Nasi goreng pataya by Rabia

Assalamualaikum semua. Rabia tengah study sambil menulis blog hahaha. Esok exam. Fuhh jantung ku berdebar. Rabia yakin kali ni dapat A+. Sebelum ni dapat C dan B - dah kan.

Ni nak story sikit ni. Pagi tadi rabia masak nasi goreng pataya tau. Susah jugak nk buat telur pataya tu. Tapi kali ni berjaya la buat. Walaupun rupa tak cantik. Asal pandai masak pandai jaga perut umi ayah okey la. Umi ayah suka makan nasi goreng rabia buat. Katanya sedap. Hehe. Agak agak kalau rabia buat cod ni ada nak join tak? Hehe.




Bahan - Bahan :

Ayam sup tulang semalam tu
Dicarik - carik kan ayam tu

Ikan bilis

Bawang putih (dicincang)

Maggi secukup rasa

4 biji telur

Gula, garam

Kicap

Sos tiram

Sos cili - Untuk letak di atas telur pataya

Ini bahan yang rabia selalu guna lah dalam masakkan nasi goreng.

Boleh rujuk dekat my Instagram video I memasak ya.




Sedap jugak la nasi goreng pataya rabia masak ni. Petang ni makan nasi goreng dari kedai makan pulak. Kata diet semalam. Sekejap je pakai pinggan diet tu kan.

Tak apa nanti jogging je. Nanti kurus la.

Terliur tak awak tengok ni nasi goreng pataya rabia buat ni? Nak rabia masakkan tak untuk awak semua yang melihat ni?

Okeylah rabia nak study ni. Cara memasak macam biasa rabia pakat campak je. Nak bagi resepi pun susah sikit. Sebab rabia akan lihat apa yang ada di dalam peti sejuk tu. Bahan bahan tu lah akan ku masak nanti. Kalau resepi nak buat cake tu boleh la bagi hehe.

Nanti nak masak nasi goreng paprik la pulak. InsyaAllah kalau ada rezeki rabia up video memasak dalam Instagram tau.


Catat Ulasan

3 Ulasan