Cari Blog Ini

Isnin, 31 Mac 2025

Raya pertama

Assalamualaikum semua. Raya tahun ni sedihh. Memang rabia menangis la. Depan ayah je buat cool steady .
Ayah beraya sekejap tadi . Lepas tu terus hantar makanan untuk tokwan. Lepas tu pergi hospital umi ada di dalam wad .
So rabia sedih la tak dapat beraya dengan umi ayah seperti tahun lepas .
Rumah pun tertutup untuk tahun ni .
Biskut raya rabia jelah makan .Tapi semangat raya tu kena ada la .
Tetap je selfie. 
Doakan umi saya sihat sentiasa ya .




Order nasi permata tahun ni dengan jiran juga la .
Dapat makan bersama ayah tadi. Rabia pack juga untuk ayah umi makan di wad nanti . Ada hikmahnya berlaku ni .





Nasi permata 
Acar nenas
Ayam masak merah 
Sambal belacan 

Raya tanpa umi kali ni sedih sangatt . Tapi rabia call whatsapp umi je. 

4 ulasan:

  1. Selamat hari raya kpd Rabia sekeluarga.

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya aidilfitri rabia sekeluarga. Semoga umi rabia diberi kesembuhan dan sihat selalu. ^_^

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya buat Rabia sekeluarga.
    Mohon maaf andai ada tersalah kata dr PH
    Semoga Ummi cepat sembuh 🤲🏻

    BalasPadam
  4. Salam Aidilfitri Rabia.. Semoga ummi awak cepat sembuh ye..Aamin..Ini semua takdirNya

    BalasPadam