Assalamualaikum semua. Tertekan baru baru ni dengan eatmarna aplikasi kan. Tapi alhamdulillah boleh masuk je ke raudhah tadi.
Di Raudhah . Berdoa semasa sujud. Jangan menadah tangan ya.
Dan limit time di Raudhah . Sebab tu kenalah datang awal . Solat sunat, solat taubat, solat hajat. Baca al - Quran . Rabia tak bawa al quran menang giveaway tu .
Di raudhah dah disediakan al Quran . Boleh melihat maqam Rasulullah saw . Banyakkan berselawat .
Okeylah . Lepas stress dengan aplikasi tu kan.
Kami minta izin mutawif . Nak pergi tengok kedai. Maka nyaaa. Umi beli la untuk orang yang dikirimkan kepadanya. Siap tulis awal awal dalam kertas . Sebab kami nak bajet kan.
Rabia beli jubah . Heheh. Dan Rabia minta umi beli untuk kembar 3 Rabia .
Sama tau . Mestilah rabia tak lupa kembar rabia. Walaupun tinggal dengan umi ayah angkat kann. Heheh. Nanti adik balik . Adik bagi tau . Sekali nak print wish birthday 21.12.1996 ni jugak .
Sama dengan kembar rabia jugakk ni. Heheh. Umi kata sama. Rabia nak sama sebab kembar 3 kan . Kenalah sama gituu . Matchinggg .
Sekolah menengah pun sama sama. Tapi kami kelas berlainan .
Lepas tu beli sejadah .
Baru 2 ni jelah belinyaaa . Ada plan nak beli bag, cincin dan gelang Rabia nak pakai la .
Sorry tau pembaca blog Rabia . Kalau ikutkan hati nak beli semuaaa apa yang dijual disini . Madinah. Untuk top commentar bulan disember 2021. Tapi apakan daya boleh buat. Kena tengok bajet .
Maybe lepas lepas balik ni la . Kuarantin . Rabia design header blog ya .
Okeylah tu jelah barang dishopping nya.
Assalamualaikum .
stay safe rabia
BalasPadam