Brown

1

 Assalamualaikum semua. Petang ini rabia bagi makan dekat brown. 

Dia tu kalau bagi makan memang sukalah mengeow . Tak makan pun mengeow. Jenis dia suka mengeow . 






Lepas makan tu. Brown minum air. Kesian dia. Dahaga sangat. Rabia selalu tukar air tu. Yalah kadang berlumut kan. Rabia basuh la. 

Tukar air baru. 

Lepas kenyang makan minum dia nak bermanja la dengan rabia. Ini bukan kucing rabia ya. Kucing jalanan ni. Tiba tiba datang kerumah rabia. Sebab rabia selalu sediakan makanan dan minuman untuk kucing . 

Tubuh dia jenis panjang. So nampak kurus la. Walaupun 3 kali sehari bagi makan. Makanan beauti pun ada lebih dalam bekas so rabia topup dan bagi dekat brown la. Kesian dia. 

Selfie dengan brown. Brown ni kucing jantan . Beauti anti la dengan brown ni. Tak nak kawan dengan brown. Brown selalu kacau dia. Alahhh biasa lah macam kita lah kan. Lelaki mengorat si perempuan gitulah kucing juga. 

Sentiasa bagi makan so brown ni dah jinak. Dah selesa dengan kami. Cuma mulut dialah suka mengeow. 

Rabia harap brown kekal la duduk sini walaupun lepas makan tu dia akan pergi jalan jalan ke lain la pula. Tapi harap dia sentiasa datang kerumah rabia. Kalau sehari dia tak datang. Rabia akan panggil nama nya. Esok kan dia datang. 

Rabia memang suka kucing. Ada juga kenangan berselfie dengan brown. Hehe. 

Dah banyak kucing rabia jumpa tau. Sempat la cuci gambar . Yang datang ke rumah rabia pelbagai jenis kucing lah. 

Brown doakan saya ya dimurahkan rezeki sentiasa. 

Catat Ulasan

1Ulasan
Catat Ulasan