Nasi goreng telur by rabia

0

 Assalamualaikum semua. Hari ini rabia ganti puasa. So rabia masak sendiri untuk lauk berbuka puasa.

Nasi goreng telur. 

Cukup simple dan mudah. 



Bawang merah bawang putih cili merah 3 ditumbuk. Patutlah umi kata pedas. Rabia makan berbuka puasa tadi hujung hujung nak habis tu baru rasa pedas.

SAYUR KOBIS DAN LOBAK MERAH SAHAJA RABIA GUNAKAN. 

Tumis jelah bahan bahan ditumbuk tadi. Masukkan telur 1 biji. Kacau kacau. Masukkan nasi putih, sos ikan, sos tiram dan gula perang. Hari ini rabia tak guna kicap.

Kacau kacau dan masukkan kobis dan Lobak merah yang telah dipotong.

Kacau sebati. Dah siap hidang dalam pinggan. Tunggu jelah waktu berbuka tadi. 

Nampak sedap kan nasi goreng telur rabia ni 💛💚.

Suka pula makan kobis dan Lobak merah ni. 

Ada lagi nasi tak habis tu. Malam nanti rabia makan. Selepas menulis RPA. 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)