Nasi goreng ikan aye by Rabia

Assalamualaikum semua. Hari ini rabia masak nasi goreng ikan aye je.



Bahan - bahan :

Bawang merah yang siap diblend

Serbuk cili

Ikan aye

Kicap

Gula, garam

Maggi secukup rasa

Telur

Chicken meatball

Daun sup

Lobak merah

Bayam brazil - Hiasan di nasi goreng

Cara - cara memasak :

1. Masukkan bawang merah yang telah diblend, serbuk cili, ikan aye (hancurkan ikan aye) ke dalam nasi. Gaul kesemuanya sehingga sebati.

2. Masukkan minyak ke dalam kuali. Tunggu minyak panas. Lepas tu masukkan nasi yang telah digaul tadi tu. Masukkan telur. Kacau.

3. Goreng dan masukkan daun sup, chicken meatball, lobak merah.

4. Masukkan kicap, gula, garam, Maggi secukup rasa. Kacau kacau dah siap.

Itsdone by Rabia. Okey tu je lah resepi nya. Jangan lupa masak nasi goreng ikan aye ni dan tag nama rabia tau dekat story Instagram.


You Might Also Like

1 Comments

  1. Boleh try resepi rabia ni nanti. Musim2 PKP ni memang asyik lapar jer.huhu

    BalasPadam

Nuffnang Ads