COVER MANUSKRIP AKU

Assalamualaikum..Selamat malam.U all ingat tak yang rabia ada buat manuskrip buku yang bertajuk kisah blogger rabiahtul adawiyah tu?

Hmmm..dahlah menulis panjang berjela-jela dah.Last-last computer ni problem.Dan semua gambar dan manuskrip yang rabia dah taip dekat microsoft office word tu hilang.

Ramai blogger bagi pendapat kepada rabia supaya tukar cover buku yang lain.Biar cover buku tu makin gempak gitu.

Tidak ada sesiapapun menyuruh rabia menulis manuskrip ini.Tetapi apabila idea berlegar-legar di kepala ini.Mulalah gatal tangan nak menaip manuskrip . 

Tujuan rabia menulis manuskrip ini adalah supaya pembaca blog lebih mengenali rabia melalui penulisan di buku ini.

Itu je lah tujuan nya.




Rabia menggunakan Manila Photo Walk melalui website https://www.canva.com/

Rabia suka edit gambar menggunakan aplikasi canva ini.Macam-macam anda boleh edit tau.Nak edit cover untuk resume pun ada.

Edit untuk cover novel pun ada.Ada cover secara percuma.Dan ada juga yang berbayar.

Maknanya kisah rabia ini akan diterbitkan oleh mana-mana syarikat ke?

Hmmm..Rabia hanya menulis sahaja.Itu terserah kepada rabia lah.Nak hantar manuskrip ini kepada mana-mana syarikat penerbitan buku.

Sebelum nak jadi penulis buku ni,At least anda perlu banyak membaca.Dan join kursus-kursus tentang bidang penulisan ini.Barulah kita ada ilmu pengetahuan .

Ini baru je cover buku.Isi? Rabia menulis isi nya dalam buku je dulu.

Cover tu dah ok.Cuma cara penyampaian rabia nak sampaikan kepada pembaca blog rabia ini tu susah sikit.

Nak cerita kisah kehidupan rabia yang penuh berliku - liku dengan dugaan.

Semua itu akan rabia ceritakan ya.Doakan semoga rabia dapat juga settle penulisan manuskrip ini ya.


Yang benar : Rabia

Catat Ulasan

7 Ulasan