CIKGU RABIA

6
Assalamualaikum..selamat malam..

Hmm..ada jugak yang tak tahu yang rabia ni cikgu tadika rupanya..

Heheh..ni lah nak cerita dekat korang ni..Rabia belajar dalam bidang sijil kemahiran malaysia tahap 2 & 3 penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.Dah konvokesyen dah hari tu kan.Ada gambar selfie rabia kan.InsyaAllah bulan 11 ni kot rabia akan sambung diploma pendidikan awal kanak-kanak.

Rabia dah ada pengalaman bekerja di tadika,pusat transit dan taska.Tapi swasta lah.Rabia tak kisah pun.Bab gaji pun tak kisah.Actually rabia dapat gaji rm 700 je.Tapi alhamdulillah cukup untuk menampung makan minum rabia je.Lebih sikit beri dekat umi dan ayah.Tak berbelanja sangat.Berjimat-cermat.hehe.my parents pesan..suruh jimat ni..

Rabia memang suka dengan budak-budak..Siap selfie lagi.Rabia sayang kanak-kanak ni.Rabia sebagai cikgu.Rabia doakan semoga anak-anak didik rabia ni berjaya di dunia dan akhirat ya.Dengar cakap cikgu ya.

 InsyaAllah cita-cita rabia nak buka taska dekat rumah.Hehehe..doakan rabia ya.
Apa yang penting masuk kos ni? Awak kenalah sayang kanak-kanak.Macam rabia ni jenis lemah-lembut sangat.So kanak-kanak sayang lah.Sukalah dekat rabia.

Rabia pun tak sangka lah dapat jadi cikgu ni.Actually,rabia tak nak masuk kos ni..my mum suruh masuk kos ni.My mum dah nampak dah apa kebolehan rabia.Lama-kelamaan baru minat dan suka main dengan budak-budak.

Alaa...budak-budak ni kita kena pandai tackle diorang.Kena banyak bersabar.Budak-budak kan biasalah nakal-nakal tu.

Dulu orang selalu label yang rabia ni tak pandai dari segi akademik..Tapi rabia usaha sampai berjaya walaupun hanya lulus peperiksaan sahaja.Tak lah dapat A+ . Dapat C+ je.

Tapi akhirnya rabia berjaya jadi seorang cikgu walaupun sekejap je.Sebab dah berhenti dah.Sebab pusat transit tu dah tutup.Dah bila tutup..duduk rumah layan contest..berblogging dan tolong umi saya di dapur.

Dan kena banyak bercakap dengan kanak-kanak ni..Rabia ni pendiam sangat-sangat.Alhamdulillah sejak jadi blogger ni lah berubah sedikit demi sedikit.

Dan korang doakan rabia semoga rabia berjaya dalam bidang ini.Bukan senang nak senang.


RABIAHTUL ADAWIYAH ABDUL GHANI 
😍

 

Catat Ulasan

6Ulasan
  1. waaa cikgu rabia rupanya..

    BalasPadam
  2. wa...bagus... semoga dipermudahkan hasrat & cita-cita cikgu Rabia..Aamiin

    BalasPadam
  3. insyallah..moga di permudahkan...rabia,tulisan kecil sangat,kalau besarkan sikit baru best..hehehe

    BalasPadam
  4. insyaAllah ada rezeki nanti jadi cikgu lagi.. rabia try2 la mintak dekat tempat lain ke

    BalasPadam
  5. Oh, jadi cikgu tadika rupanya~
    Ok, semoga berjaya ye............ Tanggungjawab besarrr tuh kannn

    BalasPadam
Catat Ulasan