Cari Blog Ini

Ahad, 19 September 2021

Roti gardenia pandan

September 19, 2021 8 Comments

 Assalamualaikum semua. Ayah beli 4 plastik roti gardenia pandan. 2 plastik bagi ke tokwan . 

2 plastik lagi rabia punyaaa sekeluarga la 🤣 



Bye bye 😭 Inilah roti last Rabia makan ni . Sedappp tak terkata . 

Memang You all kenalah grab awal awal . Umi pergi berapa cawangan kedai 7 eleven dah ni.Last last jumpa dekat 7eleven mana entah umi cakap hari tu . 

Roti ni hari rabu dan hari sabtu je ada. So kena grab hari tu lah ya . 


Sabtu, 18 September 2021

Tukar header blog dan template blog

September 18, 2021 8 Comments

 Assalamualaikum semua. Malam ni rabia tukar template blog dan header blog guna canva je. Hehe. Letihh jugakk . Sebab cari template yang susah nak berkenan di mata di hati. Memilih la juga 🤣. 


Template lama . Guna gooyabi template je ni .


Header blog dan template blog baru. Yang ni website gooyabi or website apa lah ya . Rabia lupa pulakk. Nervous nak tukar template blog .

Oh hari tu rabia ada nak tukar template guna etsy tu. Tapi semua kad kredit rabia jadi tak boleh nak guna untuk beli template tu .

Disable katanya. Biarlahh dulu. Nak suruh kak AO design kan boleh je. Duit tak ada lagi setakat ni . Sebabnya nak design biar sampai Rabia tak akan tukar template blog dah lepas ni . Kalau free ni pun rabia kerap tukar template . Yang berbayar macam sayang nak tukar . Money money kan 🤣. Duit tu kan. Template berbayar kan . 

Kepada peserta belajar buat blog dengan rabia try guna template yang free jelah dulu ya . 

Rabia done shopping shopee

September 18, 2021 5 Comments

 Assalamualaikum semua. Rabia shopping blouse di shopee tau .

Umi bayarkan di 7 eleven je lah senang. Shoppe pay rabia tinggal sikit je . Tak nak la ajarkan diri guna shoppe pay sangatt . 



Rabia pergi bank kan kelmarin . Ayah tolong ambilkan duit rabia . Heheh. Itulah rabia belanja tu . 

Link shopee baju rabia beli : 

https://shopee.com.my/bestshow9527.my?smtt=0.0.9

Ok try terjah ya . Banyak blouse cantik cantik. Rabia pakai blouse dirumah je. Kadang malas sangat pakai keluar rumah juga 🤣 Tapi selesa baju kurung lagilah . 


Today class start Group belajar buat blog dengan Rabia

September 18, 2021 2 Comments

 Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Rabia dah record pembelajaran apa yang rabia ajarkan pada hari ini. Pukul 9 am nanti rabia share je di WhatsApp dan telegram group .

Rabia ajar pasal tukar template blog . Sebab yang ni memang penting . 



Rabia tak ajar copy paste coding template tu ya. Rabia ajarkan muat naik terus template tu tanpa copy coding template tu . 

Rabia search je gooyabi template blog . Dia akan keluar macam ni . 


Rabia screenshot lagi dan edit gambar ada background macam ni guna aplikasi meitu .

Gigih kan rabia ? Heheh. Okeylah u all try lah apply apa yang rabia ajarkan tau . Bab template blog rabia tekankan . 

Dan cara kita menulis pun. Cara kita sampaikan apa yang kita menaip di blog pun penting . 

Semoga Rabia mendapat ganjaran pahala meneruskan sharing di group WhatsApp dan group telegram . Kiranya ada 2 grouplah ya . 

Selain menulis itu menjadi hobi rabia . Sharing ilmu pun dikira amal jariah juga. 

Terima kasih sudi join group belajar buat blog dengan rabia ❤. 

Jumaat, 17 September 2021

Nasi goreng putih by Rabia

September 17, 2021 6 Comments

 Assalamualaikum semua. Lama kan rabia tak masak nasi goreng. Nasi goreng putih je hari ini. Try pakai chopper electric tu. Ayah pandai kisarkan tau . Ayah tolong rabia. Lepas tu bawang merah 1 biji je baru Rabia kisarkan dalam chopper electric tu . Kena pisau dia sikit . Darah sikit je. No hal la. 


Kobis cina


Telur 1 biji


Nasi putih sikit sahaja 


Sos tiram 


Kicap 


Bawang putih 3 ulas

Bawang merah 1 ulas

3 cili merah


Hasilnya kisar semua bahan bawang putih bawang merah cili merah tadi


Garam halus sikit je letak ya 


Gula perang sikit sahaja 


Cara memasak : 

1) Masukkan bahan kisar tadi .Goreng goreng jangan hangus tau . 

2) Masukkan 1 biji telur 

3) Masukkan nasi putih 

4) Masukkan sayur kobis cina 

5) Masukkan sos tiram , kicap sedikit sahaja.

6) Masukkan garam halus 2 sudu sikit je . Jangan banyakkk .

7) Masukkan gula sedikit sahaja . 

8) Kacau kacau . Siap. Hidangkan dalam pinggan . Okey done masak by Rabia 🥰 

Rabia masak untuk Umi Dan Ayah Angkat Rabia ya 🥰❤😍 Penuh kasih sayanggg . 



Bawa beauti jalan jalan

September 17, 2021 2 Comments

 Assalamualaikum semua. Jalan jalan sekejap bawa beauti. Tak nak la tinggal dia seekor je di rumah . 

Kesian dia .Nak jalan dengan Rabia , umi ayah juga.



Baik je dia. Tak lari pun . Umi pegang dia sekejap . Lepas tu masukkan balik dalam cat cage tu . Senyap je dia. Menikmati hari hari yang indah la tu .

Semalam kan dia jilat jari rabia . Rabia ada baca dia jilat kita tu tandanya dia anggap kita rakan rapat dia . Dan dia sayang kita . 

Memang nampak dia sayangkan kitaorang . Rabia pergi tandas sekejap je. Dia dah mengeow. Hehehe. Cari Rabia pergi mana kan. 

Alhamdulilah. Allah hadirkan dia dalam hidup kami. Dia yang datang kerumah Rabia . Mungkin Allah nak bagi sesuatu untuk kami .

Khamis, 16 September 2021

Umi beli periuk nasi di shopee

September 16, 2021 7 Comments

 Assalamualaikum semua. Umi beli periuk nasi lebih besar di shopee. Rabia sentiasa pesan dekat umi sebelum beli baca feedback orang yang dah membeli tu .

Okeylah . Nanti sampai rabia share ya .



Periuk nasi lama pun guna tefal jugak . Tapi nak beli yang besar sikit .

Nak masak nasi banyak pun okey la kan. Periuk lama tu masak nasi ayam . Tengok tengok tinggal sikit je nasi 🤣 Padahal masak 2 cawan setengah dah tu . 

Tunggu sampai jelah nanti. 

Beauti duduk dalam bilik tidur Rabia

September 16, 2021 6 Comments

 Assalamualaikum semua. Ada jer ni beauti . Duduk atas katil Rabia ni . Dia tidur dekat dapur dalam sangkar dia biasanya malam malam. Tak sanggup nak tinggalkan dia tidur luar tu. 

Dia bebas ni nampak okeylah . Dia tak boleh kena kurung dalam sangkar je . Kitaorang bagi bebas la . Bukan nya tinggal dalam sangkar sentiasa. Mainan pun rabia bagi main. 



Dia duduk atas katil rabia . Time nak kurung dia nanti. Dia duduk la dalam sangkar dia tu. Baru baru ni bawa dia pergi klinik veterinar kan. Lepas tu bawa dia pergi rumahtokwan . Bawa dia jalan jalan. Dia okeylah duduk dalam cat cage tu. 

Nanti nak standby air dan makanan dia sekali bawa dalam kereta . Sebabnya dia demam hari tu sebabnya tinggal dia seekor je dalam rumah.

Time tu kitaorang keluar pergi mydin nak shopping . 

Kalau nak shopping barang dia ni memang banyaklah . Rabia rasa macam nak beli alas tempat tidur dia tu 🤣. Hahahaha. Kalau rabia kerja bolehlah beli. Hehe. Gaji business tak masuk lagi. Baru on bisnes semalam . 


Alahai so cute ❤ Gambar dia tak cuci lagi. Sebabnya hehehe tahun ni jugakla baru rabia cuci gambar anak anak didik prasekolah la , gambar student taska , kawan kawan tu semuanya. Tak apa la gambar beauti ada simpan dalam pendrive dah . Nak pergi kedai gambar nanti. Bawaklah pendrive tu . 

Group belajar buat blog dengan rabia

September 16, 2021 5 Comments

 Assalamualaikum semua. Alhamdulillah. Masih bernafas lagi. Rabia akan ajar di group belajar buat blog ya. Siapa nak masuk group ni boleh click link ni ya . Rabia ajar cara nak tukar template blog , Nak apply AdSense , cara buat blog . 

https://t.me/joinchat/OQBucZvBl-tkYTg1 

Telegram group 🥰


Yang ni Group WhatsApp Belajar Buat Blog Dengan Rabia . 


Group di telegram ❤ Semoga dipermudahkan segala urusan Rabia . 

Kelas praktikal macam biasa. Rabia nak lihat ada yang dah tukar template blog free . Nak lihat pandai main coding template blog tak. And boleh faham tak apa yang Rabia ajarkan tu . Apply ya . Tak faham boleh WhatsApp personal dengan Rabia .