Siapkan worksheet dulu

3

 Assalamualaikum semua. Hari ahad bermula kerja . 

Setiap hari jumaat & sabtu rabia siapkan RPA dan juga bahan bahan nak mengedarkan untuk kanak kanak buat aktiviti .


Lepastu bagilah rewards kepada kanak kanak sebagai contoh rabia ada simpan sticker kartun tu rabia tampal la di kertas hasil kerja diorang. 

RPA tu untuk orang kerja taska la . Rancangan pengajaran aktiviti . 

RPH biasanya KEMAS, Tadika yang mengajar pembelajaran tu . Rancangan pengajaran harian tak silap saya . 

Ramai tanya kenapa la rabia tak apply KEMAS padahal dapat dah temuduga . Saya tak pergi . Sayang lah tak apply . 

Saya selesa bekerja di yayasan pembangunan keluarga taska permata buat masa sekarang ni . Biarlah orang kata alaa kerja taska je pun .

Saya tak kisah apa orang nak kata . Saya suka bekerja disitu . 

Walaupun saya ada diploma pendidikan awal kanak kanak ramai orang sarankan saya kerja di jabatan yang lebih tinggi gaji nya . Dan berpencen .

Saya tak fikir semua tu . Asalkan saya selesa bekerja disini dan saya tak stress . Saya happy kerja disini dengan kanak kanak ni .

Buat apa saya kerja ikut mulut orang.  Kalau saya kerja stress ada sakit apa apa nanti ke orang tak akan tolong pun saya .

Yang penting setiap bulan gaji saya dapat saya bagi dekat umi ayah . Sebab disitu ada keberkatan nya. 

Sekarang saya amali 9 bulan dah di taska permata. Alhamdulillah parent dan anak nya juga selesa dengan saya. Harap tahun depan saya disambung kontrak dan tetap disitu la . Doakan rabia ya 😊. Lepastu pada tulah kalau saya apply KEMAS saya sendiri akan pergi hadir temuduga tu . Biarlah slow slow dulu . 

Ayah happy sangat sekarang saya kerja kerajaan walaupun taska . Saya sayang anak anak didik saya sebab tu saya tak terfikir lagi nak kerja dekat lain . 


Catat Ulasan

3Ulasan
  1. insyallah kalau orang suka kita especially kanak2 dan parents diorang, adarezeki pasti dapat jadi pekerja tetap.. semoga berjaya!! Pape pun kerja di mana2 pun sama je yang penting tak stress :)

    BalasPadam
  2. Moga dapat kerja yang terbaik. Tak stress tu yang bagus. Yang penting kita minat

    BalasPadam
  3. Yaa, buat ler apa yang disukai..Tidak membebankan Emosi Dan minda..Keep it up.. Ooo..pernah dapat interview masuk KEMAS ye...hehe..Baguslah Kalau parents support apa yang anaknya suka..Lebih Bahagia hati rasanya ♥️

    BalasPadam
Catat Ulasan