Cari Blog Ini

Rabu, 23 April 2025

Cuti ctg jaga umi 17/4-30/4

 Assalamualaikum semua. Sebelum umi masuk wad. Umi sakit perut luar biasa. Pergi klinik doktor kata gastrik. Dah cucuk pun still tak jadi. 

12/3 masuk wad. Lepas tu balik kerumah. 

29/3/2025 masuk wad. Nak dekat raya dah. So raya pertama tu rabia raya bersama beauti. Ayah tidur di hospital. 3 minggu umi duduk dalam wad. 

Bila diagnosis mula mula tu doktor cakap umi kanser pankreas. Sebelum tu umi memang ada muntah, tak selera makan. Sakit perut luar biasa macam kena toreh dengan pisau katanya. 

Sekarang dah bedah untuk buang cecair kuning. Semasa duduk di wad nampak ketara la kekuningan di muka mata dan badan umi. 

Memang sedih puasa dan raya tahun ni. So rabia cuti tanpa gaji 17/4/2025-30/4/2025. 2 minggu cuti. 

Kalau ikutkan nak cuti sebulan tapi 5/5/2025 rabia kursus sebulan lebih . 

So dah tukar wad perempuan . Rabia la jaga umi dari pagi sampai malam. Nak makan ke rabia pergi beli. Sebab wad perempuan ni tak dibenarkan waris lelaki masuk. 



















So lepas dibedah umi ditukar wad perempuan. So waris lelaki tidak dibenarkan teman tidur bermalam la. Sebab tu rabia minta cuti tanpa gaji 2 minggu tu untuk jaga umi .

Pagi pagi pun rabia pergi beli. Orang sakit ni selera dia lain sikit. Pagi pagi hari umi minta jus sunquick 🤣. Rabia turun pukul 7am pergi cari apa yang umi nak kan tu. 

Walaupun ibu angkat but rabia tetap anggap macam ibu kandung sendiri. 

Boleh bayangkan rabia duduk di rumah menangis sampai bengkak mata . Dekat tempat kerja pun rabia menangis depan kawan kawan. So tak boleh nak cover menangis tu. Biasa boleh tahan. Main bab ibu ni memang takboleh nak cover la. 

Doktor mari tadi beritahu hari ini boleh balik insyaAllah . 

Tapi umi nak naik wheelcair la. 

Ambulans nak hantar ke rumah . 

Yang tu ayah rabia settlekan. 

Hanya rabia akan jaga pemakanan dan jaga umi dirumah. Dah cuti 2 minggu kan . 

. Rinduuu beauti juga. Awak duduk di hotel ye sayang 😥

Sebab tu bulan puasa rabia banyak pergi beli makanan berbuka dengan ayah. Umi tak masak dah tak larat . 

Kesian umii . 



5 ulasan:

  1. semoga umi sembuh seperti sedia kala dan dikurniakan kesihatan yang baik. aminnn

    BalasPadam
  2. Semoga mak diberikan kesihatan dan sembuh dgn cepat.. amin

    BalasPadam
  3. Jagalah ibu selagi mana dia masih hidup. Dulu arwah abah saya pun ada masuk hospital, saya bergilir-gilir jaga dengan adik beradik lain. Malam tidur atas kerusi dekat hospital, awal pagi balik, mandi terus pergi kerja.

    BalasPadam
  4. Semoga beroleh syifa utk Umi dan dipermudahkan juga urusan Rabia sekeluarga 🤲🏻
    Be strong & take care ye Rabia.

    BalasPadam