HerbaLine Kuala Terengganu

Assalamualaikum semua. Rabia baru je balik dari herbaLine ni.

Hari tu kan rabia dah buang segala kutil ke apa lah dekat muka tu. Ada rabia update dalam blog hari tu.

Seriously lah rabia nak cakap, rabia memang suka pergi ke herbaLine sebab staff nya cakap dengan sopan santun. Berbudi bahasa. Kita sebagai orang Islam, sifat macam tu kena ada dalam diri kita. Bercakap lemah lembut, sopan santun, pandai hormat orang tua.

Rabia ni jenis lemah lembut dah. Jadi bila berjumpa dengan owner herbaline ni kan ya Allah baikk nya dia cakap pun sopan je.




Cantik orang nya baik manis sopan santun je. I want crying..Sebab tak pernah jumpa orang yang begitu sopan santun lemah lembut apabila bertutur kata. Ini membuat kan rabia nak datang ke sini lagi. Tak nak pergi ke tempat lain dah. Pandai dia ambil hati kita.

Apabila masuk ke HerbalLine dia akan explain nanti nak buat apa dekat wajah tu. Dia explain satu persatu.

Lepas tu sambil - sambil dia explain tu, dia bagi lah minuman air kurma ni.


Sebelum facial muka, rabia dan umi rabia rendam kaki dulu.



Lepas selesai rendam kaki tu, terus naik tangga pergi wap kan muka ni. Lepas tu dia bagi pakai baju dia lah. Memang tak sempat nak selfie. Lepas tu bermula lah facial muka, wap muka, pakai mask muka, buang blackhead whitehead. Dia cakap awak kena rajin jaga muka. Dia tanya umur awak berapa? Umur saya 24. Dia cakap awak masih muda. Dia ada tanya bila nak kahwin? Saya cakap la biar habis belajar dulu. Lepas tu kerja. Lepas tu baru kahwin. Rabia sempat cakap lagi belajar tak habis lagi. Heheheh. Best la sambil facial dia ajak sembang pulak. That why rabia syorkan u all pergi ke herbaLine Kuala Terengganu ni.

Alamak gambar pun rabia tak snap banyak la.





           Tapi u all boleh click this video ya.


Yang tu je lah rabia nak cakap. Sekarang rabia nak berehat dulu. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. waalaikumussalam. best nya terapi diri ^_^

    BalasPadam
  2. Dulu masa bujang, setiap minggu ke herbaline. Sekarang beranak pinak. haha. macam ada kekangan pula. terutamanya dari segi masa.

    BalasPadam