabia banyak pergi beli makanan berbuka dengan ayah. Umi tak masak dah tak larat . 

Kesian umii .