Cari Blog Ini

Sabtu, 13 Januari 2018

Bawal chiffon RM 12 - Syirah

Januari 13, 2018 7 Comments
Assalamualaikum.Selamat pagi.Rabia nak tunjuk bawal chiffon RM 12. Rabia beli dengan kawan rabia sendiri ni. Lama dah dia suruh beli dengan dia.So rabia pun beli lah .Dia dah up feedback rabia dalam facebook dia.



Cantik tudung ni.Saya beli ya syirah.Rabia whatsapp dia.Rabia cakap akak nak beli tudung ni. Warna biru.Esok tu dia bawa tudung ni dekat kolej. Dia terus bagi dan rabia bayar lah.. My lecturer tanya apa tu dalam plastik tu?Rabia cakap tudung lah cik.


Support kawan rabia berbusiness.So rabia beli lah satu tudung ni kan.


Rabia sekarang suka pakai bawal.Pakai bawal ni nampak ayu je.Dah bosan pakai instant shawl dua muka tu.


Nanti rabia nak beli tudung bawal chiffon lagi lah.Ada je harga murah lagi berbanding RM 12 tu.


Tapi tak apalah rabia support kawan rabia berbisnes.So rabia tak kisah pasal harga ni.


Siapa suka pakai bawal kat sini? ANGKAT TANGAN .


Pakai bawal pakai cermin mata 

I tengok u suka berfesyen 

Rabiahtul adawiyah abdul ghani 

Jumaat, 12 Januari 2018

IKLAN NUFFNANG DAH MUNCUL

Januari 12, 2018 6 Comments
Assalamualaikum..Selamat petang.Alhamdulillah rabia sign up akaun nuffnang..Lama jugak rabia tunggu iklan ni nak keluar.

Semalam rabia buka blog rabia..Rabia terkejut nampak iklan nuffnang ni berlegar-legar dalam blog rabia.

Rabia saja je nak try sign up nuffnang ni.


Tapi rabia tak faham pasal menjana pendapatan ni..Korang boleh tunjuk ajar kepada rabia ya.Sebab rabia first time sign up nuffnang ni

Yang paling penting iklan ni dah muncul dah.Tapi hari ini iklan ni tak muncul pulak.Kenapa jadi macam tu ya?


Rabia nak merasa jugak ada pendapatan sendiri.Nak berdikari.

Alhamdulillah lah.Rabia sempat jugak screenshot iklan nuffnang ni dalam blog rabia kan..

Rabia kan newbie..So baru nak belajar bab-bab blog ni.Hihi.Harap korang sudi share ilmu tentang blogging dengan rabia ya.


Rabia nak jadi penulis blog berjaya pada suatu hari nanti.Jadi rabia haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan ini..


Siapa pernah sign up akaun nuffnang ni?Boleh share pengalaman korang dekat comment ya..


Banyak benda lagi rabia kena belajar ni..Korang doakan semoga rabia berjaya ya.Sayang korang..


Terima kasih rabia ucapkan kepada pembaca blog rabia kerana sudi baca blog rabia.Dan tak lupa juga kepada GROUP BPT(BLOGGER PANTAI TIMUR) sebab sudi share ilmu/perkongsian tentang dunia berblogging ni dengan rabia.


THANKS YOU EVERYONE... ❤❤❤❤ 

IKHLAS DARIPADA SAYA BLOGGER TERCANTIK : RABIAHTUL ADAWIYAH ABDUL GHANI ❤❤❤

Khamis, 11 Januari 2018

TOP KOMENTAR BLOG CIK ASH

Januari 11, 2018 4 Comments
Assalamualaikum..Alhamdulillah rabia salah seorang top komentar blog cik ash.

Alhamdulillah..Syukur padamu ya allah...


Nanti rabia nak cuci gambar ni..Dapat sijil lah pulak..Terima kasih akak..

Rabia ni rajin kan? Rajin blogwalking blog orang lain kan..Nanti listkan nama blog korang ya.

Rabia nak jalan-jalan dekat blog korang ni.
Heheheh..happynya rabia

Rabia nak sangat jadi blogger terkenal.Sebab rabia nak buktikan bahawa rabia boleh berjaya macam orang lain jugak.

Rabia ni kuat berangan kan..Hahahaha..Ya allah rasa macam tak percaya lah pulak.

Nama rabia ada dekat sijil tu..Top comment bulan 2017 tu.

Nanti tahun 2018 ni rabia blogwalking lagi blog kak ya..
Wish me luck ok? 

Blogger cantik : 

Rabiahtul Adawiyah Abdul Ghani 

Nasi beriani maidah

Januari 11, 2018 3 Comments
Assalamualaikum.hai korang..rabia  nak makan nasi beriani maidah ni.

Sedap tau nasi beriani maidah ini..Terliur tak??

Sedapnya..banyak kan nasi ni.harganya adalah RM 8.50 ..

Tapi memang puas hati lah makan nasi beriani maidah ni.

Sebab sedap sangat dan ayam pun besar.

Sedapp..korang wajib cuba nasi beriani maidah kuala terengganu ni..

Dah try jangan lupa beritahu rabia tau.

Sedap tak terkata.

Rabia memang suka makan nasi beriani.My favourite food ni tau..

Kalau bulan puasa..Rabia akan cari nasi beriani..Setiap hari pun tak apa makan nasi beriani.

Sebab sedap kan.Lagi sedap kalau makan nasi beriani dengan kambing bakar.Haishh..Sebut kambing bakar ni.Rasa terliur lah pula

Oklah rabia nak makan ni.Assalamualaikum..

Rabiahtul adawiyah abdul ghani 

Selasa, 9 Januari 2018

New card blogger

Januari 09, 2018 9 Comments
Assalamualaikum..selamat malam..hai korang..
Rabia memang lama dah nak tempah namecard untuk blog rabia ni

Tapi rabia rasa macam nak buat sendiri je.Nak kreatif kan..So rabia dowload lah lah dalam google ni..

Rabia search free namecard blogger.So ada banyak keluar jenis-jenis namecard.

Cantik kan... nanti boleh lah rabia beri dekat kawan-kawan kolej.. Bukan apa senang ada event ke..Boleh rabia pass je namecard ni

Rabia kan belajar kos childcare(penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak)..So kenalah kreatif kan.

korang nak order namecard pun boleh.Tapi rabia nak buat sendiri je.senang..

Cantik kan..Tak sabar nak print.Kreatif tak saya?
Oklah..rabia nak tidur dulu.selamat malam..

BLOGGER : RABIAHTUL ADAWIYAH 

Celebrate birthday umi dengan makan nasi ayam

Januari 09, 2018 8 Comments
Assalamualaikum..Hai korang..selamat petang..hari ini rabia celebrate birthday umi..Kitaorang plan nak makan nasi beriani..Tapi apabila sampai je dekat kedai nasi beriani chendering tu.Owner kedai tu cakap nasi beriani dah habis.

Last-last kitaorang plan makan nasi ayam je lah.
Sedap nasi ayam chendering ni.Lupa lah nama kedai nasi ayam ni..

Sedap nasi ayam ni..Dulu kitaorang tak kenal pun kedai ni.Tokwan rabia lah yang selalu ajak makan nasi ayam dekat sini..

Katanya sedap nasi ayam ni.. Nasi ayam rm 5.00 je. Rojak ayam rm 4.00.. Murah kan..

Tak silap rabia..dekat chendering ni..kedai nasi ayam hanya ada 1 kedai ni je lah.

Takapalah..tak dapat makan nasi beriani..Dapat makan nasi ayam pun dah cukup..

Dah lah lapar sangat ni.So tak tahu nak makan apa dah..Makan je lah nasi ayam..

Rabia memang suka makan nasi ayam.My favourite food.
Tapi nasi ayam umi buat lagi sedap..Rasa tak cukup makan 1 pinggan.Mesti tambah 2 pinggan.Hihi..

Korang suka makan nasi ayam jugak ke? So boleh tak listkan nama restaurant ataupun kedai makan nasi ayam dekat sekitar area kuala terengganu?

Rabia hanya tahu 2 tempat ni je sedap nasi ayam..Nasi ayam darul iman dekat pantai batu buruk dan kedai yang rabia tengah makan sekarang ni.

Yang penat menulis : Rabiahtul adawiyah abdul ghani 

Ahad, 7 Januari 2018

Gadis berkaca mata

Januari 07, 2018 7 Comments
Assalamualaikum.Selamat pagi.hai korang.

Gadis berkaca mata ini adalah saya. Yang bernama Rabiahtul Adawiyah Abdul Ghani


Seorang pelajar diploma penjagaan & pendidikan awal kanak-kanak.Seorang yang pendiam dan pemalu.


Seorang yang suka bersendirian..Suka melayari internet.


Suka kepada haiwan.Haiwan kesayangan nya adalah kucing.


Saya seorang blogger . Start menulis blog pada tahun 2016-2018.


3 tahun dah blog ku ni kan..


Seorang yang suka menulis blog..



Cantik kan rabia? hihi

Seorang yang suka menjaga penampilan diri..suka makan makanan bergoreng.

Suka menyanyi.. suka mendengar lagu..suka makan..hahahaha ..


Suka tinggal dekat rumah.. Tak suka keluar.. Kalau keluar pun ..keluar dengan ibubapa je.


Suka pergi jalan-jalan dekat butik.


Suka shopping..suka shopping online..

Suka beli handbag.. suka beli aksesori contohnya,rantai,subang,gelang emas..

Suka berkawan dengan orang yang lebih tua daripada rabia..


Suka beli kasut..Suka beli baju dan skirt..


Suka search youtube..Suka baca majalah..suka baca majalah harmoni,remaja,nur dan lain-lain.


Suka melayari facebook & instagram.


Tak suka makan ikan...tak suka orang yang ada sifat iri hati..tak suka dengan orang yang tak jujur..tak suka orang yang suka menipu..


Tak suka makan ikan,Suka makan ayam je.

Isnin, 1 Januari 2018

Cermin mata baru

Januari 01, 2018 16 Comments
Assalamualaikum.Happy new year 2018.Umur rabia dah 22 tahun.

Oklah..rabia nak cerita pasal cermin mata baru rabia ni.


Cermin mata yang lama tu dah tak boleh pakai.Sebab dah tercalar dah.Patutlah sakit kepala pun.


So i tukar cermin mata baru.Lawa sangat tau.Nak tengok tak?




Cantik tak cermin mata baru rabia.Rabia beli RM 150 je. Power pun 100.. Rabia rabun jauh. Dan silau pun dah naik dah 25 . Hmm.maybe sebab rabia selalu lap cermin mata lama dengan tisu. 


So bila dah tukar cermin mata baru ni rasa okaylah.Cuma first time pakai ni memang pening kepala. 


Cantikkk tak? Rabia memang dari sekolah lagi pakai cermin mata sehingga sambung belajar di kolej ni pun masih pakai cermin mata.


Rabia takut nak pakai contact lens. Dan memang tak berani nak pakai..


Cermin mata macam rabia pakai tu besar kan.Dan jelas lah pemandangan tu.


So korang kalau ada masalah rabun dekat atau jauh baik awak pakai cermin mata ya.


Nak pakai cermin mata macam rabia pun boleh.



 Rabiahtul adawiyah abdul ghani

Sabtu, 30 Disember 2017

TQ FELLERA BEAUTY

Disember 30, 2017 8 Comments
Assalamualaikum..Rabia baru je balik dari wisma fellera beauty.Sayang nya tak sempat nak selfie..

Tak apa .. asalkan dapat goodies bag

I kan pengguna fellera..So wajiblah dapat produk fellera beauty..


 

Terima kasih kakak cantik manis......Tak sabar nak pakai tau..

Dapat free pulak goodies bag ni.. Lama dah rabia tak beli kan..
First time rabia pakai scrub beras soya lepas tu pakai face relaxing treatment pulak..Lepas tu tak beli dah.

Ini dapat goodies bag..Kiranya rabia kembali jelita semula lah..

Ya lahh..Kita sebagai perempuan kena lah jaga kecantikan luaran dan dalaman..Baru cantik kan..

Sebab tu lah rabia tak sayang duit kalau nak beli produk-produk ni

Janji selamat dipakai.Dan bahan semulajadi pulak tu..Nak cantik? Pakailah fellera beauty ya.

Saya yang penat menaip : rabiahtul adawiyah abdul ghani

 

Jumaat, 29 Disember 2017

Menang giveaway blogger

Disember 29, 2017 7 Comments
Assalamualaikum.. Salam jumaat.Alhamdulillah..Rezeki rabia menang Giveaway daripada blogger.


Rabia pilih topup je. Hihi.Asalkan dah menang kan.

Ya allah.Ingatkan tak menang dah.Saja je join ni.Nak support blogger.

Akhirnya menang jugak.Ni kiranya rezeki untuk rabia.

Alhamdulillah..Eh rabia dah tukar template blog tau.Guna gooyabi template je.

Apa-apa pun thanks you kak.Tq blog lubuk seni.

Itulah best jadi blogger.Hari-hari menang pun tak apa.

Rabiahtul adawiyah 

Khamis, 21 Disember 2017

Happy birthday to me

Disember 21, 2017 6 Comments
Assalamualaikum..Happy birthday to me .

Hari ini rabia celebrate birthday ni dekat top dinnie cafe.

My parents and my friends jugak sambut birthday rabia.Thanks you .




Thanks you kak celebrate my birthday.. Nanti rabia tunggu hadiah apa yang kak nak bagi tu.Kak kata surprise kan.
Yes..nanti nak cuci gambar ni..Lawa lah gambar ni.
Terima kasih sudi wish my birthday.Penuh notification tau.
Nasib tak rosak phone rabia.Hahaha..
Oklah..rabia dah penat sangat ni. TQ FOR WISH MY BIRTHDAY .. Sayang korang semua.