Assalamualaikum semua . Selamat pagi. Sejak akhir-akhir ni Rabia suka play quiz and ask me a question at my instagram. Hehe. Thank you yang sudi jawab quiz ya.

Boleh nampak lah siapa yang selalu melihat IG story Rabia ni. Kadang-kadang orang sama je yang tanya soalan,quiz tu. It's okey lah. Asal ada yang sudi melihat insta story ku ni . Sudi play quiz dengan jawab soalan yang Rabia tanya .


Quiz 


Hahaha soalan tu mek yunie tanya dekat Rabia. Ermmm.. no komen lah. Ada jodoh ada lah. Tak ada jodoh tak ada lah. Okey tu je. Setakat ni berkawan je lah. Sampai seru nak kahwin tu. Kita awal-awal dulu hantar kad jemputan dekat blogger hahaha.

Banyak benda lagi nak kena fikir. Bab jodoh ni Rabia selalu berdoa dan bertawakal pada Allah swt. Takut nak fikir pasal kahwin sebab takut dengar pasal divorced sekarang ni.

Sebab tu Rabia sekarang fokus pada diri sendiri. Banyak benda Rabia kena ubah diri Rabia sekarang. Nak jaga anak orang bukan senang. Diri sendiri pun tak terurus. Kena urus diri sendiri dengan betul-betul lah. Lepas tu baru fikir nak jaga anak orang. Nak jaga anak orang ni bukan anak kucing .

Istilah tu selalu ku lihat di Instagram . Rabia kalau boleh nak cari calon yang boleh membimbing Rabia ke arah agama. Ciri-ciri lelaki yang Rabia nak of course tak nak yang merokok. Itu paling penting. Hormat ibubapa Rabia. Bertanggungjawab,tak tinggal solat 5 waktu dan lain-lain.

Kalau ada orang kata Rabia ni terlalu memilih ke soal nak cari jodoh. Yes memang kena pilih lah . Salah pilih merana hidup kau nanti. Nak hidup berpasangan ni biarlah hidup bahagia sampai bila-bila.

Bukan derita aku pilih. Bahagia aku pilih . Setakat  tu je lah Rabia mahu sharing story . Thank you sudi baca . Eh ada orang baca ke? Assalamualaikum .