Cari Blog Ini
Isnin, 5 Mei 2025
Ahad, 4 Mei 2025
Sabtu, 3 Mei 2025
Berat badan
Assalamualaikum semua. Rabia timbang berat waktu malam ni .
Memang turun berat rabia. Sebab biasanya naik la.
45 kg.
Yalah makan pun tak berapa banyak kan.
Jaga umi lagi.
Esok dah kerja. Ikut hati nak rehat je jaga umi je.
Dah esok kerja dah .
Isnin kursus sebulan lebih .
Bertabahlah .
Ayah pula nampak bersin batuk je tu .
Esok off masak. Tak larat nak masak .
Sebab hari ini rabia dah masak kan .
So esok beli jelah .
Doakan semoga makin naik la ya berat badan rabia ni .
Nanti cekung muka tak cantik pula .
Rabia masak
Jumaat, 2 Mei 2025
Prepare bahan nak masak esok
Assalamualaikum semua. Rabia prepare bahan nak masak pagi esok.
Nasi goreng dan ayam kfc homemade.
Nasi goreng bahan nya bawang putih dan lobak merah je .
Ayam kfc homemade rabia basuh dengan garam kasar. Celup ayam dengan telur sebiji. Masukkan tepung bon chef. Gaulkan dengan ayam . Lepas tu masukkan 3 sudu serbuk cili. Ratakan semuanya. Esok masak je.
. 3 ketul ayam je yang tinggal ni.
Esok sehari lagi cuti. Ahad kerja dah 😥
Ayah kata tak payah masak la. Letih kan.
Me : Dah prepare semuanya ayah .
Esok masak je.
Tinggal nak goreng keropok jelah esok .
Google adsense naik sikit
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah naik sedikit demi sedikit lah my google adsense rabia.
Harap lepas ni naik banyak lagi lah .
Alhamdulillah naik lah sedikit demi sedikit tuuu.
InsyaAllah nanti akan naik banyak lagi lah 🤲🏻🌹🤩 Aamiin.
Rabia tengah usahakan nak menulis lagi entry banyak banyak ni .
Doakan rabia ya 🌹🤲🏻
Assalamualaikum
Selamat pagi semua
Salam jumaat
Khamis, 1 Mei 2025
Assalamualaikum semua. Rabia baik sangat dengan salah seorang parent yang menghantar anak nya ke taska ni. Ibu dia kan buka butik yang rabia viralkan dalam blog selama ni.
So rabia belikan hadiah sempena birthday nya.
Nanti nak tunggu sampai la . Mesti cantik kan. Rabia bayar guna online jelah.
Mujur baki ada banyak lagi.
1 Mei 2025
Assalamualaikum semua. Sekejap je masa kan dah masuk bulan mei 2025.
Minggu depan sehari je rabia kerja. Lepas tu sebulan lebih kursus kap .
Sayang nak tinggal umi 😥.
Kalau ikutkan nak je cuti sebulan .
Tapiii kena pergi kursus pula.
Selamat hari pekerja semua.
Khamis 1mei 2025
Sekejap je masa kan pejam celik pejam celik dah masuk bulan 5.
Tahun depan tahun 2026
Tak minta banyak.. Semoga umi diberi kesihatan yang baik .
Aamiin 🤲🏻.
You all pergi mana hari ini ? Hari ini di Negeri Terengganu ada event di dataran shah bandar.
Sorry tak dapat join ya. Nak jaga umi dulu .
Rabu, 30 April 2025
Surprise untuk umi
Food panda lagi
Assalamualaikum semua ..
Order food panda lagi lah.
Pagi tadi ayah beli nasi lemak . Makan sebungkus tu tapi lauk ikan kan . So baki tu rabia bagi makan dekat burung atau kucing la.
Hari ini rasa nak makan a&w la .
Ayam spicy dengan nasi aroma nya .
Macam biasalah .. Ada 3 kotak lagi air kotak laici ni. Rabia bagilah dekat runner ya.
Alhamdulillah runner cakap semoga dimurahkan rezeki awak. Aamiin2
Nak makan dulu ya..
Pedas ayam.
Spicy kan.
Selasa, 29 April 2025
Nasi kerabu ala thai food panda
Assalamualaikum semua.. Rabia order nasi kerabu ala thai pula di food panda.
Kalau macam ni hari hari kena order food panda.
Yalah umi rabia tak masak dah. Rabia nak masak pun ayah tak bagi . Sebab nak jaga umi lagi kan .
Dahlah minggu depan kerja ahad tu. Isnin sampai bulan 6, kursus. Aci tak nak minta cuti lagi ni ? Tengok kondisi umi pun tak duduk lagi. Baring je atas katil .
Macam biasalah rabia berikan air kotak laici kepada runner ya .
Sedap nasi kerabu ala thai ni .
Beli di food panda pula hari ini .
Esok beli apa pula ya ❤️
Sedap juga sebab pernah beli la .






































