Assalamualaikum dan hai selamat petang semua. Pagi tadi selepas solat subuh,mandi . Selepas itu, rabia pergi jenguk halaman belakang rumah . Rupa - rupanya si kuning , si putih dan kucing yang lain tu dah ada dekat belakang halaman rumah rabia. Diorang tu memang suka datang singgah ke sini sebab nak makan.
Si putih dan si kuning
Alhamdulillah makin ramai kucing yang datang . Rabia pun happy tengok diorang makan ni. Rabia ada juga cita-cita nak beli bekas makanan sekali bekas minuman tu . Hehehe. Entah la kucing ni datang dari mana. Tiba-tiba je ada dekat belakang halaman rumah rabia.
Si Kuning
Nama si kuning ni nama yang diberi oleh Rabia sendiri. Tapi dia ni kan suka sangat mengeow . Agak cute kan si kuning ni. Tak silap rabia dia adik beradik si putih tu. Nak tahu tak dia ni suka mengorat si tompok. Tapi si tompok jual mahal.
Gambar ini rabia dah save dan nak cuci la gambar ni nanti. Heheheh. Dulu kan, lagi ramai la kucing yang datang ke belakang halaman rumah rabia.
Diorang ni biasanya rabia bagi makan ikan , nasi putih . Kadang - kadang kalau dah tak ada stock makanan tu, rabia bagi biskut jagung . Diorang makan je . Sebab lapar kan .
Comel - comel je si kuning dan si putih ni. Ayah si tompok tu tak datang hari ini. Kalau dia datang rabia dah snap picture dia tu.
Si putih
Comel je dia ni. Tapi kan si putih ni tak jinak la. Hurmm.. Tapi selalu je masuk ke dalam rumah rabia. Ketika rabia sedang sibuk buat kerja. Tapi part nak menangkap si putih ni hmm.. Dia lari . Susah betul nak menangkap si putih ni. Agaknya nak kena pasang perangkap untuk tangkap dia ni.
Sama juga dengan si kuning tu, Susah betul nak jinak dengan rabia. Semoga 2 ekor kucing ni gemuk la . Ada je kucing lain yang datang tadi, Mak si tompok dan si mishai tu. Dia tu tak mesra alam. Sama perangai dengan anaknya si mishai dan si tompok tu. Tengok muka rabia ni asyik nak lari je.
Nak pegang si kuning dan si putih ni memang agak susah la. Diorang masih baru nak menyesuaikan diri dia kan dengan rabia .
Boleh ambik gambar je la. Nak pegang nak sentuh tak bolehh .. Hmm.. Semoga si kuning dan si putih , si tompok , si mishai dan kucing yang lain juga dikurniakan kesihatan yang baik. Biar gemuk gitu. Hehehe, Rabia ada juga terfikir nak beli whiskas .
Mana si mishai dan si tompok ? Hurmm si mishai tak balikk dah . Hilang ke mana lah. Si tompok tu ada penyakit takut . Takut apa ? Takut dengan si kuning, si putih ni. Si kuning tu selalu mengorat si tompok. Tapi si tompok jual mahal la pulak.
Okeylah tu je lah rabia nak share entry pada hari ini, Selamat petang dan selamat berehat ya u all. Assalamualaikum . Terima kasih sudi membaca blog rabia ini.
Bagus la bagi kucing2 jalanan ni makan. At least ada saham pahala kita di sana nanti. Sedekahkan makan dengan haiwan2
BalasPadamKoleksi ternakan kucing wak bertambah seekor lagi.
BalasPadamkucing sesat kat surau berhampiran rumah, jadi wak belalah.
selalunya, kalau bulu 3 warna kucing betina
BalasPadamRumah akak pun ada jugak kucing yang selalu datang makan, tapi pagi tadi dia tak singgah kat rumah pun. Lalu je tepi rumah. Berlagak nau time kenyang, time lapar bukan main mengiow mintak makanan..
BalasPadamnow i miss my cats
BalasPadamMurah rezeki Rabia n family tlg kucing terbiar
BalasPadam