Cari Blog Ini
Rabu, 21 Mei 2025
Selasa, 20 Mei 2025
Zus coffee food panda
Isnin, 19 Mei 2025
Assalamualaikum semua... Balik lewat je dari kursus ni .
Balik rumah order foodpanda lah. Di tempat kursus disediakan makan pagi tengahari petang.
Tapi petang tu rabia biasa bagi kepada yang memandu grab dan maxim la .
Sedappppp.... Alhamdulillah 🤲🏻😊 Oklah rabia nak makan sambil menulis rpa.
3 rpa kena hantar esok pagi.
Sabtu, 17 Mei 2025
Assalamualaikum semua. Letih juga pergi shopping. Terima kasih sepupu sudi teman , and drive kereta rabia. Time balik je rabia drive lah nak masuk parking balik rumah .
Tak sempat la nak snap gambar satu persatu hehe .
Terima kasih banyak banyak sepupu ku yang baik hati sudi meneman rabia pergi shopping. Banyak barang dapur takada. So kena pergilah membeli .
Cucur tu beli 10 pack senang lapar lapar gorengkan je .
Happy teacher day to me
Assalamualaikum semua. Happy teacher day to me.
Hadiah banyak dapat kawan sekerja whatsapp.
Rabia masih lagi berkursus kan.
Nanti dah settel kursus. Rabia bekerja seperti biasa , rabia akan bawa balik la hadiah daripada anak anak didik .
Terima kasih anak didik ku sayang ❤️ Cikgu adda hargai sangat sangat 🌹.
Semoga awak semua menjadi anak yang berjaya dunia akhirat .
Terima kasih atas ucapanya 👩🏫.
Semoga cikgu rabia atau adda yang dikenali ini bersabar dalam mendidik anak anak ni .
Tak sangka jadi guru taska.
Sebab zaman sekolah dulu kita paling malas nak belajar. Banyak main main masa belajar. Tapi siapa sangka kan rezeki dah tertulis .
Dapat juga menjadi seorang guru .
Jumaat, 16 Mei 2025
Selfie
Mesin baju dulu
Khamis, 15 Mei 2025
Order foodpanda
Foodpanda
Selasa, 13 Mei 2025
Kemalangan berlaku
Assalamualaikum hari ahad baru baru ni rabia balik dari kursus naik maxim. Lepas tu sampai kerumah . Rabia drive kereta swift tu nak pergi ke rumah paksaudara. Balik malam pula . Selepas azan magrib rabia balik. Tapi rabia tak balik seorang diri la. Sepupu teman duduk sebelah rabia. Dan tengok rabia drive macam mana. Mungkin rabia tak nampak la. Sebab malam kan.
Tiba tiba langgar pagar rumah rabia yang ada jaring tu. Jaring tu ayah letak tak nak bagi kucing masuk sebab suka kencing berak diluar rumah rabia .
Tercalar banyak la. Call ayah . Ayah beritahu sebab tu suruh naik maxim. Tapi nak juga drive.
So rabia berani drive pergi ke tempat kerja jelah.
Nak pergi ke bandar tu memang rabia takut la.
Kena polish balik ni . Sorry ayah .
So nak drive pergi jalan jalan hari sabtu ni. Cancel jelah.
Masih fobia 🙂.
Sabtu, 10 Mei 2025
Hi dan assalamualaikum semua. Selamat malam. 🌍
Yeayyy tahniah awakk dah ada blog . Senang je nak buat blog ni.
Tapi ada prosesnya lah . Banyak lagi nak kena belajar dan hadam bab bab blog ni.
Semoga berjaya ya sahabatku 🌷❤️.
Semoga ilmu yang rabia berikan ini memberi manfaat kepada awak .
Selamat menulis blog ya .
Boleh join group whatsapp rabia ya belajar buat blog dengan rabia .



































