Cari Blog Ini

Isnin, 29 Jun 2026

Nasi goreng

Jun 29, 2026 1 Comments

 Assalamualaikum semua. Pagi tadi dalam pukul 6 lebih sikit la rabia start memasak nasi goreng .

Untuk bawa bekal ke tempat kerja .Dan untuk ayah makan la . 

Balik nanti rabia makan nasi goreng pula. Kalau ada ayam goreng sedap lagi lah .


Nampak sedap kannn ? 

Boleh tengok di tiktok rabia video masakkan rabia 

Rabiahtul Adawiyah 

You all pagi pagi biasa masak ke atau beli je ? 


Ahad, 28 Jun 2026

Belajar buat blog dengan rabia

Jun 28, 2026 3 Comments

 Assalamualaikum semua..Korang tahu kan rabia ada buat kelas online di whatsapp group belajar buat blog dengan rabia .

Lama betul rabia tak mengajar .So malam ni rabia ajarkan cara cara nak start menulis la .

Add image .


Yalah rabia sibuk kerja kan .Dulu hari weekend rabia start la mengajar kelas ni. Sekarang weekend pun sibukk .

Nantilah rabia plan balik nak buat jadual baru hari masa untuk start mengajar ni .

Rabia ajar yang basic je .

Prepare bahan nak masak esok

Jun 28, 2026 0 Comments

 Assalamualaikum semua.. Malam ni rabia siap basuh dan prepare sayur yang telah dipotong dan masukkan kedalam bekas comel ni .Mudah untuk rabia ambil dan campak masuk je dalam kuali kan .


Rabia nak masak nasi goreng je ni .

InsyaAllah dalam pukul 3.30 am gitulah bangun pagi masak nasi goreng lepas selesai masak .Rabia sambung tidur balik .

Rajin kan rabia. Kalau boleh setiap hari nak masak. Tapi ada juga hari malas nak masak .

Nak rasa juga makanan kedai kan .

Tapi bagi rabia jimat bawa bekal .


Sabtu, 27 Jun 2026

Shopping di KTCC MALL

Jun 27, 2026 3 Comments

 Assalamualaikum semua. Hari ini saja pergi jalan jalan dengan sepupu . 

Shopping sakan juga hari ini .

Makan makan di ktcc mall food court . 

Rabia makan nasi goreng pataya .Sepupu rabia makan nasi goreng daging merah .





Alhamdulillah . Dapat juga beli apa yang rabia nak tu .Dan boleh spend time with my cousin 💗

Okeylah rabia nak rehat la pula .

Jumaat, 26 Jun 2026

Foodmania by letops fest terengganu international bike week 2026

Jun 26, 2026 2 Comments

 Assalamualaikum semua. Balik kerja kelmarin. Mandi bersiap siap pergi ke food mania ni bersama rakan sekerja. Lepas tu pergi melawat mak kawan rabia di hospital . 

Masa pergi ke dataran shahbandar Kuala Terengganu ni . Rabia cuci mata je .

Tak beli apa apa pun . 

Sekadar ambil gambar jelah .

Banyak jualan yang dijual . Kopi pun ada,nasi goreng,donut dan banyak lagilah .







Bertumit tinggi pergi jalan jalan tuu .

Esok keluar pergi jalan dengan sepupu pula .


Khamis, 25 Jun 2026

Masak nasi goreng untuk bekal ketempat kerja

Jun 25, 2026 5 Comments

 Assalamualaikum semua.. Rabia sebenarnya tidur je. Tapi mudah terjaga sekarang. So bila bangun tu pergilah ke dapur masak la untuk bawa bekal ke tempat kerja.Memandangkan rabia shift awal minggu ni . Pukul 7 am .



3:54 am dah bangun masak nasi goreng untuk bawa bekal ke tempat kerja .Lepas selesai memasak tu rabia sambung tidur .Bangun tidur azan subuh berkumandang .Siaplah dulu . Turun makan. Dalam pukul 6.40 am rabia keluar dari rumah pergi ke tempat kerja .



Kawan rabia selalu puji bagus la Teacher Adda ni . Entahlah sejak akhir akhir ni mudahlah rabia nak bangun tidur . Mudah terjaga .

Rabia masak nasi goreng untuk ayah juga .Ayah makan yang rabia masak la hari ini .

Sebab tu rabia bercita cita nak kahwin dan lepas kahwin nak jadi suri rumah pula 😁. Tapi jodoh tak sampai lagi. Sentiasa fikir nak rehat dah dari kerja cikgu taska ni .

Tapi kadang fikir sayang nak berhenti kerja .

Nak dapat kerja bukan senang. You all pernah ke bangun awal pagi masak ?

Selasa, 23 Jun 2026

Casing phone sampai dah

Jun 23, 2026 1 Comments

 Assalamualaikum semua. Dah sampai casing phone rabia 💗💚 Cantik kann? Rabia beli di shopee je ni. 

Sajalah tukar casing phone ni .


Link rabia beli di shopee ni 

https://my.shp.ee/LKcdbJoL

Rabia sukalah tukar casing phone ni kan .

Comel kan ? 

In love with this new casing 💗💚😘❤💜

Cantikkkkkkkk . Sukalah tu rabia beli casing baru.

Isnin, 22 Jun 2026

Masak nasi goreng

Jun 22, 2026 1 Comments

 Assalamualaikum semua. Pagi tadi rabia terkejut awal so masak la nasi goreng .

Pukul 3:57 pagi .



Lepas masak tu , rabia bersih kan dulu la apa yang patut .

Masukkan nasi ni dalam rice cooker balik . Rabia panaskan balik . 

Lepas tu rabia sambung tidur . Rabia bangun tengah azan subuh .So rabia bersiap siap la dulu. Pukul 6.40 bertolak dari rumah ke tempat kerja .


Ahad, 21 Jun 2026

Rutin malam ni

Jun 21, 2026 1 Comments

 Assalamualaikum semua. Malam ni rabia masak la . Alaa masak chicken popcorn jelah.

Lepas tu basuhlah sinki pada waktu malam ni .

Kalau boleh setiap hari kena bersihkan tau .

Tapi sebelum goreng chicken popcorn tu, rabia basuh sayur dan asingkan letak dalam bekas comel ni. Sebab esok nak masak nasi goreng je.Esok shift awal kan .



Cuci sinki 

Span untuk cuci sinki lain tau .

Penuh sabun tuu .. Huhuhu..

Letih juga cuci sinki ni tapi rabia happy 💗

You all buat apa malam ni ? 


Sabtu, 20 Jun 2026

Jumaat, 19 Jun 2026

Makan Petang

Jun 19, 2026 0 Comments

 Assalamualaikum semua.. Makan petang cereal la . Honey star dengan susu dutch lady .

Rasa kenyang la .



Makan petang bijirin la dengan susu .

Pergi mydin hari ini tak beli lah numee ayam .

Kena off dulu .

Sedap juga makan macam ni waktu petang. Malam minum air kosong je.

You all makan apa je petang ni ?

Shopping today

Jun 19, 2026 1 Comments

 Assalamualaikum semua .. Hari ini pergi mydin.

Beli barang dapur sikit .


Kitaorang standby bawa beg besar nak disi barang shopping ni .

Petang ni lah baru boleh rehat sikit .Ahad ni rabia cuti. Teman ayah appoinment ke hospital.

Esok pula nak pergi jalan jalan .

Best dapat pergi shopping ni .


Rabu, 17 Jun 2026

Makan makan

Jun 17, 2026 2 Comments

 Assalamualaikum semua.. Hari ini cuti awal muharram . So rabia pergi makan pagi .Lupa nak snap gambar rabia makan bihun soto . Tea o peng wajib la ya rabia minum pada waktu pagi.

Tengahari rabia makan nasi ayam . Hari ini sekali sehari je rabia makan nasi tau .Patutlah malam ni rasa lemah je .Tapi rabia tetap memasak untuk makan pagi dan bekal esok .


Tea o peng ( Minum waktu pagi )



Nasi ayam (Tengahari)

Ada je staff nak bagi kicap dan sambal lada tapi rabia tak makan dah . Makan dengan kuah sup je .

Sejak kerap sakit ni . Jadi jaga makan dah la .

Tapi makan macam tu pun sedap .

Nasi ayam paq pasir panjang ni memang sedap tau .


Isnin, 15 Jun 2026

Nasi goreng

Jun 15, 2026 3 Comments

 Assalamualaikum semua.. Pagi tadi rabia masak nasi goreng la .

Chicken popcorn rabia goreng semalam .

Makan pagi dan bawa bekal ke tempat kerja .




Makan pagi tu chicken popcorn beserta sos cili sikit . Baru rasa sedap dimakan kan .

Rabia ni tak habis habis nasi goreng ya. Tak muak ke ? Takkkk .

Dah favourite kan nasi goreng .

Memang sukalah makan nasi goreng ni .Sebab ayah rabia pun suka makan nasi goreng tau.

Lebih suka nasi goreng putih sekarang .

Alhamdulillah ayah pun suka masakkan rabia .


Sabtu, 13 Jun 2026

Roti bakar

Jun 13, 2026 4 Comments

 Assalamualaikum semua. Petang ni rabia bakar roti jelah.






Sapu dengan marjerin sedap juga .

You all makan apa je petang ni ?

Makan makan

Jun 13, 2026 2 Comments

 Assalamualaikum semuaaa.. Pagi tadi pergi makan roti canai dan nasi lemak .Rabia makan 2 bungkus nasi lemak waktu pagi .

Sebelum tu ootd la dulu ya .

Berbaju kurung 


Anak taukey kedai tu kenal la kitaorang .Siap tanya lagi kerja ke hari ini .Rabia jawab tak kerja .Sabtu cuti . Cantik sokmo dia anak taukey puji 😘 Anak perempuan taukey ni kenal ayah rabia .

TQ kak 😍😘

Mula mula rabia makan nasi lemak ikan bilis satu bungkus dulu .Tengok habis ke tak ?



Alhamdulillah habis .

Makan sebungkus lagi .


Tak habis dahh 



Roti canai makan dengan ayah .Kongsi .Sebab ayah yang makan roti canai ni . Lepas tu rabia terliur la pula nak makan roti canai ni . Ayah kata ambiklah sikit . 

Cicah dengan kuah kacang dhal .Sebab tak boleh makan kuah kari .



Ayah minum air suam 

Rabia minum tea o peng .


Padang Negara Kuala Ibai Kuala Terengganu 📍

Jumaat, 12 Jun 2026

:(

Jun 12, 2026 3 Comments

 Assalamualaikum semua. Teruk juga resdung rabia sampaikan makan paracetamol petang tadi..

Sebabnya rabia goreng cucur bawang je.. Lepas tu tiba tiba mari sakit dekat lelangit. Lepas tu resdung sampai berair hidung dan mata, Dan bersin non stop.

Lagi lagi makan tak berpantang. Kelmarin makan kuah gulai ikan aye nasi kuning, Apalagi boleh sakit lah.

Bila makan ubat ni automatik mengantuk laaa... 


Harap tak melarat lahhhhh.... Dahlah ahad ni kerjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,,,,,,,

Dengan memulas perutnya angin satu badan.. Apalagi sapu minyak jelah..


Oklah rabia nak solat isyak lepas tu nak settel kerja rpa lahhh... Esok nak keluar .. Beli barang dapur sikit..

Goodnight la korang... Jaga diri ya korang semua..