Cari Blog Ini

Khamis, 30 April 2026

1 May 2026

April 30, 2026 3 Comments

 Assalamualaikum semua. Esok 1 May 2026 .Sekejap je masa berlalu kan .

Pejam celik pejam celik dah dah masuk bulan baru .Bulan May (Bulan 5 ) Sekejap je masa berlalu .

Umur kita pun dah makin berusia .

Banyak nak capai lagi dalam hidup ni .

Semoga tercapai la impian rabia .


Esok cantik tariknya kan 1.5.2026 😍

Cuti 2 hari .Ahad kerja pula .

Habiskan masa dengan kerja jelah .

You all ada plan apa esok ? Rabia nak masak nasi ayam je . 

Pagi tu jelah selepas solat subuh keluar cari kuih muih je untuk makan pagi. Nasi ayam tu nak masak untuk makan tengahari .Nanti rabia upload video di youtube /tiktok ya .


Rabu, 29 April 2026

Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0

April 29, 2026 6 Comments

 Assalamualaikum semua.. Jomlah support kawan blogger rabia ni mengadakan GIVEAWAY yang menarik tau. Ada hadiah best ni. Mana tahu kan rezeki korang menang sampul raya kan..

Jomlah bergiveaway..



Rabia nak sampul raya pokemon lah.. Berkenang pula tengok sampul raya pokemon ni. Rasanya zaman kecil dulu pernah tengok drama kartun pokemon ni ..Huhuhu..



Cuteee je sampul raya ni.. Color yellow pula tu.. My favourite color ni. Goodluck ya semua. 


Hadiah adalah Sampul Raya Anime Dan Sampul Raya Labubu.

Pemenang adalah secara lucky draw.


SEMUA RAKYAT KELAPA DIJEMPUT HADIR!

Walaupun Syawal sudah pon menghilangkan diri,
Tapi beta tetap berbesar hati,
Menghadiahkan sampul raya cantik ini,
Buat rakyat kelapa yang sudi sertai.


Nota Diraja : Jangan lupa tulis di entri, sampul raya yang mana paling kalian berkenan?

Isnin, 27 April 2026

Special gift from me

April 27, 2026 4 Comments

 Assalamualaikum semua.. Birthday kawan rabia hari ini . So rabia belikan hadiah bunga la.


😍😘😍😘😍😘 Sweet tak dapat kawan macam rabia ni .

Setiap bulan la kawan sekerja rabia dapat hadiah birthday from rabia .

Next birthday siapa pula ya ? Rabia sedang mencari hadiah juga ni .

Sabtu, 25 April 2026

Rabu, 22 April 2026

Beli kasut baru

April 22, 2026 2 Comments

 Assalamualaikum semua..Rabia beli kasut baru. Kasut tumit tinggi .

Rabia kan rendah .So pakai tumit tinggi ni nampak tinggi la.

Nak keluar pakai pergi cafe la jumaat ni .



Cantikkk. Try catwalk sekejap tadi .

Cuma pakai kasut macam ni jalan sekejap je takapalah .

Kalau jalan tempat jauh jauh rabia pakai kasut la .Kasut sukan .


Jumaat, 17 April 2026

SHOPPING TODAY

April 17, 2026 1 Comments

 Assalamualaikum semua.. Rabia dapat gaji kelmarin..Hari ini pergi shopping dengan ayah.. 

Pergi ambik gaji di bank,,

ESOK PERGI PEJABAT POS LA BAYAR PTPTN ..

Banyak juga shopping hari ini ..

Pergi mydin je.


Beli juga stock frozen .Petang ni la goreng roti canai frozen tu... Untuk makan petang..

Nanti lepas zohor solat nak rehat la.. Lepas asar barulah start mengoreng roti canai frozen .

Jumaat, 10 April 2026

Zus coffee

April 10, 2026 5 Comments

 Assalamualaikum semua. Kelmarin sajalah rabia belanja zus coffee staff kerja taska rabia ni .

Terima kasih doa itu tapi rabia malas nak fikir dah ☺ Ada jodoh adalah. InsyaAllah murah rezeki rabia 💗❤😊😍.

Okey sekarang kita fikir cara nak jadi kaya berjaya . Sebab tu rabia nak kumpul duit usd blog ni .



Ada rezeki belanja makanan lain pula. Doakan rabia ya dimurahkan rezeki sentiasa ya 💗❤.


Shopping

April 10, 2026 2 Comments

 Assalamualaikum semua.. Pagi ni pergi pasar .Pergi shopping dekat pasar .

Beli sayur ,bawang merah,bawang putih .

Lepas shopping .Kena susun la pula sayuran ni.

Beli nasi selalu untuk berbuka puasa nanti .

Rabia baru ganti puasa. 



Bawang merah

Bawang putih

Sawi hati 

Lobak merah 

Timun 

Isnin ni lah masak pula 💗 Rabia suka masak .Jika penat sangat , barulah beli je kat kedai .

Mood nak memasak lagi masih ada .Bersemangat nak memasak .

Isnin depan la masak .


Selasa, 7 April 2026

Kiki

April 07, 2026 3 Comments

 Assalamualaikum semua.. Pagi tadi sebelum keluar pergi kerja .Rabia isi air baru dalam bekas kecil untuk kiki minum . Musim panas ni kan . Alhamdulillah kiki minum air kosong tu .

Kesian dia panas tu ..Kiki,doakan saya dipermudahkan urusan ya .


Semoga kiki sentiasa sihat ya 💗💜

Sayang Kiki 💗

Isnin, 6 April 2026

Menikmati angin luar

April 06, 2026 2 Comments

 Assalamualaikum semua.. Pagi tadi shift kerja pukul 8.30 . So rabia bangun pagi lepas solat subuh tu rehat sekejap..Makan .. Pukul 7 lebih la rabia keluar ke halaman belakang rumah. Rabia siram pokok,bagi makan kepada burung dan juga kucing saya yang comel si Kiki .

Rabia pun tak tahu bunga apakah ini.. Tahu siram pokok bunga jelah..





Alhamdulillah dengan rezeki yang diberi , dapatlah rabia berkongsi rezeki dengan burung, dan juga kucing yang sangatlah comel ni.. Sambil sambil tu menikmati angin luar..

Jika tak sempat nak siram pokok belakang rumah tu pada waktu pagi. Balik kerja rabia settel dulu urusan rabia barulah siram pokok pada waktu petang pula..

Ayah rabia tak larat dah nak handle pokok bunga tu semua.. So rabia la yang handle sekarang..
Yang paling rabia handle sangat si kiki ni la. Kesian dia .. Kalau takada makanan lapar la dia.. Rabia kesian kan dia..
Kiki ni lah penghibur hati rabia. Cuma tak sama la dengan beauti yang rabia bela dari kecil..

Rezeki setakat ni je hari ini bagi makan keropok keping la pada Kiki. Tapi alhamdulillah Kiki makan je..Semoga cepat membesar dan sihat sentiasa ya Kiki.Kiki doakan saya tau .. Semoga saya dipermudahkan urusan jodoh.
Okeylah kita jumpa next entry ya..Assalamualaikum.

Ahad, 5 April 2026

Bekal hari ini

April 05, 2026 1 Comments

 Assalamualaikum semua.. Bekal pergi kerja hari ini adalah nasi putih sayur salad, bebola ayam goreng,tomyam ayam,keropok keping, ayam kfc ..

Rabia guna tepung adabi ayam kfc tu ya . Sebab tu pergi supermarket kelmarin .


Rabia makan pagi dulu tadi .. Bekal ni makan pada waktu tengahari pula .

Sedap .Alhamdulillah 💗 Angkat bakul sendiri la pula .Hehe .Memang sedapp ..

Bolehlah ayah makan nanti tomyam ayam ni .

Rabia goreng ayam kunyit untuk ayah .Ayah kurang makan ayam kfc ni .

So ayam kfc untuk rabia la .

Best la masak sendiri ..


Sabtu, 4 April 2026

Cuci sinki

April 04, 2026 1 Comments

 Assalamualaikum semua.. Petang tadi lepas makan .Rabia cuci sinki la . Dah lama tak cuci sinki kan. Malam ni nak masak la untuk bawa bekal esok .


Barulah bersih sinki tu ..Berkilat tau .. Malam ni nak masak la .Sebab lama je tak masak kan .

Dah ok dah ni .Alhamdulillah . Petang tadi rabia dah minum air manis tea o panas .

InsyaAllah semoga larat la masak malam ni ya .

Best masak tau .Nak rasa juga air tangan sendiri ni .

Berkilat sangat sinki ni .


Jumaat, 3 April 2026

Ootd

April 03, 2026 2 Comments

 Assalamualaikum semua. Pagi tadi keluar sekejap pergi makan, beli barang dapur. Lepas tu pergi rumah tokwan .. 

Ootd la dulu depan cermin almari .


Berbawal hitam hari ini ... 

Ootd lah dulu depan cermin ni ..

Lepas tu balik tengahari .Susun barang yang dah dibeli .

Tidur sekejap ..