Assalamualaikum semua. Fuhh sejak akhir-akhir ni otak aku memang berserabut. Serabut dengan assignment dan group assignment. Ada juga assignment yang dah siap aku hantar dah. Itu assignment individu cepat je lah aku siapkan dan submit online tu.

Ni assignment group. Ada assignment yang tak siap lagi  ni. Ada juga assignment by group aku buat individu. Aku penat melayan kerenah kawan-kawan group ni. Aku penat . Dahlah otak aku penat dah. Dah berapa hari aku tak tidur ni. Otak aku dah mula letih. Apabila aku letih fikiran aku mula bercelaru.


Aku suka apabila berada di taska ni. Aku suka bergaul dengan kanak-kanak ni. Lebih baik aku tinggal dan kerja dekat taska je. Apabila aku berada di taska ini pada pagi tadi. Semua kanak-kanak tu suka dekat aku. Aku baru first time datang ke taska ni. Tapi diorang mula bermanja dengan aku. Maybe dia tahu aku bukan datang ke taska diorang hanya untuk aku siapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah aku. Tapi diorang sedar betapa mulia nya hati cikgu ini yang bernama ''Cikgu Rabia''. Diorang tahu aku ikhlas nak mengajar diorang. 

Paling kelakar kan,diorang panggil Rabia kakak. Diorang panggil aku kakak. Hahaha. I 'm not your sister lah adik-adik teacher Rabia sayang ni. Heheh . So funny. Kakak pun kakak lah. Hehe. Ada juga yang panggil teacher.

Rasa nak pergi lagi ke taska ni. Ada sorang budak tu kan dia siap duduk atas riba Rabia lagi . Nak manja-manja dengan teacher Rabia ni.

Ya Allah kau permudahkan kan lah urusan pembelajaran aku ini. Kalau ikutkan Rabia tak nak sambung course childhood dah. Sebab Rabia dah ada sijil child hood ni . SKM tahap 2 dan SKM tahap 3 lagi. Kalau ikutkan memang nak masuk course lain . Tapi aku ni jenis tak berani nak ambil risiko. Takut tak boleh faham dengan subjek course lain ni. Padahal aku belum cuba masuk bidang lain tu. Seperti Rabia kata kan sebelum ni, Rabia memang tak minat budak kan. Of course lah aku tak pandai kot nak main dengan budak. 

Apabila aku dah belajar sijil kemahiran malaysia tahap 2 dan tahap 3 penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak ni . Aku mula slow - slow minat dekat kanak-kanak ni.

Sepatutnya diploma ni, aku masuk course baking cake ataupun course secretary or course office, course computer ke. Sebab aku kan handal bab-bab computer ni.