Assalamualaikum semua. Petang kelmarin Rabia rasa nak makan Maggi Kari . Lepas tu ayah pun kata, nak makan Maggi juga. Rabia pun terus cari bahan-bahan untuk masak Maggi Kari.

Bahan-bahan :

Telur - 1
Daun sup
Lobak merah


Sayur Rabia letak dalam Maggi tu. Daun sup dan lobak merah tu memang Rabia letak banyak -banyak lah. Kalau tak letak sayur memang tak sedap lah.

Makan sayur banyak-banyak ya. Kalau nak lagi sedap letak brokoli. Pergh.. krup krap krup krap lah bunyi makan brokoli tu nanti. Rangup sangat sayur brokoli tu kan.


Dahh siap masak. Jemput makan. Sampai habis my mum and my dad makan Maggi Kari anakanda nya masak ni.

Air tangan Rabia ni menjadi juga ya. Hehe . Ni Rabia slow-slow lah belajar masak. Kalau Umi ayah pergi keluar ke mana - mana tempat diorang nak pergi jalan-jalan tu. Kadang-kadang Rabia tak ikut pergi sekali. So kalau Rabia rasa lapar ke. Rabia akan masak je lah.

Ayah kata kenapa pedas sangat ? Rabia just letak sayur je. Maybe rempah dia tu pedas. Memang pedas lah. Lepas ni tak boleh beli Maggi Kari dah. Tak boleh makan pedas sangat ni. Nanti gastrik.

Rabia pun ada gastrik ni. Nak sangat makan Maggi Kari tu. Hehe. Sekali sekala je makan ni. Nanti stop dah.