Editors Choice

Keropok keping air fryer
Nasi ayam rabia
Zus coffee

Cari Blog Ini

Archive

Making air jagung dan nasi goreng kampung

 Assalamualaikum semua. Semalam rabia masak nasi goreng kampung dan air jagung tau . Menu berbuka puasa meriah gitu. Air jagung tak sempat nak snap.

Bahan bahan nak buat air jagung snap jelah.


Susu pekat 

Jagung manis ala krim brand ayam brand memang sedap .

Rabia masukkan air biasa sikit kedalam blender jus . Masukkan jagung tin ayam brand dan susu pekat . and then masukkan kiub ais batu. Dan blender . 

Letak dalam peti sejuk .



Nasi goreng kampung macam biasalah rabia masukkan ikan bilis , cili merah , bawang merah bawang putih ditumbuk ya. Rabia snap gambar dulu lepas tu barulah letak ikan bilis . Sebab ikan bilis rabia basuh dan tapis.

Semua bahan tu ditumbuk ya . Macam biasalah masukkan bahan bahan tadi ke dalam kuali . Masukkan minyak masak . Tumis hingga naik bau. Dan masukkan satu biji telur . Kacau kacau. Masukkan nasi putih. Kacau kacau. Masukkan sos tiram kicap gula garam serbuk cili sedikit ya . Ini yang menjadi kesedapan nasi goreng kampung ni . Masukkan sayur kangkung. Kacau rata. Siap. Hidangkan sahaja .

Sementara tunggu waktu berbuka puasa . Rabia kemaslah dapur cuci pinggan tu semua nyaaa. 

Its done by rabia 

Catat Ulasan

1 Ulasan