Cari Blog Ini

Ahad, 24 Ogos 2025

Mc hari ini

Ogos 24, 2025 2 Comments

 Assalamualaikum semua.

Selepas memasak pagi tadi tiba tiba je mari sakit perut memulas perut.So terpaksa la pergi ke klinik. Doctor check perut ada angin la .

Sebab tu Tak buang air besar .

Mc lah hari ini .

Kerap sungguh sakit selepas kematian umi .

Mungkin emosi rabia Tak stabil . Makan pun sikit je . Berat turun .





Semoga rabia cepat sembuh . Tak nak sakit dahhh .. Emosi rabia tak stabil pun salah satu punca juga tu .

Sedihhh teringat dekat umi .Rindu umi.

Dengan fikir pasal kerja lagi .Nak buat kerja tu kerja ni .Duduk rumah pula rabia kena kemas rumah . Sambil kemas tu ayah pun turut serta kemas rumah juga.


Rabia google tadi .. Memang rabia ada gastrik pun .. Kerap sungguh mc sekarang ni .

Semoga Rabia diberi kesihatan yang baik baik sahaja .


Sabtu, 23 Ogos 2025

Rutin hari ini

Ogos 23, 2025 3 Comments

 Assalamualaikum semua.. Hari ini rabia beli ayam yang sudah dipotong la. Rabia buang kulit dan basuh dengan air garam je. Petang ni rabia goreng wedges la .

Cuci sinki lagi .





Wedges by rabia 


Ayam goreng kunyit untuk ayah esok .


Cuci sinki .Sebab berdebuu kan.Yang ini sinki kering la .

Malam ni buat kerja isi online taska punya pula.

Malam ni nak masak nasi juga sebab nak masak nasi goreng esok pagi.

Jumaat, 22 Ogos 2025

Shopping today

Ogos 22, 2025 4 Comments

 Assalamualaikum semua.. Rabia pergi shopping di mydin dan sabasun hari ini dengan ayah . 




Beli barang dapur, barang untuk taska .. 

Esok keluar lagi .. 

Penat tapi suka keluar pergi shopping. 

Banyak juga shopping hari ini . 

You all buat apa je hari minggu ni ?? 

Balik je dari mydin sabasun pergi rumah tokwan sekejap. Balik rumah susun barang yang dibeli hari ini dan lap dapur lap peti sejuk. Banyak kerja nak kena buat ni. Kena relax sebab pergi jalan tadi mari asthma sekejap . 

Tunggu ayah pergi solat jumaat. Lepas tu makan nasi la bersama sama ayah nanti. 

Rabia beli nasi arab untuk rabia . 

Ayah minta rabia belikan nasi kuning ikan . 

Esok rabia pergi ambil darah la pula. You all doakan rabia ya. 

Sabtu, 16 Ogos 2025

Sup ubi kentang dan telur dadar by rabia

Ogos 16, 2025 4 Comments

 Assalamualaikum semua. Makin pandai rabia masak kan . 

Sebab tak beli ayam . Jadi buat sup kentang dan telur dadar. Telur rebus untuk ayah . 

Tak snap la pula. 

Nasi putih dah masak dah. Tunggu ayah balik je ni . Makan tengahari nanti . 


Bahan nak masak sup ubi kentang 






Siapppp ... Alhamdulillah. Siapa kata rabia tak pandai masak. Selain nasi goreng . Sup ubi kentang pun boleh la masak. 


Wedges homemade

Ogos 16, 2025 4 Comments

 Assalamualaikum semua. Rabia beli ubi kentang kan kelmarin. So petang kelmarin rabia goreng jelah guna tepung bon chef. 

Sos mayonis dan sos cili rabia mixedkan . Jadilah warna macam tu . 




Jadilah wedges by rabia. 

Sedapppp 

I like it. 

My favourite la ni . 

Kebetulan pergi sabasun kan beli lah ubi kentang buat sendiri je wedges. 


Jumaat, 15 Ogos 2025

Shopping today

Ogos 15, 2025 3 Comments

 Assalamualaikum semua. Hari ini pergi shopping sekejap je. 

Memandangkan ayah kurang sihat. 

So sekejap jelah pergi sabasun. Dan petang ni nak goreng wedges la . 

Rabia belilah ubi kentang tadi. 



Nak mandi solat zohor lepas tu tidur sekejap. 
Lepas asar nanti rabia gorengkan ya . 
Dah gaul tepung bon chef tu dengan ubi kentang ni . 
Letak dalam peti dulu . 

Kelmarin tak makan nasi

Ogos 15, 2025 2 Comments

 Assalamualaikum semua. Kelmarin rabia tak makan langsung nasi . 

Pagi makan lempeng je 

Petang dalam pukul 6.11 pm tu makan roti canai dua . 


Air manis tak minum juga.. Sebab tu berat turun tu.. 

Banyak fikir pasal kerja... Pasal ayah lagi. 

Kesihatan ayah . 

Nak makan tak ada mood kelmarin. 

Rabu, 13 Ogos 2025

Selasa, 12 Ogos 2025

Nasi goreng merah by rabia

Ogos 12, 2025 3 Comments

 Assalamualaikum semua.. Rabia bangun awal pagi tadi .. Goreng keropok keping dulu dan masak nasi goreng merah untuk bawa bekal dan untuk ayah juga. 



Alhamdulillah best rasanya dapat masak . Suka tengok ayah dapat makan juga yang rabia masak. 

Keropok keping ada lagi tuu. Bolehlah makan nanti . 


Isnin, 11 Ogos 2025

Si Kuning

Ogos 11, 2025 3 Comments

 Assalamualaikum semua.. Kiki lama tak datang. Sebab rasanya dia dah beranak. Ni kucing lain pula mari .. Rabia berkongsi la makanan untuk si kuning ni . 

Kesian dia lapar dahaga. 


Terima kasih Si Kuning sudi datang juga ke rumah saya ya. Saya suka sangat bagi makan kepada kucing terbiar ni . Awakk doakan saya ya. Semoga dimurahkan rezeki sentiasa. 

Mata dia tu sebelum ni ok je. Entahlah tiba tiba rabia snap gambar dia mata dia macam tu.