Khamis, 30 November 2023

Shopping bersama Rabia

 Assalamualaikum semua. Baru baru ni rabia sekeluarga terkena scammer celcom katanya nak bagi percuma tanpa bayaran 3 bulan bil tu . Bagilah nombor otp macam dia minta tu . Tapi tak bagi akaun bank semua tu . Pergi balai polis dan dah tukar nombor dan pakai line lain dah . Tak pakai dah celcom . 

Aduhaiii berdebar jantung ni . 

Sampaikan kena buat group telegram baru yang shopping bersama rabia tu .

Takapalah ujian Allah nak uji . 



Nah link rabia paste sini jemputlah masuk yaaa . Satu hal pula kena passing nombor baru kepada kawan kawan tu .

https://t.me/+HFcrxJ2OMio4MWI1

Join la ya group ni . Nantikan rabia shopping apa pula ya . 😘🥰😍🤩. 

Stay tuned guys . 

Hati hati dengan scammer ya . Jangan mudah terpedaya ya .


Rabu, 29 November 2023

Beauti nakal

 Assalamualaikum semua. Beauti tengah tidur di atas sofa . Rabia buka tiktok tengok video kucing meow .

Tengoklah gambar tu . Dia tidur terus tutup muka . 




Kelakar la beauti ni 🙈💚🤩🥰😄. Tidurlah beauti ya .

Umur sekarang 5 tahun dah . 

Hadiah untuk sis lin dah sampai

 Assalamualaikum . Siapa tak kenal sis lin kan . Blogger yang hebat .

Rabia bagi hadiah birthday dekat sis lin beli tote bag comel di shopee .

Alhamdulillah sukalah kak lin .



Cantikklahhh hehe pandai rabia pilih kan heheh . Next birthday siapa pula ? 

Birthday i la pula 21 disember ni . 🥰❤🙈💚.

Ada lagi rabia tak beli pada blogger yang lain . Nanti free rabia belikan ya. Biasa rabia bayar di 7 eleven je .

Selasa, 28 November 2023

Jumaat, 24 November 2023

Makan pagi

 Assalamualaikum semua. Rabia on the way nak balik rumah . Pergi makan pagi , lepas tu pergi simpan duit gaji . Lepas tu pergi kedai eco beli bunga untuk nak serikan toilet taska sebab i yang bahagian incharge toilet tu so i bagi pandangan kepada my boss nak serikan toilet saya nak beli bunga la . Nanti claim balik . 

Makan apa pagi tadi ? Nasi lemak ayam , air kosong je rabia minum bawa sendiri botol dari rumah ke kedai . Keropok lekor , kuih ropa (kuih dadar).



Gerammm tengokkk bunga ni hehe. Toilet rabia pun letak hiasan bunga juga .

Tapii pergi tandas cepat-cepat keluar ya . Jangan tengokkk bunga pula dalam toilet lama lama .

Okeylah nak sampai rumah ni .

Khamis, 23 November 2023

Gaji hari ini ✅

 Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dapat gaji hari ini . 

Syukur sangat . So dah dapat duit. Settle tadi hutang belajar ptptn ptpk . 




Memang kena ada simpanan ya . Kerja goverment pun kena pandai menyimpan jangan berboros ya. 


Rabu, 22 November 2023

Cengkihs Asia Signature

 Assalamualaikum semua. Hari ini rabia dan umi ayah makan di cengkihs . Ini kali ketiga dah pergi makan .

Kali ni order nasi putih sup daging je . Air macam biasa air suam 3 dan bandung laici soda untuk rabia .




Sambal belacan dia sedap pedas gituu . Makan ubat resdungg dah jangan risauuu .


Datanglah ke terengganu singgah makan di sini .

Instagram : Cengkihs 

Follow tau instagram nya pelbagai menu yang ada . Harga pun boleh tahan la .

Tapiii makanan di sini sedap 🥰.


Selasa, 21 November 2023

Beauti

 Assalamualaikum semua 🤩 Beauti ni nakal la malam malam ni. Sukalah duduk dalam bakul kayu ni .


Sukalah tuu duduk dalam tu 😂😂😂😂. Alahai kucing bertuah ni 🤩🙈💚💛🥰. Kelakarlah beauti ni ❤. 

Muka tu comel sangatt perangai pun comel 😂. Beauti beauti macam macam la .

Nanti masuk dalam sangkar ya tidur . Dia tidur tau malam malam . 

Pukul 5 pagi dia bangun la . Sangkar dia dekat dapur je. Sangkar besar dah sekarang .

Isnin, 20 November 2023

Makan petang

 Assalamualaikum semua. Petang tadi rabia goreng daging burger 2 dan French fries . Apa yang ada di dalam peti rabia keluarkan dan goreng je .

Perut lapar time hujan hujan ni . Malam saya tak makan dah ya.


Sedappp heheeee . My favourite food makan pada waktu petang .

You all makan apa petang ni ? Ok tak kawasan rumah you all ? Banjir ? Rabia stuck tadi time nak pergi kerja . Banyak laluan naik air .

Semoga dipermudahkan segala urusan.  Aamiin 🤲🏻. 


Malam tak makan dahhh . Malam ni minum air kosong je .



Sabtu, 18 November 2023

Makan petang

 Assalamualaikum semua . Makan petang hari ini daging burger ramly , French fries dan ubi kayu rebus .



Alhamdulillah menu sedappp ni . 

Ubi rebus sahabat umi bagi . Terima kasih maktie . Semoga dimurahkan rezeki . 

French fries dan daging burger sedap dimakan cicah sos .

Jamuan naik rumah

 Assalamualaikum semua . Lepas balik kursus haji tu . Cikgu Rabia sekolah menengah sahabat baik dengan umi ajak kami sekeluarga ke majlis naik rumah adik dia tadi. 

Kami makan lah nasi minyak , cucur pisang,aiskrim Rabia sorang je makan .

Alhamdulillah sedap makanan semuanya. Terima kasih menjemput kami sekeluarga.

Sebelum makan rabia snap gambar . Ada pakcik tegur ambik gambar dulu sebelum makan tu 😂💚. Rabia snap gambar dulu before eat .

MasyaAllah rumahnya cantikk sangat design modern design terkini .


Dan dia buat sekali sambutan birthday anak nya . Rabia dah siap siap letak duit dalam sampul raya tu bagi dekat anaknya . 

Nasi minyak ayam masak merah sambal belacan sikit sangat ya saya resdung. Ayah tengok je saya ambil sambal belacan tadi saya cakap sikit je ayah .

😂. Ayah saya dia bimbang sebab saya bila dah terkena resdung mula la mengadu sakit la . Apalah . Cakap orang tua tak nak dengar.

Lama betul saya berpantang dengan belacan ni . Hehe tengok ada tu ambiklah sikit je . 

Lagipun saya dah makan ubat resdung doctor bagi tu .

Serius sedap nasi minyak ni . Lauk gulai daging pun ada . Saya ambil ubi kentang je. Sebab daging pun saya kurang makan sebab resdung . Banyak nya berpantang makan ni 😂. Takapalah demi kesihatan . Resdung jangan bawa main ya jika teruk boleh penyakit kanser otak tau . 

Cerita pasal resdung la pula . 

Okeylah cuma nak ucap terima kasih Cikgu sekeluarga menjemput kami sekeluarga hadir ke majlis itu. InsyaAllah ada jodoh kita berjumpa lagi . Sempatlah bergambar tadi .

Cikgu tak send gambar lagi . 

Bulan 12 ni jemputan kahwin anak kawan ayah pula . Kawan ayah tu seorang doktor . Anak dia tu kawan saya . InsyAllah turut hadir nanti . Alhamdulillah sukalah dapat jemputan .

Kursus haji minggu 3

 Assalamualaikum semua. Rabia kongsi sedikit la ya. Nak share semua tak sempat nak snap gambar . Pukul 9 ustaz mengajar bab rukun haji .






Sampai disini sahaja rabia share ya.


Jumaat, 17 November 2023

Siapkan worksheet dulu

 Assalamualaikum semua. Hari ahad bermula kerja . 

Setiap hari jumaat & sabtu rabia siapkan RPA dan juga bahan bahan nak mengedarkan untuk kanak kanak buat aktiviti .


Lepastu bagilah rewards kepada kanak kanak sebagai contoh rabia ada simpan sticker kartun tu rabia tampal la di kertas hasil kerja diorang. 

RPA tu untuk orang kerja taska la . Rancangan pengajaran aktiviti . 

RPH biasanya KEMAS, Tadika yang mengajar pembelajaran tu . Rancangan pengajaran harian tak silap saya . 

Ramai tanya kenapa la rabia tak apply KEMAS padahal dapat dah temuduga . Saya tak pergi . Sayang lah tak apply . 

Saya selesa bekerja di yayasan pembangunan keluarga taska permata buat masa sekarang ni . Biarlah orang kata alaa kerja taska je pun .

Saya tak kisah apa orang nak kata . Saya suka bekerja disitu . 

Walaupun saya ada diploma pendidikan awal kanak kanak ramai orang sarankan saya kerja di jabatan yang lebih tinggi gaji nya . Dan berpencen .

Saya tak fikir semua tu . Asalkan saya selesa bekerja disini dan saya tak stress . Saya happy kerja disini dengan kanak kanak ni .

Buat apa saya kerja ikut mulut orang.  Kalau saya kerja stress ada sakit apa apa nanti ke orang tak akan tolong pun saya .

Yang penting setiap bulan gaji saya dapat saya bagi dekat umi ayah . Sebab disitu ada keberkatan nya. 

Sekarang saya amali 9 bulan dah di taska permata. Alhamdulillah parent dan anak nya juga selesa dengan saya. Harap tahun depan saya disambung kontrak dan tetap disitu la . Doakan rabia ya 😊. Lepastu pada tulah kalau saya apply KEMAS saya sendiri akan pergi hadir temuduga tu . Biarlah slow slow dulu . 

Ayah happy sangat sekarang saya kerja kerajaan walaupun taska . Saya sayang anak anak didik saya sebab tu saya tak terfikir lagi nak kerja dekat lain . 


Stock makanan

 Assalamualaikum semua . Umi ayah beli stock makanan untuk makan petang . Biasanya rabia beli makanan petang tu kan disebabkan lama tak makan yang Jenama Ramly. Rasa nak makan pula .

Numee pun banyak. Dah tukar jenama dah.







Rabia simpan dalam tupperware numee .

Rabia nak masak sekejap ya . Kan hangus pula . 

Nasi dagang kak pah batu buruk

 Assalamualaikum semua . 2 kali Rabia menambah nasi ni . Yang satu lagi separuh jelah nasi .



Ikan besar tapi rabia ambik sikit je.

Sebab rabia ada resdung . So makan sikit je. 

Memang rabia kurang sikit ikan ikan ni . Hehe . Lebih suka makan ayam , daging .

Okeylah nak pergi rumah tokwan sekejap . Nak hantar makanan dekat tokwan. 


Selamat pagi

 Assalamualaikum semua . Selamat pagi. Salam jumaat . Semoga dimurahkan rezeki pembaca blog Rabia Adawiyah 🤲🏻❤ Aamiin.

Rabia , umi & ayah nak pergi makan dulu. Lepas tu pergi kubur. Lepas tu singgah rumah sahabat umi . Lama tak jumpaa .

Rabia bawa la apa yang perlu dibawa nak keluar rumah ni .


Air kosong botol shaklee

Skintific 

Silkgirl lipmatte 

Beauty umaira 

Selepas makan , minum beauty umaira . Alhamdulillah nampak ada perubahan pada diri Rabia . 

Okeylah rabia baru nak keluar rumah .

Doakan kami Selamat pergi Selamat sampai ke destinasi . ❤

Khamis, 16 November 2023

Terima kasih bagi hadiah kepada cikgu

 Assalamualaikum semua. Alhamdulillah parent bagi hadiah kepada cikgu cikgu sempena sambutan birthday anak nya tadi di taska. Alhamdulillah terima kasih banyak banyak ya bagi hadiah dekat cikgu . Semoga menjadi anak yang solehah sayang 💛❤💖




Alhamdulillah dapat tupperware boleh lah nak letak numee ke dalam tu . Happy betul cikgu Ada dapat hadiah .

#Taska Permata Keluarga 💛 

#TPKBUKITBAYAS 💛❤ 

Selasa, 14 November 2023

Hadiah to blogger Fatimah Nabila

 Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dah sampai la hadiah cincin rabia belikan untuk blogger fatimah nabila .





Link shopee : https://shp.ee/99gpfkw

Alhamdulillah dah sampai cincin . Cantik kan ? 💖💛 Next siapa pula dapat hadiah ya.

Jeng jeng jeng... Sorry lambat sikit rabia beli di shopee tu sebab  pilih hadiah . Pilih hadiah pun ambik masa lama juga kan . Hehhe. Nak fikir nak bagi apa kan .

Rabia nak minta you all doakan rabia dapat jodoh dan dimurahkan rezeki berlipat ganda boleh ? Aamiin kan ya 🤲🏻 Aamiin . 



Ahad, 12 November 2023

Nasi kerabu MHI

 Assalamualaikum semua. Rabia order nasi kerabu MHI (Mohammad Hafiz Ismail ) MHI tu sempena nama tokey kedai . 

3 bungkus order . Macam biasa order nasi kerabu ayam bakar la . Ayam dia dicucuk di lidi . Macam sate la .


Total : RM 21 


Sos lada hijau dan budu. Saya makan sos lada hijau je . Budu tak makannn .


Ni harga nyaa .

Lokasi mana niiii ?


Nombor telefon ada tu whatsapp siapa nakkk ya .



Add la owner dia senangg nak tengok perkembangan nasi kerabu tu ya .

Okey ? 

Janji sedap nasi kerabu dia . Dari dulu sampai sekarang repeat order . Owner pun baik .

Ulaman dia pun banyak sokmo sebab tu rabia suka makan nasi kerabu dia ni . Sos lada hijau dia letak sikit pedas dahh . Sedap makan pedas pedas ni .


Sabtu, 11 November 2023

Nasi ayam Nurul Iman

 Assalamualaikum semua . Makan nasi ayam pula . Off masak today .




Lepas tu belilah snack nak makan dirumah pula . Makan petang nanti .


Alhamdulillah kenyang perut . Rabia pilih original la .