Nasi goreng kampung by rabia

7
Assalamualaikum semua. Petang ni rabia masak nasi goreng kampung. Asal nya nak masak nasi goreng pataya. Tapi tak jadi lah pulak nak buat. Hehhehe. Sorry ya semua sayur dah habis. Barang dapur sudah habis. Sebab hari jumaat ni rabia nak pergi ke kuantan.






Lepas ni rabia nak beli Maggi secukup rasa la. Sebab sebelum ni memang rabia masak nasi goreng rabia letak garam dan gula untuk nak sedap kan lagi nasi goreng tu. Jemput lihat video rabia memasak tu. Itu rabia sedang goreng ikan bilis, bawang putih dan cili hijau. Perghh sedappp tau letak cili hijau tu.




It's done by Rabia. Senang sangat masak nasi goreng ni. Alhamdulillah la rabia dapat memasak juga nasi goreng ini untuk umi dan ayah rabia.


Alhamdulillah kenyang perut dah ni. Jemput makan u all. Hehe. Alhamdulillah umi ayah 

Catat Ulasan

7Ulasan
  1. selalunya kalau saya masak guna bilis, masukkan bilis. Angkat baru masukkan bahan lain sebab tidak pandai makan bilis yang tidak garing. kikiki

    BalasPadam
  2. Heheehee... sayur dah habis ya patutlah sikit je sayurnya.
    Kalau dekat dengan rumah WP boleh mintak sikit sayur kan eh!

    BalasPadam
  3. Nasi goreng kampung wajib pedas untuk kak ana.

    BalasPadam
Catat Ulasan