Cari Blog Ini
Khamis, 14 Julai 2022
Khamis, 7 Julai 2022
CUTI
Selasa, 5 Julai 2022
Makanan beauti
Assalamualaikum semua. Balik kerja pergi cari makanan si beauti tu .
Dia balik je terus nak makan. Huhu. Kadang kadang berkongsi makanan dengan si black dan si kelabu tu .
Lupa nak snap gambar dia tengah makan hahaha . Balik dari jalan jalan tu dia sendiri nak masuk sangkar tau. Dia bau makanan dia la tu.
Makan la puas puas beauti ya.
Mahal jugak makanan kucing sekarang kan .
Isnin, 4 Julai 2022
Makan
Assalamualaikum semua. Makan tak habis pun. Entahlah lepas baik demam. Selera kurang . Maybe sebab berpantang sekarang dari makan seafood ayam udang sambal belacan tu semua kan.
I ada resdung walaupun dah makan vitamin. C. Pantang tetap kena jaga jugak . Kan mc pula susah pula.
Ikan kerisi kuah singgang tak habis makan pun hurmm. Minta nasi goreng umi beli petang nanti kot.
Dahlah batuk lagi ni.
Harap balik bolehlah makan best best. Daku dah tak selera makan dah. Nak makan sambal belacan pun tak boleh.
Baru ni pergi klinik. Resdung ku sampai ke jadi demam.
Kuat bersin kerap bersin keluar darah sikit. Aduhai . Perit terik ni. Main tak sihat je .
Tengok tu tea peng ais hari hari beli rm 2 je pun.
Ahad, 3 Julai 2022
Makan makan
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari ini start pergi kerja dah. Khamis baru ni cuti mc sehari demam batuk resdung selsema.
Hari ini umi mari hantar nasi goreng ikan. Tea peng beli dekat kedai berhampiran tadika rabia kerja je .
Tea peng rm 2 je. Sedappp huhu.
Sedap minum air batu tu. Batuk ada sikit lagi.
Ahad, 26 Jun 2022
Beruang cafe
Sabtu, 25 Jun 2022
Stock makanan di rumah
Assalamualaikum semua. Selamat petang. You all pergi mana cuti di hari minggu ni ?
Pagi tadi rabia pergi bayar ptptn . Huhu.
Nak settle hutang semuanya. Bayar sikit sikit.
Dah kerja kan .
So hari ini rabia nak share stock makanan yang ada di rumah rabia .
Lepas pergi bayar hutang tu. Pergi 7 eleven pula beli roti nak makan pada pagi esok before pergi kerja.
Huhu banyakk kann stock makanan di rumah rabia ni. Lepas ni kena restock makanan lain pulak.
Maggi indomie tinggal satu bungkus je . Sebab hari khamis lepas balik kerja. Rabia masak satu bungkus lagi . Heheh.
Lapar sangatt. Pagi makan roti . Tengahari makan nasi minyak . Balik rumah kadang tak makan juga. Diet ke rabia ?
Berat pun 49.2 kg la. Kadang nak turunkan lagi. Tapi tengoklah stock makanan saya banyak kan . Huhu
Nak kena habiskan tu.
Roti banyak banyak tu makan pada waktu pagi sebelum pergi kerja. Saya kerja ahad sampai khamis kan. Pagi saya tak boleh makan nasi tau. Jadi sakit perut memulas . No nasi la pagi pagi tu .
Orang lain boleh je makan nasi waktu pagi. I tak boleh.
Rabu, 22 Jun 2022
Kek pandan cheese leleh
Assalamualaikum semua . Hari ini rabia order kek pandan cheese leleh RM 5 dengan kawan rabia sekerja tadika ni .
Lepas tu dia bagi freegift pula kek pandan cheese leleh . Boleh la bagi umi rasa.
Sedapp cheese dia meleleh la . Banyakk sedap rasa lemak gitu .
Sedappp kek pandan cheese leleh teacher buat ni ❤ Thank you teacher .
Semoga dimewahkan rezeki . Pandai dia buat kek kan .
Huhuhu. Sedappppp so you all bolehlah order dengan diaaaaa yaaa .
Khamis, 16 Jun 2022
Pak awi nasi ayam
Assalamualaikum semua. Hari ini rabia order nasi ayam pak awi tau 💗❤.
Runner mari tadi dia cakap RM 8 je. Kali ni rabia order sayap ayam tauuu .
Memanggg sedappp awakkkk . Seriussss sedap ❤.
Memanggg sedappp .
Bolehlah nak ajak family pergi makan pun . Nak minta dia cod kan pun boleh .
Nikmatnya . Habis licin rabia makan.
Memang mengidam nak makan nasi ayam pak awi tadi . ❤💗✅.
Sedapp 💗❤ . Semoga dimewahkan rezeki awakkk tau .
Isnin, 13 Jun 2022
Vitamin c baru
Assalamualaikum semua. Selamat malam. Okey rabia beli vitamin c baru tau 💗🥰💕❤. 2 botol RM 90 .
New product from Shaklee 💗✅ So nanti nak try makan lah .
Dos dia sedikit la . 250 mg sahaja . Kemam saja tau .
So jomlah kita consume ya 💗 Jaga diri jaga kesihatan ✅💗.
Siapa nak beli roger rabia okey 🥰.
Doakan rabia jadi jutawan tau .
Sabtu, 11 Jun 2022
Maggi goreng by Rabia
Assalamualaikum semua. Petang tadi rabia masak maggi goreng . Terliur tengok di reels instagram orang masak maggi goreng.
So rabia masaklah ✅💕❤💗 .
Siappp masakkk maggi goreng dan ayam goreng ramly ✅ .
Nikmatnyaaa rasanyaaaa ✅🥰😍❤🥰💕🥰💗🤲🏻 Alhamdulillah . Syukur dikurniakan kesihatan yang baik . Masih boleh memasak lagi.
Rabia masak sendiri je . Lepas ni ada rezeki nak beli kuali lain pulak . Heheheh.
Rabia berkenang sangat bab bab kuali ni 😍.
Heheh bab kuali dapur ni nak cari sangattt la dalam shopee add to cart dah tu .






















