Assalamualaikum semua . Semalam rabia snap gambar kucing yang bernama mak mishai . Sebab apa lah letak nama mak mishai ? Sebab dia mak kepada anak kucing yang bernama mishai dan tompok tu . Entahlah anak dia hilang ke mana dah. Tapi baru baru ni mak mishai sudah melahirkan anak baru . Entah la mak mishai letak Anak dia dekat mana .
Daripada jadi mak buyung . Tengok tengok dah kempis perut nya .
Senyum sikit mak mishai
Nanti nak cuci gambar ni ❤. Biasanya mak mishai ni susah sikit nak bergambar. Disebabkan rabia panggil dia kelmarin . Dia ingatkan rabia nak bagi makanan. Padahal baru je makan .
Selepas tu rabia terus je lah snap gambar dia .
Pandai pulak matanya tengok kamera phone rabia ni . Hehe. Mak mishai doakan rabia tau. Setiap kali bagi makanan dekat dia mesti rabia bercakap dengan dia. Mak mishai doakan aku ya semoga dapat jodoh , dapat kahwin , dapat rezeki .
Dia tengok je rabia. Memang dia sejenis suka melihat muka orang ni .
Suka betul tengok gambar ni . Ini halaman belakang rumah rabia. Rabia jika kaya nak sangat buat sliding door dekat dapur tu . Huhu. Aamiin doakan rabia kaya berjaya dunia akhirat.
pandai mak mishai tengok kamera..hehe
BalasPadamMurah rezeki bela kucing, sebab kucing sentiasa doakan untukkk kita :)
BalasPadamComel. Susah nak ambil gambar kucing pandang camera.
BalasPadamcomelnya...bela binatang seperti kucing ni banyak pahalanya.Dia sentiasa mendoakan kita..
BalasPadambetul, susah nak ambil gambar kucing ni! Pandai kucing ni tengok kamera!
BalasPadam