Resepi famous amos chocolate chip cookies

 Hai..assalamualaikum 

 Hari ini rabia buat homemade famous amos chocolate chip cookies 

 Sedap sangat biskut ni 

Agak-agak kalau rabia buat bisnes chocolate chip cookies ni..agak-agak ramai yang beli tak ? hehehe..

 Rabia saja-saja je try buat famous amos chocolate chip cookies ni..

Daripada main gadget..baik buat biskut..heheh



Dah siap famous amos chocolate chip cookies by rabia


 Sedap sangat.. 


Homemade Famous Amos Chocolate Chip Cookies..
Kudapan anak2..nak beli mahal. Jadi terhasillah Homemade Famous Amos Chocolate Chip Cookies..
Bahan2 nya..
1 buku butter (lebih kurang 300gm)
1 cawan gula kaster
2 cawan gula perang/gula merah pun boleh
2 biji telur
1 1/2 suduteh esen vanilla
Bahan2 kering (diayak):
  3 cawan tepung gandum
1 suduteh baking soda
1/2 suduteh garam halus
2 cawan chocolate chip
1 cawan kacang almond tumbuk (kalau xde pun xpe)..
Cara-cara :
1. Panaskan oven ke 160-170 c.
2. Satukan butter, gula kaster, gula perang, telur dan vanila ke dalam mangkuk pengadun, pukul hingga sedikit kembang & sebati.
3. Masukkan bahan-bahan kering dan gaul sebati.
4. Masukkan pula chocolate chip, jika suka kacang pun boleh masukkan dan gaul sebati.
5. Buat jemput2 atau guna sudu kecik pun boleh.
6. Bakar selama 15-20minit atau sehingga warna btukar perang.

Selamat mencuba 

Blogger : Rabiahtul adawiyah abdul ghani 

Catat Ulasan

0 Ulasan