Cari Blog Ini

Khamis, 30 April 2026

1 May 2026

April 30, 2026 3 Comments

 Assalamualaikum semua. Esok 1 May 2026 .Sekejap je masa berlalu kan .

Pejam celik pejam celik dah dah masuk bulan baru .Bulan May (Bulan 5 ) Sekejap je masa berlalu .

Umur kita pun dah makin berusia .

Banyak nak capai lagi dalam hidup ni .

Semoga tercapai la impian rabia .


Esok cantik tariknya kan 1.5.2026 😍

Cuti 2 hari .Ahad kerja pula .

Habiskan masa dengan kerja jelah .

You all ada plan apa esok ? Rabia nak masak nasi ayam je . 

Pagi tu jelah selepas solat subuh keluar cari kuih muih je untuk makan pagi. Nasi ayam tu nak masak untuk makan tengahari .Nanti rabia upload video di youtube /tiktok ya .


Rabu, 29 April 2026

Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0

April 29, 2026 6 Comments

 Assalamualaikum semua.. Jomlah support kawan blogger rabia ni mengadakan GIVEAWAY yang menarik tau. Ada hadiah best ni. Mana tahu kan rezeki korang menang sampul raya kan..

Jomlah bergiveaway..



Rabia nak sampul raya pokemon lah.. Berkenang pula tengok sampul raya pokemon ni. Rasanya zaman kecil dulu pernah tengok drama kartun pokemon ni ..Huhuhu..



Cuteee je sampul raya ni.. Color yellow pula tu.. My favourite color ni. Goodluck ya semua. 


Hadiah adalah Sampul Raya Anime Dan Sampul Raya Labubu.

Pemenang adalah secara lucky draw.


SEMUA RAKYAT KELAPA DIJEMPUT HADIR!

Walaupun Syawal sudah pon menghilangkan diri,
Tapi beta tetap berbesar hati,
Menghadiahkan sampul raya cantik ini,
Buat rakyat kelapa yang sudi sertai.


Nota Diraja : Jangan lupa tulis di entri, sampul raya yang mana paling kalian berkenan?

Isnin, 27 April 2026

Special gift from me

April 27, 2026 4 Comments

 Assalamualaikum semua.. Birthday kawan rabia hari ini . So rabia belikan hadiah bunga la.


😍😘😍😘😍😘 Sweet tak dapat kawan macam rabia ni .

Setiap bulan la kawan sekerja rabia dapat hadiah birthday from rabia .

Next birthday siapa pula ya ? Rabia sedang mencari hadiah juga ni .

Sabtu, 25 April 2026

Rabu, 22 April 2026

Beli kasut baru

April 22, 2026 2 Comments

 Assalamualaikum semua..Rabia beli kasut baru. Kasut tumit tinggi .

Rabia kan rendah .So pakai tumit tinggi ni nampak tinggi la.

Nak keluar pakai pergi cafe la jumaat ni .



Cantikkk. Try catwalk sekejap tadi .

Cuma pakai kasut macam ni jalan sekejap je takapalah .

Kalau jalan tempat jauh jauh rabia pakai kasut la .Kasut sukan .


Jumaat, 17 April 2026

SHOPPING TODAY

April 17, 2026 1 Comments

 Assalamualaikum semua.. Rabia dapat gaji kelmarin..Hari ini pergi shopping dengan ayah.. 

Pergi ambik gaji di bank,,

ESOK PERGI PEJABAT POS LA BAYAR PTPTN ..

Banyak juga shopping hari ini ..

Pergi mydin je.


Beli juga stock frozen .Petang ni la goreng roti canai frozen tu... Untuk makan petang..

Nanti lepas zohor solat nak rehat la.. Lepas asar barulah start mengoreng roti canai frozen .

Jumaat, 10 April 2026

Zus coffee

April 10, 2026 5 Comments

 Assalamualaikum semua. Kelmarin sajalah rabia belanja zus coffee staff kerja taska rabia ni .

Terima kasih doa itu tapi rabia malas nak fikir dah ☺ Ada jodoh adalah. InsyaAllah murah rezeki rabia 💗❤😊😍.

Okey sekarang kita fikir cara nak jadi kaya berjaya . Sebab tu rabia nak kumpul duit usd blog ni .



Ada rezeki belanja makanan lain pula. Doakan rabia ya dimurahkan rezeki sentiasa ya 💗❤.