Assalamualaikum semua. Selamat pagi . Sempat jugak join contest di Instagram . Hehe. Semoga ada rezeki rabia nak menang brocade jizanlykl ni . Hari tu dah menang dah . Tapi tak jahit buat baju pun . Sebab teringin nak pakai majlis kahwin nanti . 


Best la join contest ni . Tak rugi pun. Sorry la jika rabia ada tag nama u all ya 😘😐☺. U all join la giveaway . Pickup line sekali 😊. Hehe .

Tak rugi pun join contest . Macam rabia join kan. Tak sangka menang.  First join dulu. Hanya suka suka je. Menang sekali . Lepas tu selalu ada rezeki menang contest . Tak terbayang di fikiran rabia yang join contest macam ni boleh menang banyak hadiah 😘. Rezeki tak pernah salah alamat kan. Dah rezeki rabia . 

Jika u all tengok rabia memang aktif kan . Selalu tag nama . Cuma rabia akan tag nama yang tertentu je. Sebab rabia dulu dah kena marah kan 😐 . Ada yang suka , ada yang tak selesa tag nama banyak kali sangat pun. Masa tu menang ratu contest la rabia ni . Ampun maaf dipinta dari saya ya 🙏. 

Kadang tu tak tahu nak cerita apa di blog ni . Rabia akan cerita la pengalaman dapat hadiah contest ni di blog supaya u all bersemangat nak join jugak 🤣. Pandai kan rabia racun u all suruh join jugak contest tu . Jika ada masa free tu join je. Nak tag nama rabia banyak mana pun rabia tak kisah. Tak marah pun . 

Best join giveaway ni . Hadiah selalu sampai di depan pintu rumah .Mesti poslaju pelik kan . Budak ni shopping apa banyak sangat tu 🤣. Memang kaki shopping ke. Hahah. Padahal hadiah contest . 

Selain dapat hadiah kan ? Apa untungnya masuk contest ? Boleh la kita support orang business sekali . Kadang tu join tu . Lepas tu mesti nak beli kan apa yang dia jual tu . Dari situ kita support la orang berbisnes. Tak salah join contest ni . 

Panjang pulak kali ni ceritanya . Hehe . Nak jadi penulis buku agaknya. Ada cerita banyak dalam buku log dulu. Hilang entah ke mana buku tu . Nak tulis pasal kisah hidup ku . 

Pakat tag nama rabia jika ada mana mana giveaway ya. Kadang tu ada jugak tak sempat join giveaway yang banyak sangat tu . Rule kadang ada yang susah jugak. Rule susah sangat . Malas nak join 🤣. 

Follow instagram rabia . Rasanya beritahu dah dalam blog hari tu nama IG rabia. 

Gambar di atas tu ada instagram rabia . Jemput follow belaka 💓. Mari kita sama sama meriahkan giveaway . Kesian kalau sendu je kan. Meh la join sama . Mana tahu awak dapat rezeki hadiah juga kan . 

Dah join ke giveaway nak menang brocade ni ? Haha. Join cepat cepat . 

Assalamualaikum 💓