Cari Blog Ini

Sabtu, 17 Mei 2025

Shopping today with my cousin and grandmother

Mei 17, 2025 4 Comments

 Assalamualaikum semua. Letih juga pergi shopping. Terima kasih sepupu sudi teman , and drive kereta rabia. Time balik je rabia drive lah nak masuk parking balik rumah . 










Tak sempat la nak snap gambar satu persatu hehe . 

Terima kasih banyak banyak sepupu ku yang baik hati sudi meneman rabia pergi shopping. Banyak barang dapur takada. So kena pergilah membeli . 

Cucur tu beli 10 pack senang lapar lapar gorengkan je . 



Happy teacher day to me

Mei 17, 2025 4 Comments

 Assalamualaikum semua. Happy teacher day to me. 

Hadiah banyak dapat kawan sekerja whatsapp. 

Rabia masih lagi berkursus kan. 

Nanti dah settel kursus. Rabia bekerja seperti biasa , rabia akan bawa balik la hadiah daripada anak anak didik . 

Terima kasih anak didik ku sayang ❤️ Cikgu adda hargai sangat sangat 🌹. 

Semoga awak semua menjadi anak yang berjaya dunia akhirat . 






Terima kasih atas ucapanya 👩‍🏫. 

Semoga cikgu rabia atau adda yang dikenali ini bersabar dalam mendidik anak anak ni . 

Tak sangka jadi guru taska. 

Sebab zaman sekolah dulu kita paling malas nak belajar. Banyak main main masa belajar. Tapi siapa sangka kan rezeki dah tertulis . 

Dapat juga menjadi seorang guru . 


Jumaat, 16 Mei 2025

Selfie

Mei 16, 2025 1 Comments

 Assalamualaikum semua. Selfie dulu sebelum keluar tadi. Nak pergi tengok umi di hospital. 

Esok rabia nak shopping beli barang dapur. 

Umi ayah pun dah izinkan keluar dengan sepupu dan tokwan. 


Mascara :  Serum Rohina 

Doakan semoga umi saya cepat balik ke rumah ya . 


Mesin baju dulu

Mei 16, 2025 0 Comments

 Assalamualaikum semua. Rabia mesin baju dulu la . 



 Nanti nak pergi hospital tengok umi. 

Malam ni nak kena siapkan rpa pula. 3 rpa nak kena hantar hari ahad ni . 

3 rpa nak kena hantar pada hari ahad ni . 

😆 Bertabahlah . 

Okeylah rabia nak tidur dulu lah ya. 


Selasa, 13 Mei 2025

Kemalangan berlaku

Mei 13, 2025 5 Comments

 Assalamualaikum hari ahad baru baru ni rabia balik dari kursus naik maxim. Lepas tu sampai kerumah . Rabia drive kereta swift tu nak pergi ke rumah paksaudara. Balik malam pula . Selepas azan magrib rabia balik. Tapi rabia tak balik seorang diri la. Sepupu teman duduk sebelah rabia. Dan tengok rabia drive macam mana. Mungkin rabia tak nampak la. Sebab malam kan. 

Tiba tiba langgar pagar rumah rabia yang ada jaring tu. Jaring tu ayah letak tak nak bagi kucing masuk sebab suka kencing berak diluar rumah rabia . 

Tercalar banyak la. Call ayah . Ayah beritahu sebab tu suruh naik maxim. Tapi nak juga drive. 

So rabia berani drive pergi ke tempat kerja jelah. 

Nak pergi ke bandar tu memang rabia takut la. 


Kena polish balik ni . Sorry ayah . 

So nak drive pergi jalan jalan hari sabtu ni. Cancel jelah. 

Masih fobia 🙂. 



Sabtu, 10 Mei 2025

Kawan nak belajar buat blog dengan Rabia

Mei 10, 2025 5 Comments

 Hi dan assalamualaikum semua. Selamat malam. 🌍 




Yeayyy tahniah awakk dah ada blog . Senang je nak buat blog ni. 

Tapi ada prosesnya lah . Banyak lagi nak kena belajar dan hadam bab bab blog ni.

Semoga berjaya ya sahabatku 🌷❤️. 

Semoga ilmu yang rabia berikan ini memberi manfaat kepada awak . 

Selamat menulis blog ya . 

Boleh join group whatsapp rabia ya belajar buat blog dengan rabia . 

Beauti

Mei 10, 2025 3 Comments

 Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Petang kelmarin rabia pergi tengok beauti di rumah jiran. Yalah ayah dan umi duduk di hospital. Rabia pula kursus. So kesian beauti duduk sorang je dirumah. Makan minum dia takada orang nak settel kan . 

So petang kelmarin rabia pergi je terus kerumah jiran. Sebelum tu memang ada hantar beauti di pet tu. 2 minggu je taksilap rabia tinggal disitu. Umi kata baik tinggal dirumah jiran. Sebab jiran rabia tu bela kucing ramai la. Suka bela kucing. First hari mula mula nampak beauti sedih. Sekarang tak dah . Dah mula berkawan tu semua . 







Rabia berjiran selang dalam 3-4 buah rumah dengan jiran tu . Rabia jalan kaki je lah petang kelmarin . Rabia tegur je panggil nama dia . Beauti beauti. Terus dia tengok rabia memang happy dia. Duduk bermanja dengan rabia. 

Cikyam tanya nak bawa dia keluar ke nak pegang ke? Rabia jawab takapalah tengok dia dari dalam je. Sebab rabia pun batuk sebenarnya so rabia pakai mask la masa pergi ke rumah cikyam tu . 

Tapi memang dia tak berhenti henti tegur rabia dengan mengeow . Rabia cakap nanti beauti balik . InsyaAllah umi balik kerumah nanti . Beauti doakan umi ya semoga cepat sembuh. Ada semangat . Beauti , kakak sayang beauti .

Ada video dia . 

 


Khamis, 8 Mei 2025

Skintific cushion

Mei 08, 2025 4 Comments

 Assalamualaikum semua. Pagi tadi touch up lah makeup sikit dengan skintific cushion . Rabia pilih code 02 ivory. Code ivory je sesuai dengan kulit rabia. 



Cantik tak rabia ?  😆❤️ Patut semangat nak makeup rupanya kena present hari ini 🤭. 

Ada cushion denim pula kan. Rabia berkenang jugakkk. Limited edition tu . 


Cantik yang denim tu kan . Macam jeans kalau tengok . 

You all pakai skintific juga ke?